Wednesday, December 29, 2010

Rancangan Mingguan Tahun 1

Cikgu-cikgu semua boleh download Rancangan Mingguan Muzik Tahun 1 di a=amat web berikut:

http://www.4shared.com/document/v2SC6i8h/RANCANGAN_MING=UAN_PENDIDIKAN_.html

Terima kasih Sifu Amin atas sumbangan beliau..

Sunday, December 26, 2010

Pertandingan Kugiran 60an MSKPPM

Pertandigan kugiran di Kangar Perlis bermula pada 19 Dis 10.Peserta dari Perak bertolak pada 18 Dis lagi..Sampai sahaja di Kngar kira pukul 8.00 mlm..Tiba2 kami dimaklumkan malam itu juga kena hadir ke Dewan Warisan untuk 'sound check'..Sesi sound chck selesai kira2 pukul 12 mlm..keletihan amat dirasai...

Tuesday, December 21, 2010

MSKPPM



Para peserta Negeri Perak telah bersiap sedia ke MSKPPM di Perlis..Upacara penyerahan bendera telah dilangsungkan di Pusat Sukan Ipoh pada 17 Disember 2010..Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Perak..




Kontijen kebudayaan juga tidak terkecuali..Pada malam penyerahan bendera pasukan kebudayaan telah membuat persembahan menghiburkan para tetamu..

Friday, December 3, 2010

Fasa Pertama KSSR

Nampaknya fasa pertama kursus KSSR telahpun tamat.Kursus muzik yang terakhir adalah di Kinta selatan..Apa yang menariknya salah seorang peserta kursus adalah sifu kita En.Amin Nudin..Beliau menghadiri kursus tersebut atas tiket SK. Seri Rahmat,tempat beliau menjadi Guru besar..Oleh kerana guru yang sepatutnya tidak dapat menghadiri kursus tersebut beliau dengan rela hati menggantikannya..Sempat juga dimanfaatkan ilmu beliau yang banyak itu dengan memberikan satu slot mengenai Van Barsco..

Wednesday, November 24, 2010

Kursus Vokal

Salam Hormat,

Pada 9 Januari 2011 nanti saya akan menganjurkan satu workshop vokal yang bakal dikendalikan oleh penyanyi dan pensyarah vokal terkenal iaitu Dia Fadilla

Workshop ini akan dijalankan selama sehari bermula 9am-5pm

Workshop ini bakal mendedahkan anda kepada pembelajaran vokal secara teori dan juga amali,anda juga bakal didedahkan dengan pembelajaran muzik/nota muzik

Berikut adalah tajuk tajuk yang bakal dikupas di workshop vokal ini nanti

1: INTRO

2: A QUICK TOUR
- 4 BAHAGIAN ( RESONATOR,ARTICULATORS,GENERATOR & MOTOR )
- VOCAL FOLDS DAN VOICE BOX
- REGISTER DAN BREAK
- PERNAFASAN
- JENIS JENIS SUARA

3: BELAJAR MENYANYI

4: NYANYAIN HEBAT
- BREATH SUPPORT
- RESONANCE & TIMBRE
- VOLUME
- IN TUNE
- ARTIKULASI
- VIBRATO

5: REGISTERS
- EXTREME REGISTERS
- PASSAGIO

6: JENIS SUARA DAN RANGE
- RANGES(JULAT SUARA)

7: CARA NYANYIAN
- SPEECH LEVEL SINGING

8: PENJAGAAN SUARA
- PENCEGAHAN
- SYMPTOMS DAN PENYELESAIANNYA
-KE MANA NAK PERGI?

9: LIRIK
- SEBUTAN

10: MICROPHONES & EFFECTS
- DYNAMIC AND CONDENSER
- MIKROFON YANG BAGUS
- EFFECTS

11: SEJARAH

12: BERSEDIA..
- SEDIAKAN DIRI ANDA UNTUK..
- SHOW TIME
- DAN BANYAK LAGI..

13: MEMBACA MUZIK
- HIGH AND LOW
- LONG AND SHORT
- BAR LINES AND TIME SIGNATURES
- RESTS
- TRIPLETS AND OTHER-PLETS
- SHARP AND FLAT
- ACCIDENTALS AND KEY SIGNATURES
- LOUD AND SOFT
- TEMPO
- ARTIKULASI
- SECTION MARKINGS AND REPEAT SIGNS


Berikut adalah detail wokshop

TARIKH : 9 JANUARI 2011
MASA : 9 AM - 5 PM
TEMPAT: IM Training Center
22B, Jalan Plumbum P/7p
Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor
YURAN : RM 300

Namun begitu saya akan menawarkan HARGA ISTIMEWA
kepada 30 PESERTA TERAWAL YANG MENDAFTAR IAITU REBET RM100(anda hanya perlu bayar RM200)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PADA 13 DISEMBER 2010

Jika anda berminat sila buat bayaran secara transaksi online(maybank2u dan CIMBclicks) atau bank-in ke akaun berikut:

MAYBANK - 1122 1313 6932 -Zairulkefli Husin

CIMB - 05140 11037 8529 - Zairulkefli Husin

Setelah buat bayaran emailkan saya detail berikut

Nama Bank,
Masa Bayaran,
Tempat Bayaran,
Nama Penuh,
Alamat,
No tel


TEMPAT ADALAH TERHAD!!

Sekian,terima kasih


Ikhlas,


Zarul Husin aka Zarul Umbrella

Monday, November 8, 2010

Bengkel Peningkatan Bidang Muzik



Bengkel bertarikh 08-10 nov 2010 bertempat di Virgo Batik Resort iaitu hotel baru bersebelahan Teluk Batik Resort.


Seramai 28 dari 40 orang murid telah menghadirkan diri.Bengkel dikendalikan oleh En.Amin Nudin dan dibantu oleh Cikgu Basri,Cikgu Balya dan Cikgu Mohd.Fadzil.Inilah kursus terakhir bersama En.Amin Nudin kerana selepas ini beliau akan bertugas sebagai Guru Besar Di SK Seri Rahmat,Lahat,Ipoh.Lebih kurang 10 tahun lamanya bersama En.Amin menjalankan kursus..Banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui dan sukar dilupakan..

Sunday, November 7, 2010

Pertandingan PSKPP


Tahun ini pertandingan Kebudayaan PSKPP dengan konsep irama 60an.Pertandingan diadakan pada 06 Nov 2010 di Arena Square,Batu Gajah.Seramai 8 daerah mengambil bahagian.


Sejak pukul 8.00 pagi peserta mendaftarkan diri serta 'sound check' hingga tengahari.



Pada pukul 2.30 petang pertandingan dimulakan.Persaingan agak sengit kerana setiap daerah menampilkan pemuzik-pemuzik yang handal.Nyata sekali di kalangan guru-guru ada kebolehan seperti mereka di luar sana.

Pertandingan memakan masa kira-kira 4 jam.Meraka diadili oleh 3 orang hakim profesional.Sound system yang agak lemah sedikit sebanyak mengganggu sesetengah kumpulan membuat persembahan.


Kali ini nasib menyebelahi Daerah Hilir Perak yang sekaligus akan mewakili Negeri Perak ke peringkat kebangsaan.
















Monday, November 1, 2010

Kursus Pendidikan Muzik

Kursus Pendidikan Muzik Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau nama ringkasnya KSSR berjalan selama dua hari bertempat di SK La Salle,Ipoh.Kursus ini diadakan untuk 2 orang guru bagi setiap daerah.19 orang guru telah menghadirkan diri.Kursus ini berlangsung dari 1 hingga 2 November 2010.
Kursus disampaikan oleh para jurulatih utama seramai 6 orang iaitu Cikgu Wooi,Cikgu Jamal Ehsan,Cikgu Basri,Cikgu Nortaza,Cikgu Chan Kee Wai,Cikgu Tan,Cikgu Sazana dan Cikgu Mohd.Fadzil yang telah diberi pendedahan oleh BPK pada bulan Julai lalu.


Cikgu Jamal Ehsan Sedang Memberikan Ceramah


Cikgu Wooi..Tenaga Penting Sepanjang Kursus

Peserta Asyik Mendengar Penerangan Dari Cikgu Tan

Sunday, October 24, 2010

Kursus Vokal

Kini anda berpeluang untuk belajar secara live dengan Cikgu Syafi melalui satu workshop yang bakal diadakan pada Januari nanti.Peluang keemasan ini tidakseharusnya dilepaskan kerana beliau akan mencurahkan pelbagai tips dan panduan panduan asas yang bakal merubah cara nyanyian anda.

Berikut adalah detail Workshop Vokal
Tarikh : 9 Januari 2011Masa : 9 pagi - 6 petang
Tempat : IM Training Centre, 22B Jalan Plumbum P7/P Seksyen 7 40000 Shah AlamBayaran : RM350 termasuk jamuan pagi/coffe break/makan tengahari dan minum petang
Sijil Penyertaan dan juga pelbagai cenderahati akan disediakan

TEMPAT ADALAH TERHAD UNTUK 50 ORANG SAHAJA
Jika anda berminat sila email pada :

zarul@zarulumbrella.com

Thursday, October 14, 2010

Menyanyi Note Yang Tinggi

"lagu ni tinggi sangat saya tak sampai la nak nyanyi,macamana nak atasi masalahni?"Memang menjadi idaman setiap penyanyi untuk boleh menyanyi dengan nada tinggi macam Ziana Zain atau Black Mentor.
Dengan menyanyi note tinggi niselalunya akan menarik perhatian audience silap2 mereka akan bertepuk dan sorak dengan kebolehan tersebut.
Jika anda nak dapatkan kebolehan ini,ada 7 langkah asas yg boleh anda cuba,
1. Nyanyi Lagu Yang Melampaui Vocal Range Anda..
Cuba nyanyi note yg agak susah bagi anda untuk sampai..cuba nyanyi note itudengan berhati-hati dan JANGAN sesekali untuk memaksa suara anda,.Anda perlu rilex dan fikirkan note tu dalam kepala,jaga pernafasan,keep on trying and trying.Ini akan melatih kord suara anda untuk bergerak dari "zon selesa" nyaLatihan ini memerlukan masa dan kesabaran dan ianya amat berkesan sebab saya telah mencubanya..Apa yang anda perlukan adalah latihan yg konsisten dan penuh dedikasi dan jangan sesekali memaksa suara anda.Lakukan sedikit demi sedikit...

Dari
Zarul Umbrella

Tuesday, September 28, 2010

Penjagaan Suara

Menyanyi dengan tekak yang sakit

Ini bergantung kepada apa yg menyebabkan tekak anda menjadi sakit .Jika teramat sakit sehingga menyakitkan semasa hendak menelan,maka lupakanlah nyanyian buat sementara waktu! Namun jika ianya hanya sakit tekak yang biasa2 je kira ok la tp kalau boleh minta pandangan doktor

Udara yang kering(biasanya ini jarang berlaku di Malaysia tp ada jika anda berada dalam persekitaran berhawa dingin),menyanyi dengan cara yg salah yakni dengan mendera suara dan jangkitan bacteria adalh beberapa penyebab yang selalunya menjadikan tekak anda menjadi sakit. Sesetengah orang boleh dapat sakit tekak setiap kali mereka bangun dari tidur,ini adalah terjadi kerana kebanyakan dari mereka ini menghasilkan sejenis asid yang dinamakan asid reflux yang dikeluarkan semasa mereka tidur dalam bentuk sendawa. Disini beberapa laman web yg boleh mnerangkan secara lebih lanjut mengenai asid reflux ni

www.texasvoicecenter.com

www1.wfubmc.edu/voice/reflux/

Oleh kerana tekak yang kering boleh sebabkan sakit tekak maka minumlah air sekurang2nya 8-10 gelas air setiap hari lagi banyak lagi bagus.Kita beruntung sebab kita tinggal di Malaysia yang berudara lembab dan ini amatlah bagus untuk suara kita,tetapi jika anda berada di persekiran hawa dingin yg hyper disarankan anda dapat bernafas dengan menggunakan hidung sekerapa yang boleh.Ini mampu mencegah tekak menjadi kering dan sakit.

Satu lagi punca sakit tekak ialah "penderaan suara" Ini adalah kerana menyanyi dengan terlampau tinggi dan terlalu kuat dalam jangka masa yang terlalu lama ,menjerit dan bercakap kuat dalam persekitaran yang biasing e.g perlawanan bolasepak dan menjerit di konsert ,menghidu asap rokok, dan sebagainya Bila ini terjadi pada anda maka disarankan anda merehatkan suara anda dan sedikit demi sedikit secara perlahanlahan pulihkan suara anda dengan melakukan latihan humming dan juga bubling/tongue trills

Jika anda dijangkiti laryngitis dan tone anda mulai terputus-putus/tersangkut-sangkut di sustained note maka ini menandakan anda amat memerlukan rehat yang betul2 REHAT dan jumpa doctor dan makan ubat sewajarnya..

Kesimpulannya jika anda dapati tekak anda perit di waktu bangun tido maka tak payah risau pasal ni normal dan ini juga factor yg menyebabkan ramai yang tak boleh nak naynyi pada waktu pagi..Ianya akan pulih secara semulajadi beberapa jam selepas anda bangun dan anda boleh menyanyi seperti biasa.

Jika sakit tekak yang serius maka rehat la dari menyanyi dan minum air sewajarnya dan jika makin teruk lagi jumpa la doctor anda

Sunday, September 26, 2010

Lawatan Ke Bandung

7 - 11 DisemberRM 1350 per pax ( inclusive 5 lunch, 4 dinner, 4 breakfast, entrance fee Mini Indonesia, Kg. Angklung, Resto Daun Pisang, Air fare LCCT Jakarta / Bandung LCCT), airport tax, insurance, hotel twin sharing (3*) and ground transport)

Hubungi En. Amin Nudin

Monday, September 20, 2010

Nyanyian Anda Sumbang

Nyanyian Sumbang?

Ada beberapa 3 sebab mengapa masalah ini boleh terjadi

-Pertama, kita mungkin tak tahu apa itu note atau pic yg kita nyanyikan atau vocal range lagu yg kita nyanyikan. Sbg contoh,sesebuah lagu mungkin mempunyai banyak lompatan pitcing,dan kita mungkin tak tahu bagaimana nak nyanyikan perubahan pitching-pitching ini dan dengan bebrapa latihan mengenai skala muzik dan intervals akan dapat membantu kita mengenali setiap nada seterusnya membantu kita menyanyi dalam pelbagi pitch/nada

-Kedua, kita mungkin kurang tahu mengenai vocal register/perletakan suara yg seharusnya kita gunakan semasa kita menyanyikan satu2 pitchSebagai contoh,jika saya suruh seorang pelajar lelaki nyanyikannote "high E" atau F beliau mungkin tak sampai dan pitch beliau akan tak tepat. ini adalah disebabkan belaiu tidak kenal/tidak tahu dimanakah vocal register yg sepatutnya Beberapa latihan untuk mempertajamkan lagi teknik ini dan latihan vocal warm-up akan dapat membantu anda mencapai note yg tinggi dengan lebih tepatKita juga mungkin tak beri perhatian pada sokongan pernafasan atau breath support yg diperlukan bgi mencapai atau pun projectkan notenote yg kita nyanyikan terutamanya di range tinggi suara kita yg mana ini akan menyebabkan kita of tune semasa menyanyi .Latihan latihan pernafasan akan dapat membantu kita mengatasi masalah ini

-Ketiga, kita mungkin tak biasa mendengar suara kita dan adakah suara kita serasi dengan muzik semasa kita menyanyi?Ini adalah vital skill yg perlu ada pd setiap penyanyi Kadangkala semasa kita menyanyi,kita lebih fokuskan pada nyanyian tetapi tidak pada muzik yg mengiringi kita,ini adalah factor yg menyumbang kepada "sumbangnya" nyanyian kita tanpa kita sedari.Sekian , diharapkan ianya dapat memberi manfaat.

Ikhlas,Zarul Umbrella

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Selamat Hari Raya maaf dzahir dan batin

Friday, July 30, 2010

Karnival Kesenian Sekolah-Sekolah Negeri Perak

Karnival yang bermula 30 julai hingga 2 Ogos 2010 bakal menyaksikan pelbagai pertandingan kesenian akan berlangsung di antara sekolah-sekolah di Negeri Perak.


Para Urusetia Dan Pegawai Teknikal Mendaftarkan Diri Serta Menjalani Pemeriksaan Kesihatan


Tugas pertama...susun barang..



Taklimat Oleh En.Amin Kepada Para Peserta


















Thursday, July 8, 2010

Kursus BPK Di Pulau Pinang

Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Muzik Tahun 1 (Zon Selatan) bermula dari 6 hingga 9 Julai di Hotel Cititel Pulau Pinang.Kursus ini di bawah anjuran KPM dan dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum yang dulunya dikenali sebagai PPK.JU yang terlibat dengan kursus ini terdiri daripada 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang,Perak,Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu.Perak menghantar 9 orang Ju.
Pembentangan pertama bermula pada sebelah malam oleh En.Bakhtiar dengan tajuk Dokumen Standard Pendidikan Muzik Tahun 1..Dokumen Standard adalah menggantikan istilah Sukatan Pelajaran yang selama ini digunakan oleh kita sejak sekian lama.

Friday, June 4, 2010

Tahniah! Dari Pengarah Pendidikan


Tahniah! itulah ucapan Pengarah Pelajaran Perak di atas kejayaan warga pendidikan mengadakan Konsert Merafak Kasih Menjunjung Setia malam tadi.Beliau nampaknya begitu gembira dengan kejayaan ini.Sifu Amin kita amat berpuas hati kerana katanya setiap persembahan Sultan Azlan akan bertepuk tangan.Selepas selesai persembahan Sultan Azlan terus menghampiri barisan artis yang terdiri dari para pelajar dan sempat mengucapkan sesuatu tanda beliau terhibur pada malam itu..


Tuan Pengarah Menyampaikan sijil dan Cenderahati Kepada Semua Yang Terlibat

Taklimat dan Amanat Terakhir Dari Sifu Amin
Terima Kasih Kepada semua yang terlibat..Khas buat Sifu Amin..Tanpa Anda Apalah Ada Pada Konsert Merafak Kasih Menjunjung Setia 2010..







Konsert Merafak Kasih Menjunjung Setia

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu dengan pelbagai persediaan pun tiba..Murid bergerak ke Dewan Bankuet kira-kira pukul 6.40 petang.Sebanyak lima buah bas disediakan untuk membawa murid..Sempat juga murid berlatih untuk memantapkan lagi persembahan.Sultan Perak tiba ke dewan kira-kira pukul 8.40 malam.Persembahan dimulakan dengan instrumental Negeri Perak.Menteri Besar Perak juga turut menyaksikan konsert ini.

Ketibaan Menteri Besar Perak

Sultan Azlan Berangkat Masuk Ke Dewan

Lagu Negeri Perak Dimainkan

Mazuan Mempersembahkan Lagu Khas Untuk Sultan Azlan

Persembahan Tarian Yang Menarik


Persembahan Adik Rosebiatun Yang Amat Pemalu




Thursday, June 3, 2010

Raptai Penuh Di Dewan Bankuet

Raptai penuh dimulakan sejak pukul 2.30 ptg. Walaupun tiba awal di dewan raptai dimulakan agak lewat kerana peralatan audio system lambat disediakan..Keadaan agak sibuk di dewan..

Monday, May 31, 2010

Bengkel 2

Bengkel kedua dan terakhir sebelum persembahan Konsert Merafak Kasih ini diadakan pada 31 Mei hingga 5 mei 2010.Bengkel kali ini memperlihatkan pelbagai persediaan peringkat akhir sebelum persembahan.

Peserta Dibekalkan Dengan T Shirt,Tali Leher, Tag Nama Yang Cantik Dan Kreatif



Perjalanan bengkel kali ini tidak berapa lancar kerana ramai murid yang mengambil bahagian terpaksa menghadapi peperiksaan seperti rakan-rakan mereka di sekolah.

Tuesday, May 25, 2010

Panduan untuk penari

Video yang saya paparkan di sini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak para pelajar yang terlibat dengan tarian.Ianyanya dirakamkan semasa bengkel pertama.


Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru






Khas buat guru-guru seluruh Malaysia khasnya guru-guru muzik Negeri Perak.

Thursday, May 6, 2010

Bengkel 1

Pada 27 hingga 30 April bengkel pertama latihan untuk Konsert Merafak Kasih sempena Hari Keputraan Sultan Perak diadakan.Latihan selama empat hari ini bertempat di Hotel Seri Malaysia,Ipoh.Peserta terdiri dari Kumpulan Tarian,Orkestra dan Penyanyi Solo.Semua komposer yang telah mengubah lagu2 yang bakal dipersembahkan turut hadir memberi latihan..


Kumpulan Tarian Gigih Berlatih Siang Dan Malam


Bakat-bakat Besar Ada Di Sini



Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Tn.Hj.Zulkurnaini b. Hussin sentiasa turun padang memberi perangsang kepada pelajar dan semua yang terlibat dalam konsert ini.



Berpeluh..En.Amin diwawancara oleh PSPN mengenai konsert















Wednesday, April 21, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Produksi 2


Mesyuarat kali ke2 diadakan di Bilik Budi,Jabatan Pelajaran Perak buat kali kedua.Semua aspek perlu diteliti dengan mendalam agar Konsert Merafak Kasih nanti berjalan lancar.

Dengan peruntukan yang agak terhad untuk menghadapi satu konsert yang besar sebegini memang memerlukan kemahiran dan pengalaman yang luas.Kejayaan Konsert Diraja pada tahun 2001 yang lalu menjadi sumber rujukan yang penting buat jawatankuasa ini.

Pada 14-15 April yang lepas audition untuk memilih pemain muzik dan penyanyi di kalangan pelajar diadakan di Hotel Seri Malaysia,Ipoh.

Bengkel pertama akan diadakan pada 27 Aril ini.



Hari Keputeraan Sultan Perak ke 82

Dirgahayu Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah sempena Hari Keputeraan Tuanku yang ke-82.

Semoga Tuanku dilanjutkan usia dan Perak terus maju di bawah pemerintahan Tuanku.

Monday, April 12, 2010

Barisan Tenaga Kerja Konsert

Sifu Amin..Tulang Belakang Penentu Kejayaan Konsert


En.Baharul..8 tahun bersara masih berjasa pada JPN