Sunday, March 28, 2010

KONSERT MERAFAK KASIH MENJUNJUNG SETIA TAHUN 2010

Konsert ini mendapat persetujuan dan kelulusan daripada Kerajaan Negeri Perak untuk diselitkan aktiviti Konsert Merafak Kasih Menjunjung Setia ke dalam program Sambutan Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Tahun 2010.
Konsert ini bermatlamat membolehkan warga pendidikan meningkatkan disiplin dalam membuat persembahan serta menikmati muzik ke arah membantu pembentukan modal insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif selari dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Ia juga bertujuan melahirkan warga pendidikan yang mampu menghasilkan persembahan yang berkualiti serta dapat menyemai elemen nilai murni dalam konteks menghargai menghayati dan berkeupayaan menilai muzik Malaysia dan muzik semasa.
Objektifnya adalah untuk membuat satu persembahan muzikal sebagai tanda kasih dan setia warga pendidikan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Memperaga dan memperkembangkan bakat, minat dan kemahiran muzikal warga pendidikan Perak hasil dari pelaksanaan kurikulum formal dan kokurikulum.

Tarikh dan Tempat Konsert

Tarikh Persembahan : 22 Mei 2010 (Sabtu)

Masa Persembahan : 8.30 - 9.45 malam ( 1 jam 15 min)

Tarikh Raptai : 21 Mei 2010 (Jumaat)

Tempat Persembahan : Dewan Bankuet Negeri Perak