Friday, November 4, 2016

SELESAI KURSUS MATAPELAJARAN KESENIAN

Haaa..bersawang lagi blog ni...lama betul tak update..maklumlah ada banyak medium media soaial sekarang ni..

Nampaknya sudah selesai kursus bagi matapelajaran Kesenian Tahun Satu di semua negeri dan bagi Negeri Perak juga pun begitu.Pada awalnya dengan sedikit peruntukan hanya satu hari kursus dapat dijalankan di semua daerah sehingga menimbulkan masalah..Guru mana yang hendak dihantar..Guru muzik atau guru seni..Berbekalkan keyakinan bahawa guru muzik yang patut dihantar dahulu kerana matapelajaran muzik melibatkan teori dan praktikal yang sukar difahami oleh guru bukan option.Namun begitu ada juga dareah yang menghantar guru seni kerana salah sangka dengan tajuk matapelajaran iaitu Kesenian.

Alhamdulillah ada sedikit lagi kewangan yang turun maka saya buatkan satu lagi kursus walaupun tidak dapat mengadakan di semua daerah..Enam daerah sahaja..Jadi dapatlah guru muzik atau guru seni yang tidak dapat hadir pada kursus pertama datang pada kursus kali ini.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua JUK dan JU negeri saya yang saya boleh anggap terlalu hebat dan rajin..Sanggup kemana sahaja seperti yang diarahkan untuk menyampaikan kursus..Ayat yang mereka selalu katakan pada saya..Baik Boss...hehe..Anda semua memang terbaik..

Segala kenangan pahit manis bersama JUK dan JU saya sepanjang perjalanan kursus ini tidak akan dapat saya lupakan...ianya terlalu indah..Kepada Allah saya pohonkan agar semua mereka dirahmati dan diberi ganjaran yang setimpalnya..

Terima Kasih Kepada Semua JUK dan JU negeriku...Sayang anda semua..