Wednesday, December 5, 2012

Wajah Cetakan Ke 2


Inilah rupa cetakan kedua buku Pengurusan Fail KSSR dan hampir separuh telah habis dijual.Kali ini Sabah merupakan negeri yang terbanyak mengambil tempahan.Syukur,buku ini telah banyak membantu para guru dalam menguruskan fail KSSR.Bagi yang belum mendapatkannya boleh menghubungi saya.Saya sangat mengharapkan agar buku ini tidak dicetak rompak bagi menghormati hak penulis yang telah bersusah payah menyiapkan buku dan mengambil masa selama setahun untuk membuat kajian.Saya bersama penulis telah dijemput untuk memberi taklimat tentang Pengurusan fail ini di dua buah negeri semasa KSSR untuk tahun 2 dijalankan.Pertama Wilayah Persekutuan atas jemputan En.Sahazli penyelia di JPN Wilayah sebanyak dua kali.Kemudian diikuti oleh Negeri Perlis oleh JPN Perlis.Walaupun pihak JPN Perlis tidak dapat memberikan bayaran tetapi bukan itu yang kami harapkan cukup  sekadar memberi sedikit ilmu untuk dikongsi bersama demi pendidikan anak bangsa.

Tuesday, November 20, 2012

SELESAI SUDAH...

Akhirnya selesai sudah Kursus KSSR seluruh Perak.Untuk muzik dan seni, daerah yang terakhir adalah di Manjung untuk muzik dan seni manakala Larut Matang Selama untuk muzik.Dua daerah dengan kedudukan yang agak jauh memang sukar untuk saya datang selalu tapi sempat juga untuk saya hadir walaupun sekejap.Banyak pahit manis yang berlaku sepanjang perjalanan kursus ini.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada semua Jurulatih Utama saya samada Seni Visual atau Dunia Muzik.Ketabahan anda menjalankan kursus selama 4 hari amat saya hargai dan saya sebenarnya
kagum dengan anda.Anda semua telah melakukan yang terbaik dan jasa anda amat besar buat pendidikan di Negeri Perak khususnya.
Saya harap segala yang baik sepanjang perjalanan kursus ini anda ambil dan jadikan kenangan manakala yang buruk jadikan sempadan dan berusaha memperbaikinya di masa akan datang.Kalau ada yang tersinggung atau berkecil hati jagan disimpan di dalam hati.
Apa yang penting saya amat memerlukan perpaduan semua JU walau apa keadaan kita tetap bersatu hati dan menepis segala prasangka yang mendatang.Jangan sesekali kita benarkan diri berburuk sangka sesama kita dan membuat kelompok sendiri tanpa memperdulikan rakan yang lain.Segala teguran rakan-rakan kita jadikan ingatan dan menerima dengan penuh rasa berlapang dada dengan niat untuk belajar dan memperbaiki diri.Tidak ada sesiapa yang boleh mendabik dada menyatakan dia yang terbaik,biarlah orang lain yang menilai kita.Saya melihat kesungguhan anda,saya melihat kepayahan anda,rasa tidak puas hati anda tetapi anda semua telah melakukan yang terbaik..
Tahun 2013 kita akan berhadapan lagi dengan KSSR di Tahun 4 pula.Kita tidak tahu bagaimana bentuk penyampaian yang akan diatur oleh pihak BPK dan LPM..Kita tunggu dan lihat saja..Apa-apa pun saya telah meminta PPD setiap menyediakan JU yang mereka rasakan layak untuk tahun depan.Bagi yang berminat boleh juga tampil untuk menawarkan diri kepada saya untuk pertimbangan..Terima kasih semua..

Thursday, October 11, 2012

Cetakan Kedua Akan Menyusul

Alahamdulillah..cetakan pertama buku Pengurusan Fail KSSR telah hampir habis terjual.Kini cetakan kedua dengan sedikit penambahbaikan akan menyusul pada 16 Oktober 2012 ini.Sesiapa yang berminat dengan buku ini bolehlah menghubungi saya di email yusratech@gmail.com.Saya akan terangkann cara-cara untuk membelinya.Setakat ini Wilayah Persekutuan mendahului negeri-negeri lain dalam membuat tempahan terbanyak.Saya rasa ini akan diikuti oleh Negeri Sabah kerana pihak di sana telah membuat tempahan pertama dalam jumlah yang agak besar dan diikuti lagi tempahan kedua minggu depan.

Gangguan Di Blog Perak No1

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini.Bukan kerana tidak ada masa tetapi akibat gangguan yang telah berlaku padanya.Kalau nak buka blog ni saya terpaksa tekan stop cepat2..kalau tidak ia akan dipindahkan ke blog yang lain..kacau betul..saya akan cuba betulkan keadaan ini dan diharap ianya akan selesai..

Monday, August 20, 2012

SELAMAT HARI RAYA



Selamat Hari Raya,maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam khususnya pembaca blog ini.Kepada JU semua..jangan lupa kita ada tugas besar selepas hari raya ini.Semoga semuanya berjalan lancar..Saya bercadang hendak mengadakan perjumpaan untuk memantapkan lagi persiapan semua tetapi bergantung kepada permintaan JU semua kerana kehadiran kita kali ini tanpa ada tuntutan perjalanan.Makanan disediakan kerana kita akan mengadakannnya di hotel.

Tuesday, August 14, 2012

Sudah Terbit!



Buku yang ditunggu sudahpun terbit.Sambutannya amat memberangsangkan.Ianya sudah beredar ke serata pelusuk tanahair.Rata-rata mengatakan buku ini amat berguna dalam suasana yang masih kabur dengan pengurusan KSSR/PBS.Besarlah harapan saya dan penulis buku ini agar ianya dapat dijadikan panduan untuk semua sekolah dan dapatlah sistem pengurusan fail KSSR/PBS diselaraskan.

Sunday, August 12, 2012

Muzik, seni bina keyakinan

Artikel Ini Saya Ambil Dari Laman Web BPK

DALAM usaha untuk mempergiatkan perkembangan bakat dalam bidang muzik dan seni di peringkat usia muda, Proton Holdings Berhad (Proton) baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan peralatan muzik kepada tiga buah sekolah terpilih di bawah kempen 'Persona - Lebih Baik, Tidak Syak lagi'.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid berkata, pihaknya percaya bahawa muzik dan seni adalah penting untuk membangunkan keyakinan diri pelajar kerana ia merupakan asas kepada kesejahteraan kanak-kanak serta kunci ejayaan apabila mereka dewasa kelak.

"Inilah sebabnya mengapa pihak kami mahu memainkan peranan dalam membantu sekolah-sekolah ini mewujudkan segmen muzik dan seni sebagai salah satu aktiviti kokurikulum mereka," katanya pada majlis itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, SJK (T) Vivekananda menerima sebanyak 67 buah peralatan muzik seperti keyboard, deram bass, snare, trompet, tamborin dan melodian untuk digunakan dalam usaha sekolah menubuhkan sebuah pancaragam genderang.

Peralatan muzik tersebut disampaikan oleh Sidik serta penyampai radio THR Raaga, DJ Aanantha kepada Guru Besar SJKT Vivekananda, Bala Mohan.

Sementara itu, Bala berkata, sekolahnya telah lama berhasrat untuk menubuhkan sebuah band dan sumbangan peralatan muzik yang diterima daripada Proton merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan amat dialu-alukan.

"Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kemahiran seperti kerjasama berpasukan, kepimpinan dan kebolehan untuk bercakap di khalayak ramai tidak akan dapat dipelajari hanya melalui buku teks tetapi melalui pelbagai aktiviti lain seperti sukan, muzik dan seni," jelasnya.

Selain itu, dua sekolah yang turut menerima sumbangan alat muzik ialah SJKT Nilai di Negeri Sembilan dan SJKT Melaka Kubu, Melaka.

Setiap sekolah menerima 10 unit urumee, 10 tabla, satu set uremee melam, empat buah gitar dan 40 seruling.

Peralatan muzik berkenaan dibeli menggunakan dana yang dikumpul daripada hasil jualan video muzik DJ Aanantha bertajuk 'Thannambikkai' yang bermaksud keyakinan.

Sebanyak kira-kira RM30,000 telah dikutip daripada hasil jualan video muzik itu bermula minggu pertama Oktober lalu.

Lagu yang ditulis oleh DJ Aanantha dan video muzik yang menampilkan tiga kanak-kanak istimewa itu dibuat di bawah kempen 'Persona - Lebih Baik, Tidak Syak Lagi' dalam usaha untuk meniup keyakinan dalam diri kanak-kanak melalui irama rancak dan lirik yang ceria.

Thursday, July 26, 2012

Mesyuarat Penyelarasan Untuk JU Muzik/Seni

Saya telah memilih pada 10 Ogos 2012 untuk mengadakan mesyuarat bersama JU muzik/seni bertempat di Sektor Pengurusan Akademik.Mesyuarat bersama PPD telahpun diadakan baru-baru ini dan mereka telah meletakkan tarikh untuk menjalankan kursus di daerah masing-masing.Tugas kita para JU ialah menetapkan siapa yang bergerak ke satu-satu daerah dan juga pembahagian tugas.Setiap daerah telah ditetapkan hanya 4 orang JU sahaja dan JU di daerah bersebelahan boleh memberi bantuan sekiranya Ju di daerah tidak mencukupi.Jangan risau...kursus berjalan selepas Hari Raya cuma mesyuarat kita sahaja tidak dapat dielakkan.Semoga kita semua dapat berjumpa nanti..Insyallah..

Tuesday, July 17, 2012

Kursus Induksi KSSR & PBS Tahun 3 Bermula

Destinasi ke Hotel Concorde,Sepang seawal pagi terutama yang datang dari utara Perak.Walaupun ada perubahan di saat-saat akhir amat menyukarkan terutamanya mencari pengganti yang lain.Ada guru besar yang boleh menerima keadaan ini dan terus membenarkan guru pengganti ke tempat kursus dan ada juga yang mahukan surat difakskan ke sekolah terlebih dahulu.Singgah pejabat jawabnya untuk fakskan surat.Alhamdulillah semua JU Muzik dan Seni hadir pada masa yang ditetapkan..Terima kasih yang tidak terhingga..Bagi JU Pendidikan Seni ada yang terpaksa datang lewat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Cikgu Rosliza dari SK Bukit Merah pula terlibat dalam kemalangan ketika hampir tiba ke tempat kursus dan syukur beliau bersama beberapa peserta lagi selamat.Pengorbanan anda semua amat dihargai...Negeri dan daerah yang terlibat di Hotel ini terdiri dari Selagor,Perak,Putrajaya dan Kuala Lumpur.



Wednesday, July 11, 2012

Peluang Menambah Opsyen

Pagi tadi dengan tergesa-gesa saya memecut ke Putrajaya untuk menghadiri Mesyuarat Pembinaan Modul untuk guru-guru PJ yang bukan opsyen..Lewat sikit sampai..maklumlah KL.Apa yang menarik ialah adanya tawaran menambah opsyen untuk matapelajaran PJ dengan kelulusan diploma.Mungkin ada yang sudah tahu tetapi bagi mereka yang berminat bolehlah memohon melalui portal KPM.Sebanyak 1000 kekosongan yang ditawarkan dan sehingga kini hanya kira-kira 200 orang sahaja yang memohon.Oleh kerana itu tawaran ini telah dilanjutkan sehingga 18 Julai.Bagi yang berminat bolehlah membuat permohonan.Saya difahamkan perjalanan ke tempat pengajian boleh dibuat tuntutan..ok la tu..

Monday, July 9, 2012

Taklimat Pembinaan Eviden Untuk Pendidikan Muzik

Pada hari ini bertempat Di BTPN, Ipoh pada pukul 2.00 petang berlangsung satu taklimat pembinaan eviden untuk pendidikan Dunia Muzik bagi Sekolah-Sekolah rendah Daerah Kinta Utara.Peserta kursus dianggarkan seramai 109 orang telah menghadirkan diri.Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Guru Besar SJKC  Yuk Choy di atas usaha beliau mengumpulkan semua guru muzik dari  untuk diberi pendedahan.Taklimat ini disampaikan oleh JU Kebangsaan bagi Pendidikan Muzik  En.Mazlan bin Harun dari SK Talang dan dibantu oleh En. Balya bin Aziz dari SK Pos Poi.En.Mazlan baru sahaja pulang dari menyampaikan kursus mengenai PBS di Serawak untuk ju muzik di sana minggu lepas.Sememangnya para guru muzik yang mengikuti kursus pada hari ini amat beruntung kerana taklimat ini disampaikan oleh seorang JU kebangsaan yang amat mahir tentang pendidikan muzik KSSR dari semua sudut.Tambahan pula beliau telah dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai JU Kebangsaan.Diharapkan guru-guru dapat mengambil kesempatan ini untuk menimba ilmu yang beliau sampaikan dengan bersungguh-sungguh.Tidak kurang juga Cikgu Balya yang selalu membantu En.Mazlan semasa beliau meyampaikan taklimat di mana sahaja.Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian En.Mazlan dan En.Balya untuk membantu menjayakan program ini.

Thursday, July 5, 2012

Tak Dapat Hadir?

Alamak! ini panggilan yang tidak sanggup saya terima rasanya..Pertamanya masa sudah dekat dan yang kedua nak cari pengganti bukan sesuatu yang mudah.Saya terima alasan cikgu yang terpaksa mementingkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan tetapi seboleh-bolehnya tolong dapatkan pengganti.Alasan yang kukuh saya terima dan saya harap tidak ada alasan yang sengaja dicipta seperti dalam matapelajaran lain menyebabkan surat tunjuk sebab terpaksa dikeluarkan.Saya amat mengharapkan bantuan semu JU yang dilantik untuk sama-sama membantu menjalankan dasar pendidikan kita ini yang semakin jauh ketinggalan berbanding negara lain.Semuanya bergantung di atas kesungguhan kita bersama,berganding bahu memartabatkan pendidikan kita khususnya.Pendidikan Muzik.Jumpa di sana....

Thursday, June 28, 2012

Lulus!!

Syukur! semua JU yang saya pilih telah diterima oleh sistem.Tidak ada yang tercicir termasuk JU Dunia Seni Visual.Tugas saya esok ialah menghantar surat panggilan kepada JU terlibat untuk menghadiri kursus nanti.Seperti yang saya maklumkan tempat kursus ialah di Concorde Inn KLIA,Sepang Selangor mulai dari 16 hingga 20 Julai.

Wednesday, June 27, 2012

Akan Terbit!!







Buku Pengurusan Fail KSSR/PBS akan berada di pasaran tidak lama lagi.Buku ini sememangnya dinanti-nantikan oleh para guru yang rata-ratanya masih tercari-cari maklumat mengenai sistem pengurusan fail KSSR ini dan juga menguruskan PBS.Diharapkan buku ini nanti akan dapat menjadi panduan yang jelas kepada para guru lebih-lebih lagi pentadbiran sekolah dalam membuat satu pengurusan fail yang lebih bersistematik.Buku ini ditulis oleh En.Mazlan Harun dan dibantu oleh Pn.Nuzulrul Azaliza Ariffin..Ju muzik kita.Beliau sekarang telah menjadi JU kebangsaan di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia.Hasil kajian dan pengalaman beliau telah menjana idea untuk menulis buku ini.En.Mazlan Harun kini bertugas sebagai Guru Kanan Kokurikulum SK Talang,Kuala Kangsar.Pernah membantu JPN Perak memberi pendedahan KSSR kepada guru besar seluruh Negeri Perak pada tahun lepas.Sehingga kini beliau sering dijemput ke sekolah-sekolah untuk menyampaikan taklimat sistem pengurusan fail.Ketika saya menulis ini pun beliau telah mendapat jemputan untuk memberi ceramah di SK Datuk Kamarudin,Manjung pada 30 Jun.Beliau akan berada di Serawak pada minggu depan atas tugas yang sama di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia.Minggu lepas beliau berada di Terengganu dan mendapat sambutan yang hebat di sana.Oleh itu bagi sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi beliau untuk tempahan atau meninggalkan maklumat diruangan komen.

Tarikh Kursus KSSR Muzik Peringkat Kebangsaan

Kursus akan diadakan pada 16 Julai hingga 20 Julai bertempat di Concorde Hotel berdekatan dengan KLIA.Saya telahpun memilih 20 orang JU dan sedang menunggu keputusan samada mereka diterima atau pun tidak..Sebabnya pada kali ini pihak kementerian telah menggunakan satu sistem bagi memilih para JU.Pihak kementerian seboleh-bolehnya berkehendakkan JU yang baru dan bagi mereka yang telah pernah menghadiri kursus ini di tahun-tahun yang lepas besar kemungkinan akan ditolak oleh sistem.Apa-apa pun saya amat berharap JU lama akan tetap terpilih kerana pengalaman mereka amat diperlukan.Nama-nama di bawah ini adalah yang dicadangkan:


ZULKIEFLY B OMAR
LAW YEW LEE
MOHAMAD AZLAN B. GHAZALI
NORTAZA B MOHD MOKHTAR
AZLINA BT ABDUL AZIZ
BURHANUDIN B ZAINAL AZMAN
BALYA B  AZIZ @ ISMAIL
RASIDAH BT RASHID
MUHAMAD ROHAIZAD B MUHAMAD KHER
ZANARIAH BT ABD SHUKOR
AZHARUN B. WANIK
AISYAMUDIN B. HJ. TAJUDIN
JAMAL IKHSAN B MOHD NOOR
CHAN KEE WAI
NUZULRUL AZALIZA BT ARIFFIN
SABARIAH BT TAIB
TAN CHIH YEE
ANNISA BT SHAHARUDIN
ZANARIYAH BT ZAN
ROSLI BIN MUSA




Tuesday, June 19, 2012

KSSR Tahun 3 Telah Bermula!



Begitulah ceritanya..akhirnya KSSR Tahun 3 pun sampai masanya untuk disebarkan dan dijalankan di seluruh negara.Matapelajaran yang terawal menerima pendedahan ini ialah PJ/PK.Untung pendedahan yang dibuat di Zon Tengah bertempat di Bandar Ipoh,Perak iaitu Tower Regency Hotel.Kursusnya bermula pada 18 Jun 2012.Seramai 20 orang JU telahpun dipanggil untuk mengikuti kursus ini.Malangnya ada juga yang tidak dapat menghadirkan diri.Guru yang tidak dapat hadir sepatutnya segera memeberitahu pihak JPN supaya tindakan susulan untuk menggantikan tempatnya boleh dibuat dengan segera.Hari ini pihak JPN terpaksa mencari 6 orang guru untuk segera datang menggantikan peserta yang tidak dapat hadir walaupun kursus telahpun berjalan semalam.




Wednesday, May 16, 2012

Majlis Pra -Pelancaran Di Putrajaya

Majlis Pra-Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan diadakan di SMK Alam Shah Putrajaya.Ahli-ahli koir bertolak ke Putrajaya pada 29 April dan membuat persembahan pada hari Isnin.Pihak Kementerian amat berpuashati dengan persembahan tersebut.





Wednesday, May 9, 2012

Persiapan Pameran Hari Guru Bermula

                                   Tinjauan Di Dalam Tempat Pameran


                                 Perubahan Di saat Akhir
Persiapan untuk pameran sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan sedang giat dijalankan.Bertempat di padang SMK Clifford bermula pada 13 Mei 2012 yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak,Dr.Zambry Abd. Kadir.SMK Bainun juga akan membuat persembahan orkestra pada majlis tersebut.
Sebenarnya ada banyak acara yang akan diadakan pada sepanjang pameran tersebut tetapi terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir seperti pertandingan koir,pancaragam,pakaian berinovatif dan nyanyian solo guru.Semuanya terpaksa dibatalkan ketika beberapa jam saja mesyuarat untuk para hakim hendak dimulakan.
Pameran ini adalah anjuran bersama pihak Utusan Malaysia dan K Perak.Saya terpaksa meminta maaf pada semua guru muzik yang dipanggil pada 4 Mei yang lepas.Terima kasih di atas komitmen mereka.Cikgu Sajas,Cikgu Omar,Cikgu Law Yee Lee,Cikgu Saiful,Cikgu Ari,Cikgu Sallehudin,Cikgu Puaadi,Cikgu Mokhzani,Cikgu Zahari Dan Cikgu Burhan..Ketua Sektor Akademik yang mempengerusikan majlis mesyuarat itu juga turut memohon maaf.
Semalam pada 9 Mei saya turut bersana Ketua Sektor melawat persiapan tapak pameran.Banyak juga perubahan bentuk tapak tersebut yang diubah di saat-saat akhir tanpa pengetahuan.Apa-apa pun diharap pameran ini akan pameran ini akan berjaya dan dikunjungi oleh ramai para guru,murid dan orang ramai.Kepada semua petugas diucapkan tahniah atas kerjasama.

Wednesday, May 2, 2012

Tahniah SMK Raja Permaisuri Bainun

Tahniah diucapkan kepada SMK Raja Permaisuri Bainun di atas kejayaan mereka menganjurkan pertandingan orkestra patriotisme bersama UPSI pada 21 April yang lalu.Segala usaha dan kerja keras terutamanya jawatankuasa kerja pertandingan tersebut telah membuahkan hasil yang hebat.Tahniah juga kepada SMK Bainun kerana berjaya menjadi johan pertandingan tersebut.



Friday, April 27, 2012

Persiapan Pertandingan Orkestra Patriotisme Peringkat Kebangsaan

Acara julung-julung kali diadakan di Malaysia ini memerlukan persiapan yang rapi apatah lagi Negeri Perak merupakan pengasasnya.
 Kepakaran Cikgu Saiful selaku juruteknik memang hebat

Kerjasama Yang Erat
Turun Padang Demi Kejayaan Bersama

Peralatan UPSI

Monday, April 23, 2012

Countdown Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012


Upacara Majlis Countdown Hari Guru Peringkat Kebangsaan ini diadakan pada 17 April 2012 diadakan di Atrium Gemilang,JPN,Perak.Pelancaran dirasmikan oleh YB.Dato' Mohamad Zahir b. Abdul Khalid,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian Tinggi,ICT,Sumber Manusia,Sains Dan Teknologi.



Monday, March 26, 2012

LATIHAN HARI GURU 2012 BERMULA



Walaupun saya tidak terlibat sepenuhnya dalam aktiviti ini, saya terpanggil untuk bersama-sama rakan lama di bawah En.Amin Nudin dulu.Selama 3 hari mereka berkampung di PSPN untuk mengadakan latihan seperti koir,orkestra dan kombo.Namun ada sedikit kerisauan memandangkan ramai peserta yang dipanggil tidak menghadirkan diri khususnya dalam kumpulan koir.Mungkin ada masalah teknikal barangkali.Jadi,kepada warga pendidik yang berminat boleh menghubungi En.Ramli dan En.Basri.Latihan akan diadakan lagi pada pertengahan April ini.Kali ini Perak adalah tuan rumah bagi peringkat kebangsaan dan saya rasa peluang ini patut diambil oleh guru.Peserta akan mendapat sijil yang tertera sebagai penyumbang kepada Hari Guru peringkat kebangsaan.



Kumpulan Orkestra Dari SMK Bainun


Cikgu Balya Dan Rahman


Tuesday, March 20, 2012

KELAS TUTORIAL DAN VIRUS!

Pada hari sabtu dan ahad lepas saya menghadiri kelas tutorial di UPSI.Kali pertama bertemu dengan pensyarah muzik.Ramai juga yang tidak hadir..ruginye..Pertemuan ini bagi saya amat penting kerana banyak maklumat terutamanya cara membuat assignmnet yang diberikan termasuk juga huraian mengenai modul-modul.Memang kelakar juga pensyarah muzik kita.Profesor Zaharol dan En.Nizam amat menghiburkan.Penyampaian mereka memebuatkan kami tak kering gusi.
Tetapi satu hal yang tak sedap ialah semasa mengambil bahan dari laptop pensyarah semasa kelas KBK3073(Kanak-kanak Berkeperluan Khas) .Saya pasti semua mereka yang membawa balik bahan itu adalah bersama virus.Mungkin ada yang akan memformat semula pendrivenya tanpa dapat mengambil bahan tersebut malah terpaksa menerima kehilangan fail-fail yang lain.Virus jenis ini akan membuatkan semua folder kita menjadi 'shortcut' dan bila diklik tidak akan berjaya membuka fail tersebut kerana ia akan menunjukkan folder tersebut kosong.
Jangan panik..Sebenarnya fail tersebut masih ada hanya disembunyikan.Anda cuba lakukan cara di bawah,saya pasti semuanya akan pulih kembali.

cara remove virus shortcut dari pendrive.


1) Klik kat Start, Run, dan taip cmd.muncul skrin hitam.

2) Sila taip command di bawah ini:

attrib -h -r -s /s /d g:\*.*
(yang g tu ialah lokasi pendrive kita. kalau pendrive kita location dia F, tulis lah F, jangan taip Q pulak)

Kemudian, tekan button Enter.

3)Tunggu sampai second command muncul. Bila second command dah muncul, tengok pada location pendrive tadi.

4) Folder yang hidden tadi akan kembali normal.

5) Delete folder yang ada shortcut tadi.

Selamat Mencuba!

Monday, March 12, 2012

Buku Telah Diedarkan

Buku Panduan Pengajaran Muzik Dan Seni telah saya edarkan..Terima kasih kepada Pegawai2 PPD yang sudi menerima buku-buku tersebut walaupun ada juga rungutan kerana ketiadaan tempat untuk meletakkan buku yang sebegitu banyak..Harap2 semua sekolah akan segera mengambilnya..Penat dan seronok juga pergi menghantar buku2 tersebut.Hari Khamis 8 Mac saya ke PPD Kuala Kangsar,PPD Hulu Perak,PPD LMS dan akhirnya ke PPD Kerian..Pada Hari Jumaat saya ke PPD Perak Tengah,PPD Manjung dan PPD Teluk Intan..Teluk Intan yang paling best..dapat balik ke tempat asal sambil berjumpa rakan2 di PPD sana..Terima Kasih kepada abang2 pemandu JPN yang baik hati dan ramah sepanjang perjalanan ke daerah seluruh Perak..Cuma yang menjadi sedikit masalah ialah untuk Daerah Kinta Selatan.Entah di mana silapnya..buku-buku yang dihantar tidak cukup..Untuk itu harap guru-guru di Kinta Selatan dapat bersabar sementara masalah ini dapat diatasi..Saya akan cuba selesaikan perkara ini secepat mungkin..Sementara itu pihak guru boleh download dulu dari Laman Web BPK...Selamat mengajar..

Thursday, March 1, 2012

JU UNTUK KURSUS KSSR TAHUN 3

Saya sedang menyusun nama-nama JU Dunia Muzik dan Dunia Seni Visual untuk diserahkan kepada BPK.Tujuannya adalah untuk memanggil mereka menghadiri kursus KSSR Tahun 3 2012 peringkat kebangsaan.Jumlah yang diperlukan ialah seramai 20 orang.Mereka ini akan mengadakan kursus di peringkat negeri pula selepas diberi kursus.Pada tahun ini pihak BPK meminta supaya muka-muka baru juga dilantik.Masalah saya sekarang ialah mencari JU bagi daerah Hulu Perak memandangkan ada di antara mereka telah berpindah ke negeri lain.Mungkin masalah ini akan dapat diatasi tidak lama lagi.Minggu depan saya akan menghadiri mesyuarat bersama BPK di Ancasa Hotel,Kuala Lumpur.Senarai nama ini akan diserahkan.Kepada JU lama yang tidak dilantik pada tahun ini harap dapat menerima keadaan ini..sesekali jadi peserta pulak best jugak kan..

Wednesday, February 29, 2012

BUKU DUNIA MUZIK TAHUN 2 SEDANG DIEDARKAN

Petang tadi saya telah mula menghantar buku-buku Dunia Muzik dan Dunia Seni Visual Tahun 2 ke PPD Daerah Kinta Utara.Sebanyak 220 buah buku telah diserahkan.Setiap sekolah diberikan 2 naskah.Kepada guru-guru muzik sekolah di daerah Kinta Utara boleh lah mendapatkan buku tersebut dengan segera.Apa yang penting ialah buku tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi melancarkan lagi perjalanan KSSR.

Tuesday, February 28, 2012

BUKU MUZIK KSSR TAHUN 2

Buku KSSR Dunia Muzik telahpun sampai ke tangan saya.Permohonan untuk mendapatkan kenderaan JPN bagi menghantar buku-buku tersebut telah dibuat.Sekiranya diluluskan saya akan menghantar ke 4 buah daerah dahulu iaitu PPD Kuala Kangsar,PPD Larut Matang Selama,PPD Kerian dan PPD Hulu Perak.Bagi daerah lain harap dapat bersabar kerana saya akan uruskannya selepas balik dari Mesyuarat bersama BPK minggu depan.Selepas itu buku-buku tersebut boleh diambil di daerah masing-masing.Diharapkan guru-guru muzik kita dapat mengajar dengan lebih lancar memandangkan panduan yang dinanti telahpun tiba.Termasuk juga penghantaran buku Dunia Seni Visual juga akan saya hantar sekali beserta dengan Buku Dunia Seni Visual untuk Tahun 1 yang masih tersadai di JPN semenjak saya tiba di sini.

Friday, February 24, 2012

JANGAN LUPA MALAM ESOK!

Walaupun esok ada Royal Belum World Drum Festival 2012, jangan lupa ada satu lagi persembahan menarik esok di Sekolah Kebangsaan Seri Rahmat..Persembahan kesenian Islam dan tradisional itu saya rasa pasti menarik..Kepada rakan-rakan guru muzik harap dapat menghadirkan diri sebagai tanda sokongan kita kepada sifu kita En.Amin Nudin guru besar di sekolah tersebut..Saya dah siap dengan kamera..harap2 tidak ada aral yang melintang esok..Jumpa di sana!

Thursday, February 23, 2012

Buku Muzik Tahun 2

Buku panduan pengajaran muzik untuk Tahun 2 telahpun dimuatnaik oleh pihak BPK sejak sebulan yang lalu.Sementara menunggu buku yang sebenarnya datang bolehlah guru-guru memuaturun fail tersebut.Kepada guru-guru muzik terutamanya yang mengajar Tahun 2 bolehlah mendapatkannya di Laman Web BPK atau klik di link yang saya sediakan.Selamat mengajar..

http://www.moe.gov.my/bpk/

Sunday, February 19, 2012

Tips Untuk Menyanyi

1 Pastikan posture dan pernafasan yg betul semasa menyanyi

2 Amalkan latihan warm-up sebelum menyanyi

3 Lakukan senaman dan diet seimbang

4 Relax kan anggota badan anda semasa menyanyi terutamanya leher dan rahang anda

5 Jaga 'placing' suara anda dan juga vokal register pastikan di tempat yg betul

6 Kurangkan bercakap dengan kuat terutama ditempat2 yg bising sebelum menyanyi


Sumbangan
Zarul Umbrella

Terima Kasih Cikgu Mazlan

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cikgu Mazlan Harun di atas kesudian beliau menerima jemputan untuk memberi ceramah mengenai Pengurusan Fail KSSR di sekolah Tarcisian Convent pada hari Sabtu 18 Febuari 2012.Saya tidak dapat menemani beliau kerana terpaksa bergegas ke Setiawan disebabkan ada saudara yang meninggal dunia.Walau bagaimanapun saya yakin Cikgu Mazlan mampu menyampaikan cermah itu dengan baik dan pasti akan difahami oleh guru-guru.Saya difahamkan kira 17 buah sekolah menghadiri ceramah beliau..Saya sungguh kagum dan terharu..pertamanya kerana Cikgu Mazlan begitu gigih mengumpulkan bahan ceramah ini.Beliau banyak merujuk kepada Jemaah Nazir,Bahagian Peperiksaan Malaysia,BPK dan JPN sendiri untuk mendapatkan maklumat bagi menyediakan sistem pengurusan fail ini.Keduanya beliau sanggup menghadirkan diri walaupun tidak pasti tuntutan perjalanan beliau ini dijamin ataupun tidak..Diharapkan apa yang telah disampaikan oleh beliau akan dapat dimanfaatkan bersama.Kepada Guru Besar SK Tarcisin Convent, Pn.Faridah saya ucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan serta inisiatif beliau untuk mengadakan majlis tersebut.Cikgu Mazlan juga baru-baru ini dihubungi oleh sebuah sekolah di Negeri Selangor yang memohon beliau datang ke sana untuk memberikan ceramah.Kalau beliau sudi menerimanya saya akan menemani beliau ke sana..

Sunday, January 29, 2012

MESYUARAT PERTANDINGAN ORKESTRA DI BAINUN



Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Raja Permaisuri Bainun di atas kesudian menjemput saya menghadiri Mesyuarat Pertandingan Orkestra Patriotisma Peringkat Kebangsaan 2012 pada 26 Januari lalu.Kalau dilihat dari kertaskerja yang dibentangkan Oleh Cikgu Sajas saya melihat betapa bersemangatnya pihak sekolah untuk menganjurkan pertandingan yang julung-julung kali akan diadakan ini.Pihak Pengetua sendiri nampaknya begitu yakin dan menyokong penuh program ini.Bukan sesuatu yang mudah untuk menganjurkan pertandingan yang besar seperti ini kerana memerlukan persiapan yang rapi dan perbelanjaan yang besar.Perbincangan yang diadakan bersama ini sedikit sebanyak telah berjaya merungkai segala permasalahan yang dihadapi untuk menjayakan pertandingan ini.Saya juga ingin sekali melihat program ini berjaya dilaksanakan dan sedia membantu selagi terdaya.Kejayaan program ini sudah pasti akan membawa bersama-sama nama sekolah dan Jabatan Pelajaran Perak.Syabas diucapkan di atas usaha Tuan Pengetua,Tuan Hj.Mohd Jasmi,Cikgu Sajastanah dan Cikgu Faridzz serta guru-guru SMK Raja Permaisuri Bainun di atas segala usaha.

Tuesday, January 24, 2012

BUKU PANDUAN KSSR TAHUN 2

Pengedaran buku KSSR Dunia Muzik Tahun 2 sedang dibuat oleh pihak BPK.Berkemungkinan pihak saya akan mendapat buku tersebut pada bulan Febuari.Pengagihan akan dilakukan ke sekolah2 iaitu 2 naskah untuk setiap sekolah.Adalah diharapkan guru-guru terus menjalankan KSSR Dunia Muzik tahun 2 ini kerana guru-guru telah didedahkan dengan Dunia Muzik tahun 2 pada 2011 yang lepas.

Tuesday, January 17, 2012

BENGKEL MUZIK TRADISIONAL DAN MUZIK ISLAM

Pada 23-25 hb Febuari 2012 Bengkel Muzik Tradisional Dan Muzik Islam akan diadakan di SK Seri Rahmat,Lahat.Bengkel dihadiri oleh 60 Pelatih Institut Pendidikan dan 40 orang murid sekolah.Bengkel tersebut mengetengahkan permainan alat muzik Islam seperti gamelan,caklempung dan kompang.Bengkel dikendalikan oleh Pensyarah yang tidak asing lagi bagi JU Muzik Perak iaitu Hj.Isa.Guru besar SK Seri Rahmat En.Amin Nudin mengalu-alukan kehadiran semua warga pendidikan yang berminat untuk menyaksikan persembahan yang akan diadakan pada 25 hb Febuari nanti.Kepada guru muzik Perak diharap tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan itu nanti.Pastinya ada sesuatu yang boleh dibawa ke sekolah masing-masing juga buat menambah ilmu kita.Jumpa di sana!