Saturday, December 17, 2011

Tamat Siri Taklimat KSSR Untuk Guru Besar

Alhamdulillah..Selesai sudah taklimat KSSR untuk guru besar seluruh Negeri Perak.Agak terkilan juga saya kerana taklimat terakhir yang diadakan di Hillcity tidak dapat saya hadiri kerana baru pulang dari mesyuarat STPM di Air Papan Resort,Mersing dan pada hari tersebut saya terpaksa menghadiri satu lagi mesyuarat di Pulau Pangkor.Kebetulan pula Cikgu Mazlan yang selalu membantu saya juga mengalami masalah kesihatan dan saya telah gantikan dengan Cikgu Burhanuddin.Sayangnya guru besar dari dua daerah iaitu Kinta Selatan dan Batang Padang tidak berpeluang untuk mendengar taklimat mengenai Pengurusan Fail seperti selalu yang disampaikan oleh Cikgu Mazlan.Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan pada Cikgu Burhan.Begitu juga dengan Cikgu Azizah untuk taklimat Dunia Seni Visual.

Tuesday, December 6, 2011

DOWNLOAD PENGURUSAN FAIL

Untuk guru besar dan juga guru yang memerlukan maklumat pengurusan fail KSSR sila download mengikut link di bawah.Jika sekiranya terdapat sebarang masalah atau apa saja pandangan dan cadangan sila kemukakan di ruang sebelah kanan.Terima Kasih.

http://www.mediafire.com/?q3hid460zqr7zk4

Monday, December 5, 2011

TAKLIMAT KSSR UNTUK GURU BESAR

Tiba masanya Kursus KSSR ini dibuat untuk para guru besar pula memandangkan guru besar juga patut tahu secara asasnya tentang KSSR ini.Kursus ini bermula pada 21 dan 22 November di Hotel Seri Malaysia,Taiping sebagai tempat permata ianya dijalankan.Dua daerah iaituLarut Matang Dan Selama serta Daerah Kerian terlibat di dalam taklimat ini.Selepas itu pada 29 dan 30 November pula bertempat di Hotel Heritage,Ipoh untuk daerah Kinta Utara dan Perak Tengah.Untuk kedua-dua taklimat ini,maklumbalas yang diterima dari guru besar yang hadir amat memuaskan..Tidak dinafikan ada sedikit kekurangan dan akan diperbaiki lagi untuk taklimat yang akan datang.Selepas ini pada 5 dan 6 November akan diadakan pula di Hotel Hillcity untuk Daerah Hilir Perak dan Manjung.

Monday, November 14, 2011

KSSR Tahun Dua Selesai

Syukur..Kursus KSSR Tahun 2 untuk matapelajaran Muzik dan Seni telahpun selesai setelah mengambil masa hampir dua bulan.Kursus Muzik berakhir di SK Mahkota Sari,Gerik.Saya sempat berada 2 hari di sana..dapat juga melawat ke Tasik Banding..Terima Kasih kepada Ju muzik yang sanggup menghadirkan diri ke sana memandangkan daerah Hulu Perak tidak ada Ju sendiri.Begitu juga kepada Ju Muzik semua..Jasa anda amat saya hargai..Semoga tahun hadapan kita akan dapat bersama2 lagi.
Dunia Seni Visual mengakhiri kursusnya di SMK Ayer Kuning,Kampar..Saya sempat juga melawat kursus di sana...Memang amat tertarik sekali dengan hasilan2 guru seni..T.kasih juga saya ucapkan kepada ju Dunia Seni Visual..Mereka ini diketuai oleh Cikgu Puaadi yang amat membantu saya di dalam saya tercari-cari rakan-rakan ju dalam dunia seni..

Wednesday, October 12, 2011

Surat Lantikan Bertugas JU Muzik


Kepada Ju Muzik yang terlibat, sila muaturun fail di bawah untuk tindakan anda.
Klik Di Bawah Untuk Surat Lantikan



Klik Di Bawah Untuk Lampiran A

http://www.mediafire.com/?6y1tsk30j2xzfd0

Saturday, September 24, 2011

Jadual KSSR Tahun 2

Perhatian untuk semua JU Muzik KSSR Tahun 2.Sila klik url di bawah untuk mendapatkan jadual cadangan bagi kursus KSSR.Ju boleh mengubah jadual tersebut mengikut kesesuaian dan keselesaan serta susunan JU.

Wednesday, September 14, 2011

Kursus Kompang Dan Rekoder

Kursus ini diadakan di Purnama Beach Resort bermula dari 12 sehingga 15 September 2011 atas anjuran Bahagian Ko Kurikulum JPN Negeri Perak.Kursus ini dikendalikan oleh En.Basri b. Mat Lazim penyelia Ko kurikulum.Terima kasih dan syabas di atas kejayaan beliau menjayakan kursus ini.

Thursday, September 8, 2011

Kursus KSSR Tahun 2 Di Virgo




Alhamdulillah..Kursus KSSR Muzik/Seni untuk Tahun 2 bagi matapelajaran berjalan dengan baik bermula dari 5 hingga 7 Sept 20011.Meskipun kemeriahan Hari Raya masih terasa guru-guru seramai 62 orang dengan 5 orang tidak hadir tetap datang mengikuti kursus.Dengan masa yang begitu terhad jadual yang diatur seawal 2.30 petang akan dijalankan kursus tetapi oleh kerana ada sedikit silap faham dengan surat jemputan jadual terpaksa ditunda pada sebelah malam.Seronok rasanya melihat rakan-rakan yang selama ini pernah bertugas di bawah En.Amin Nudin hadir memberikan sokongan.Dapat dilihat betapa didikan yang diberi oleh En.Amin Nudin telah dapat membantu kami menjalankan kursus dengan lancar.Masing-masing tahu tanggungjawab yang perlu dijalankan.Mungkin ada JU tambahan yang kehairanan melihat kemesraan kami yang seperti saudara tanpa mengira bangsa dan agama.Negeri Perak lebih beruntung kerana salah seorang penceramah adalah pembuat Modul KSSR ini bersama BPK.Beliau ialah Cikgu Mazlan b. Harun,Penolong Kanan SK. Talang,Kuala Kangsar.Untuk slot pertama 2 jam diberikan kepada beliau untuk mengupas tentang dasar2 KSSR dengan panjang lebar.


En.Mazlan menyampaikan ceramahnya




JU Utama Dan JU Tambahan




Masa terluang pasti dipenuhi dengan latihan nyanyian




Cikgu Burhanudin Menyampaikan Slot Beliau




Saturday, August 20, 2011

Lagu Raya



Lagu raya yang paling saya minati

Mesyuarat Kali ke 2

Pada Hari Selasa 22 Ogos 2011 ini saya akan mengadakan mesyuarat bersama semua JU Negeri untuk menetapkan penyampai untuk setiap tajuk dalam kursus yang akan diadakan di Virgo Resort nanti.Semoga semuanya berjalan lancar kerana ini adalah minggu terakhir sebelum Hari Raya dan selepas itu kursus akan berjalan.Agak mencemaskan sebenarnya kerana pakej yang dihantar ada sedikit masalah dan akan diperbetulkan oleh pembantu tadbir Hari Isnin nanti.Jika tidak diterima bermakna pakej ini akan ditangguhkan ke tarikh yang lain.Harap-harap tidak ada masalah yang sebegitu kerana semua amat memahami betapa kesuntukan masa yang diberi untuk menjalankan kursus ini.

Tuesday, July 26, 2011

Mesyuarat KSSR untuk JU Ipoh

Mesyuarat yang diadakan petang semalam hanyalah memanggil Ju Muzik dan Seni yang berada sekitar Ipoh sahaja.Tujuan mesyuarat itu adalah untuk menetapkan jadual kursus dan penceramah yang akan diadakan di Virgo Resort nanti.JU Muzik Cikgu Burhanuddin,Cikgu Zanariah dan Cikgu Balya hadir dan mereka amat membantu untuk melancarkan perancangan yang diatur.Terima kasih diucapkan atas kehadiran mereka.

Monday, July 25, 2011

Kursus Rekorder

Kursus yang dijalankan pada hari ini bertempat di PSPN,Ipoh.Kursus ini diluar pengetahuan saya kerana ianya diatur sebelum saya bertugas di JPN.Saya difahamkan diantara penceramahnya adalah sahabat2 dari JU Muzik juga seperti Wooi Sin Ho,Chan Kee Wai dan Jamal Ikhsan.Ketiga-tiga mereka sememangnaya mahir dalam permainan alat muzik.Semoga kursus ini bermanafaat untuk semua peserta kursus.

Mesyuarat KSSR

Mesuarat KSSR Tahun 2 kali ini melibatkan Pegawai Pelajaran dari setiap daerah.Ada juga daerah yang tidak hadir.Pembentangan mengenai budjet dan tarikh kursus dibentang dan diperbincangkan.Banyak masalah2 semasa KSSR 1 diambil kira pada kali ini.Adalah diharapkan kursus kali ini tidak lagi berlaku pelbagai masalah seperti tempat kursus,bahan cetak dan sebagainya.

Sunday, July 17, 2011

MESYUARAT PENETAPAN KURSUS

Saya bercadang untuk berbincang dengan beberapa orang JU Muzik dan Seni yang berada di sekitar Ipoh mengenai kurusus yang akan diadakan di Virgo Resort nanti dalam waktu yang terdekat.Malangnya minggu ini jadual penggunaan bilik mesyuarat agak padat dan terpaksa ditunda minggu depan.Antara agenda yang akan diperbincangkan ialah penetapan JU yang akan memberi ceramah setiap tajuk,jadual waktu kursus, dan beberapa perkara yang berkaitan.Semoga perkara ini dapat diselesaikan pada minggu depan.

Thursday, July 14, 2011

KURSUS JU MUZIK PERAK

Kursus untuk JU Muzik Perak akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.Cadangan tempat untuk berkursus ialah di Virgo Hotel,Lumut.JU PJ dan Seni Visual akan turut serta di dalam pakej ini.Setiap matapelajaran seramai 30 JU akan diambil untuk menjalani kursus.Setelah itu satu program akan diatur pula diperingkat daerah masing2 untuk menyampaikan pula bahan kursus kepada guru-guru di daerah yang akan memakan masa 4 hari.Ini bermakna guru-guru akan berulang selama 4 hari ke tempat kursus yang akan ditetapkan nanti.Pada kali ini semua guru akan dibekalkan dengan bahan2 bercetak untuk kemudahan mereka membuat rujukan termasuk cd lagu untuk tahun 2.Semoga kursus pada tahun ini akan lebih lancar berbanding kursus yang dijalankan pada tahun lepas.

Wednesday, July 13, 2011

Pemantauan Digital Piano

Semalam sempat melawat 3 buah sekolah untuk memantau sejauhmana penggunaan Digital Piano yang diterima pada tahun lepas.Sekolah pertama menyimpan piano tersebut di dalam makmal komputer kerana masalah bilik muzik yang bocor dan juga ketiadaan guru muzik.
Sekolah kedua memang menggunakan sepenuhnya piano tersebut.Ia diletakkan di dewan sekolah untuk kemudahan apabila hendak membuat sesuatu persembahan.Semua guru-guru juga digalakkan menggunakan piano tersebut.
Sekolah ketiga juga menggunkan piano tersebut sebagai alat utama dalam pengajaran beliau.Murid amat berminat dengan pengajaran guru ini walaupun kelas tersebut berada di tingkat empat.
Pemantauan ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya guru tahu menggunkan piano tersebut tidak timbul masalah2 yg sering didengar seperti bunyinya kurang sedap,tiada banyak rentak dan sebagainya.Semuanya bergantung kepada guru yang diamanahkan untuk mengajar matapelajaran muzik.

Monday, July 11, 2011

TUGAS PERTAMA

Mesyuarat pertama jam 2.30ptg mengenai KSSR yg perlu dijalankan selepas Hari Raya.Semua kerja perlu dilakukan dengan segera.Modul dan cd perlu dibuat salinan segera untuk memudahkan pengagihan kepada semua guru nanti.JU negeri dan JU tambahan perlu dikursuskan dahulu sebelum kursus ke daerah2 dijalankan.Hotel perlu ditentukan untuk mengadakan kursus untuk para JU selama 3 hari 2 malam tetapi untuk para guru perlu dijalankan di daerah masing2 selama 4 hari.Untuk muzik..aduii..kena cover untuk 3 m/pelajaran sekaligus..Muzik,Seni PJ dan PK.Semoga saya dapat melakukan tugasan ini dengan jayanya.

Sunday, July 10, 2011

BERTUGAS DI JPN

Mulai 1.7.11 saya telah bertugas di JPN Perak sebagi Penyelia Muzik/Seni.Amat berat sebenarnya tugas ini untuk dipikul tetapi atas permintaan rakan-rakan dan juga galakan dari keluarga saya cuba menjalankan tugas baru ini dengan sebaik mungkin.Mungkin blog ini akan menjadi lebih meriah kerana berkemungkinan banyak maklumat aktiviti muzik negeri Perak ini akan saya ketahui.Semoga Pendidikan Muzik di Negeri Perak akan lebih menyerlah dengan bantuan rakan-rakan JU Muzik dan guru-guru muzik semua.

Friday, July 1, 2011

Kursus KSSR Tahun 2

Kursus tersebut baru sahaja selesai pada hari ini.Kursus bermula pada 27 Jun hingga 1 Julai.Agak mengecewakan kerana 2 Ju Muzik Perak tidak dapat menghadirkan diri.Ini sudah pastinya akan menyebabkan proses penyampaian pada peringkat negeri akan menghadapi sedikit masalah disebabkan kekurangan tenaga JU.

Syabas JU Muzik Perak!

Tidak disangka2 lagu 1 Murid 1 Sukan telah dijadikan lagu tema untuk pelancaran Larian 1 Malaysia pada 2 Julai 2011.Syabas buat semua Ju Muzik Perak yang telah berjaya menghasilkan lagu yang sebaik itu.Tidak sia-sia Ju Muzik Perak berkumpul sebanyak 2 kali di Kuala Kangsar untuk menghasilkan lagu hebat ini.Pastinya Ju Muzik Perak akan tersenyum bangga pada hari tersebut.

Monday, June 20, 2011

Mana Anugerahnye..




Pada hari jumaat malam sabtu yang lepas Pihak JPN mengadakan jamuan sempena kejayaan MSSM.Memang meriah majlis yang diadakan.Kami dijemput dan diberitahu ada anugerah khas untuk kami yang telah berjaya mencipta beberapa buah lagu untuk MSSM dan juga lagu untuk guru Perak.Begitu juga dengan kejayaan kami membuat beberapa persembahan terutamanya di upacara perasmian MSSM.Dari jauh kami datang dengan penuh semangat kerana jasa kami dihargai.Ramai jemputan yang hadir dan dijamu dengan berbagai hidangan..Namun selera kami untuk menikmati semua hidangan menjadi tumpul..Anugerah khas yang diwarwarkan itu hanyalah sekeping sijil penghargaan yang tertulis AJK persembahan.Kami pun tidak tahu bila pula kami dilantik..Kemarahan Cikgu Mazlan selaku wakil yang menerima sijil begitu ketara sekali kerana merasa diri ditipu buat kali kedua..kami yang sudah memendam rasa makin hilang sabar dan merasa amat kecewa dipermainkan begini.Di mana anugerah khas yang dijanjikan sepertimana rakan-rakan kami memperolehinya semasa pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri baru-baru ini..Semuanya bersikap lepas tangan dan menunding jari sesama sendiri..Cikgu Mastor datang dari Hutan Melintang yang memakan masa hampir 2 jam untuk sampai amat kecewa..begitu juga rakan2 yang lain..Cikgu Balya beredar dari majlis dengan satu tekad..tidak akan terlibat dengan apa2 persembahan lagi..Begitu juga kami..dan semakin sedar kami telah dipergunakan oleh mereka yang hanya mengejar kemashyuran diri sendiri..Sebelum pulang terpandang juga wajah Cikgu Wooi yang amat kesal dengan kejadian ini..apakan daya..Selama hampir 10 tahun menghambakan diri dengan dunia kami selaku guru muzik Perak yang menjadi bualan rakan2 di negeri lain..akhirnya ini yang kami terima..Kami pulang dengan tangan kosong setelah sijil dipulangkan kerana ia bukan hak kami..

Friday, June 10, 2011

Tuesday, June 7, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri


Sambutan kali ini diadakan di Dewan Bankuet,Ipoh.Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Perak YAB Zamri.Kali ini guru-guru da guru muzik diberi tugasan untuk menyanyikan lagu dalam bentuk koir.Guru Besar SK Raja Perempuan, hajah Faridah sekali lagi diberi tugas untuk memanggil guru-guru untuk menjalani latihan.Kira-kira 60 orang guru berjaya dikumpul oleh Pn.Hajah yang sememangnya rajin dan sabar dalam menjalankan tugas.Apa yang menarik ialah kumpulan koir ini akan diiringi oleh kumpulan orkestra semasa menyanyi.Kumpulan orkestra ini adalah terdiri daripada murid-murid SMK Permaisuri bainun.Murid-murid ini dipimpin oleh guru mereka yang pakar iaitu Cikgu Faridz.Latihan koir diadakan di dewan SMK Permaisuri Bainun.Agak sukar juga kerana ada guru yang tidak dibenarkan keluar oleh guru besar walaupun ada surat panggilan dari JPN.Pening juga bila masing-masing hendak menunjukkan kuasa dan yang menjadi mangsa ialah guru.Bayangkan ada guru yang bertolak dari Teluk Intan selepas habis waktu persekolahan dan sampai di Ipoh hanya sempat menyertai latihan tidak sampai setengah jam.Walaupun begitu tugas ini digalas juga demi untuk memeriahkan sambutan hari guru nanti.

Thursday, June 2, 2011

Perasmian MSSM

Setelah puas menjalani latihan berhari-hari di Pusat ko-Kurikulum akhirnya tiba hari yang dinantikan.Seawal pukul 3.00 petang persiapan untuk persembahan diadakan.Pelajar sekolah semakin ramai membanjiri stadium,Ipoh.Mereka datang dari berbagai sekolah di seluruh pelusuk tanahair termasuk Sabah dan Sarawak.Seperti biasa guru-guru muzik dan peserta koir mengambil tempat dan menyusun peralatan muzik.Begitu juga peserta perbarisan bersiap sedia untuk memulakan acara.Bagi kombo guru persembahan dimulakan kira-kira pukul 6.00 petang dan boleh juga dikategorikan sebagai mini konsert.Pelbagai lagu lama dan baru didendangkan.Sayangnya sound system agak mengecewakan kerana sebahagian besar penonton terutama yang berada di tempat duduk yang tinggi tidak dapat menikmati persembahan tersebut dengan baik.Memang agak mengecewakan kerana majlis sebesar ini hanya menggunakan peralatan yang tidak seberapa.Penonton-penonton yang berada di sekitar tapak konsert nampaknya terhibur bila didendangkan dengan lagu-lagu rancak.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU



Hari guru tiba lagi...Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik..Semoga tahun ini akan memberikan tuah kepada kita semua..Kejutan dari Perdana Menteri telah disampaikan pada petang ini..Apa yang penting keikhlasan kita warga pendidik amat penting..Bukan imbuhan yang menjadi matlamat tetapi adalah memastikan segala ilmu yang disampaikan oleh guru dapat diterima murid dengan baik dan mencapai matlamat yang digariskan...juga melahirkan insan yang berguna kepada negara..Kitalah yang menjadi transformasi kepada kejayaan dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia..

PERSEDIAAN MSSM

Persediaan menghadapi MSSM giat diadakan termasuk guru-guru muzik Perak.Pada kali ini Tuan Pengarah Pelajaran kita mahukan sedikit kelainan pada upacara pembukaan sukan itu nanti.Kumpulan Kombo Pendidikan diberi tugas untuk mengiringi koir guru-guru dan juga mengadakan mini konsert sebelum upacara bermula.Latihan giat diadakan di Pusat Kokurikulum Perak Jalan Pasir Putih,Ipoh.Penulis sendiri telah berulang alik bersama isteri dari Teluk Intan untuk menjalani latihan.
Dalam persembahan koir, guru-guru yang terlibat di ambil dari sekolah-sekolah sekitar Ipoh di bawah pimpinan Guru Besar Raja Perempuan iatu Puan Faridah.Beliau dibantu oleh dua orang guru untuk memimpin dan melatih kumpulan koir ini.Difahamkan mereka telah berlatih lebih dari sebulan yang lalu.Ada juga sedikit sentuhan yang disumbangkan oleh guru kombo kita Puan Chan Kee Wai juga merupakan pakar dalam bidang koir dan telah berjaya membawa muridnya hingga ke peringkat kebangsaan beberapa kali.
Dalam cuaca yang tidak berapa baik beberapa ahli kombo menghadapi masalah kesihatan.Diharapkan mereka cepat sembuh menjelang acara MSSM itu nanti.
Apa yang dibanggakan ialah lagu Satu Murid Satu Sukan Ciptaan Guru Muzik Perak telah berjaya menambat hati Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia bahkan beliau berjanji akan mengenengahkan lagu tersebut di peringkat atasan.Tidak sia-sia guru-guru muzik Perak berkampung di Sg.Perak tempohari untuk menghasilkan lagu ini.Sememangnya lagu ini juga diminati oleh peserta koir.Mereka nampak selesa dan gembira sekali membawakan lagu ini.

Sunday, May 8, 2011

Mesyuarat Pembinaan Modul Elemen Keusahawanan





Saya telah menghadiri Mesyuarat Pembinaan Modul Elemen Keusahawan dalm KSSR pada 18-21 April 2011..Berlangsung selama 4 hari dianjurkan oleh BPK.Lokasi yang dipilih ialah Di Cinta Sayang Golf & Country Resort,Sg,Petani,Kedah.Mesyuarat ini dikendalikan Oleh Pn.Normala yang telah memeberikan begitu banyak input yang amat berguna.Samada kita sedar atau tidak elemen keusahawanan banyak terdapat dalam p & p yang dijalankan di dalam kelas.Contohnya: Bertanggungjawab,Sangat peka kepada peluang,Berani mengambil risiko,Daya kreativiti dan inovatif,Fleksibiliti dan banyak lagi.Antara guru matapelajarn yang hadir ialah Agama,Muzik,PJ,Seni dan Moral.


Monday, May 2, 2011

Mesyuarat Pemurnian Lagu JPN

Mesyuarat ini bertujuan memurnikan lagi lagu2 yang telah dicipta iaitu 4 buah lagu.Sekali lagi Perak Riverside Resort, Kuala Kangsar menjadi pilihan.Pemurnian ini dibuat setelah mengambilkira pandangan dan saranan pelbagai pihak.

Tarikh: 13-15 April 2011

Thursday, April 14, 2011

Persembahan Di Jamuan MSSPK






08.04.11

Jamuan makan malam yang diadakan di INSTUN bandar Proton,Tanjong Malim telah menjemput Kombo Guru Perak untuk memainkan beberapa buah lagu.Majlis makan malam itu dihadiri oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak serta Pegawai PPD semua daerah.
Lagu-lagu yang dicipta di Kuala Kangsar turut diperdengarkan untuk penilaian dan komen dari hadirin.Rata-rata tetamu meminati lagu Satu Murid Satu Sukan.Ada yang meminta lagu tersebut dimainkan beberapa kali.Bagi pencipta-pencipta lagu yang hadir mereka telah diperkenalkan kepada para tetamu.

Tuesday, March 29, 2011

Mesyuarat Pembinaan Lagu JPN

Mesyuarat diadakan di Sungai Perak Resort,Kuala Kangsar bermula dari 29-31 Mac 2011..Seramai 15 orang Guru Sumber Muzik Perak telah dipanggil untuk menyiapkan empat buah lagu.Lagu-lagu tersebut ialah:
  • Guru Pearak
  • 1 Murid 1 Sukan
  • MSSM 2011
  • Lagu Koir Tema Hari Guru 2011
Dengan berlatarkan Sungai Perak dan pemandangan yang indah diharapkan dapat memeberikan inspirasi kepada guru-guru terlibat untuk manjana idea menghasilkan 4 buah lagu tersebut.Bukan kerja mudah untuk menyiapkan lagu dalam masa 3 hari sahaja sebenarnya..

Tuesday, March 22, 2011

MESYUARAT PENATARAN KSSR TAHUN 1

Mesyuarat Penataran Dokumen Standard Prestasi KSSR Tahun 1 diadakan di Hotel Impress,Sepang mulai dari 21 mac hingga 24 Mac 2011.Matapelajaran yang terlibat ialah Pendidikan Islam,Bahasa Arab,Dunia Seni,Dunia Muzik dan Moral.Agak jauh juga lokasi mesyuarat ini dan bagi sesiapa yang belum pernah sampai pasti akan tersesat dan sukar mencarinya.Ramai di kalangan penceramah ialah mereka yang didatangkan dari Lembaga Peperiksaan.Tajuk-tajuk mesyuarat ini juga semacam asing bagi peserta antaranya:
  • Penerangan Tentang Kerangka Umum Standard Prestasi
  • Penjaminan Kualiti
  • Sistem Pelaporan
  • Pengoperasian Pentaksiran Sekolah
Apa yang menariknya ialah akan wujud sistem pentaksiran secara online yang disambung terus ke Jabatan Pendaftaran Negara.Tugas guru untuk membuat pelaporan tentang prestasi murid menjadi lebih mudah.Mesyuarat setiap hari bermula pada pukul 8.00 am dan berakhir pada 10.30 pm.

Monday, February 21, 2011

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah berjaya menyambung pelajaran ke universiti di bawa Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang telah diumumkan mulai hari ini.Begitu juga dengan guru-guru muzik tidak terkecuali.Semoga ilmu yang dituntut nanti dapat menambahkan lagi kemahiran untuk mendidik anak bangsa.Bagi yang belum membuat semakanbolehlah berbuat demikian di laman web KPM atau klik pada link di bawah.

http://www.moe.gov.my/