Wednesday, December 25, 2013

Saya menutup 2013 dengan memberi sedikit buah tangan untuk tatapan guru-guru di Perak.Pertandingan Muzik Gamelan Dan Caklempong Sekolah Berasrama Penuh yang diadakan di Kuala Kangsar saya hasilkan dalam bentuk DVD tetapi hanya Caklempong sahaja disebabkan oleh kos yang amat terhad memandangkan untuk menghasilkan DVD yang sepenuhnya memerlukan 3 keping DVD.Penghasilan DVD ini adalah dengan kerjasama pihak PSPSN Perak yang telah membuat penggambaran yang amat baik sekali dari segi audio dan visualnya.Tujuan utama penghasilan ini adalah untuk memberikan sedikit sebanyak idea kepada guru-guru khasnya guru sekolah menengah untuk menghasilkan kumpulan caklempong sekolah yang bermutu.Tujuan lainnya adalah untuk memudahkan guru menggunakan muzik caklempong ini sebagai muzik latar di dalam seseuatu majlis yang diadakan.Sekurang-kurangnya pendengar tidak bosan kerana asyik dihidangkan dengan bunyian yang serupa saban tahun di dalam apa jua majlis.Di dalam majlis pertandingan tersebut juga ada persembahan selingan oleh guru-guru Muzik Perak..sayangnya tidak dapat saya hasilkan bersama DVD ini..Persembahan yang amat menarik sekali..Tahniah kepada mereka terutamanya guru-guru dari Kumpulan UAB yang diketuai oleh Cikgu Eddie Azami dari SMK Jelapang..

Wednesday, December 11, 2013

KSSR Tahun 4

       KSSR untuk Tahun 4 dah pun selesai..Syukur semuanya berjalan lancar..10 buah daerah di Perak dengan jumlah guru lebih kurang 854 orang telah diberi pendedahan tentang KSSR.Kali ini tidak ada lagi PBS..semuanya telah diubah kepada DSKP itu gabungan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran.Perubahan yang mendadak ini telah membuatkan JU terpaksa menjalani dua kali kursus.Semua kursus muzik untuk negeri Perak dijalankan di Summit Hotel,PJ.Ada JU yang tidak dapat menghadirkan diri untuk kursus DSKP dan ada juga yang menarik diri terus setelah datang berkursus selama empat hari..macam2..
       Sepanjang kursus berjalan saya telah membuat pemantauan walaupun tidak dapat bersama sepanjang masa dan saya yakin dengan JU saya yang telah cukup terlatih.Saya amat mengkagumi kesungguhan mereka menyampaikan ceramah dan taklimat tanpa jemu untuk para peserta.Dengan hanya berbekalkan lebih kurang 17 orang JU semuanya berjalan lancar.Para peserta juga tidak banyak yang bermasalah..maklumlah kursus Muzik..semuanya seronok dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Ada daerah yang sempat saya berikan sedikit ucapan dan ada yang tidak kerana saya telah kehilangan suara akibat batuk yang terlalu teruk..sampai sekarang masih ada lagi kesannya..tak dapat la nak berkaraoke pada malam Jamuan Akhir Tahun Sektor Pengurusan Akademik tempoh hari..Jadi tukang baca doa je..hehehe..jangan tak percaya!
        Antara 10 daerah tersebut bagi saya Daerah Kuala Kangsar paling sporting guru-gurunya..saya turut terhibur walaupun hanya sempat bersama sekejap saja..sakit perut dibuatnya..Syabas untuk JU saya Cikgu Rohaizad,Azharun,Hafiz,Azwa dan Hayati Noor..Tak lupa juga tuan rumah kita Cikgu Mazlan..





Thursday, September 26, 2013

SEKITAR MAJLIS JASAMU DIKENANG EN.AMIN NUDIN

Syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat diadakan majlis persaraan En Amin pada 24 Ogos 2013 dengan jayanya.Program bermula kira-kira pukul 9.00 malam dengan paluan kompang menyambut kedatanagan beliau ke Hotel Sri Malaysia,Ipoh.Kumpulan kompang yang baru sebentar sahaja berlatih telah dapat mempersembahkan paluan untuk mengiringi beliau hingga masuk ke dewan.Dalam suasana masih berhari raya majlis ini pun berkonsepkan hari raya.Ramai juga rakan-rakan dari jauh dan dekat hadir bukan sahaja untuk meraikan En.Amin bahkan dapat melepaskan rindu pada rakan-rakan yang pernah bersama-sama menjulang nama Pendidikan Muzik Perak satu ketika dahulu di bawah kepimpinan beliau..

Korang pak pak pum..kami pum pum pak! ok jadi!


  Kehadiran yang diraikan disambut meriah..

Melepaskan rindu setelah lama tidak bertemu..

Sempat beramah mesra sebelum majlis dimulakan..
 
Pengacara majlis..

 
Rakan-rakan En.Amin dari UPSI turut hadir...

Seorang sahabat yang sangat setia bersama En.Amin


Friday, August 16, 2013

AIDILFITRI DAN PERSARAAN EN.AMIN NUDIN

Salam Aidilfitri..Semoga semuanya bergembira menyambut Syawal tahun ini..Saya menusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap saya selama ini..Kadang-kadang bila berada di sini kita tidak nampak apa keperluan dan kehendak semua guru-guru muzik..Juga terkadang kita melakukan kesilapan yang tidak disengajakan...Banyak perkara yang berlaku di dalm hidup ini sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata..kadang-kadang kita terpaksa membuat sesuatu tindakan untuk kebaikan yang lebih besar berbanding isu remeh-temeh yang timbul..
       Banyak peristiwa yang berlaku dalam Bulan Ramadhan Al Mubarak..tetapi di antara yang terkesan dihati kita para guru muzik Perak ialah PERSARAAN En.Amin Nudin yang sangat kita hormati..Insan hebat yang telah membawa banyak kejayaan kepada Pendidikan Muzik Negeri Perak khususnya..

       Inilah buah tangan En.Amin Nudin kepada rakan-rakan kita sebelum beliau pencen..Banyak pengalaman yang dilalui oleh beliau digarapkan di dalam buku ini..Sesungguhnya Pendidikan Muzik Negeri Perak telah kehilangan sebutir permata yang amat berharga..Kepada En.Amin kami mengucapkan Selamat Bersara..Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah senantiasa..

Friday, June 28, 2013

KSSR DITANGGUH

                      Belumpun sempat saya memanggil JU bermesyuarat bagi menyusun perjalanan KSSR untuk daerah tiba-tiba KSSR diarahkan tangguh.Saya telah menghubungi pegawai di BPG dan beliau menjelaskan bahawa penangguhan ini adalah disebabkan oleh Pihak BPK dan LPM akan menyatukan DSP dan DSK di dalam satu buku panduan untuk memudahkan pihak guru.Kucar kacir juga dibuatnya kerana segalag jadual telahpun diatur dan ada juga kursus telahpun berjalan.Untuk Pendidikan muzik saya tangguhkan dahulu perjumpaan dengan JU sehingga 31 Ogos seperti yang diarahkan.
                      Pada dasarnya kita semua bersetuju langkah yang dilakukan oleh mereka kerana ianya akan memudahkan guru serta mengelakkan daripada guru yang hanya menggunakan DSP sebagai jalan mudah untuk menyediakan rancangan mengajar mereka.Kesukaran guru dalam menyatukan DSK dan DSP telah membuatkan guru mencari inisiatif sendiri seperti membuat Pemetaan supaya mereka nampak hubungan antara kurikulum dan pentaksiran.Kita amat berharap agar pihak yang terlibat segera menyelesaikan masalah ini dan mencari jalan agar guru-guru tidak merasa terbeban lagi dengan kehadiran KSSR kerana ia sepatutnya memudahkan pihak guru.

Sunday, May 19, 2013

Kursus KSSR Tahun 4 telahpun dijalankan dengan jayanya.Terima kasih kepada semua peserta kursus yang hadir walaupun ada yang sedikit kelewatan dan ada yang terpaksa balik awal kerana bertembung dengan beberapa aktiviti lain.Kita sedia maklum kursus ini diadakan bertepatan dengan Hari Guru dan  ada guru yang bertugas pada hari tersebut seperti Cikgu Hazrin dari SK Seri Besout yang terlibat dengan persembahan Negeri Perak terpaksa bergegas pulang awal.Saya pula mendapat surat untuk menghadiri satu lagi mesyuarat di Hotel M Suites di Skudai Johor..terpaksa tinggalkan Hotel Summit dan memandu pada pada jarak kira-kira 300KM dari Summit Hotel dengan hati yang amat berat.Memandu selama 5 jam seorang diri amat membosankan...Demi tugas kita sama-sama laksanakan degan penuh tanggungjawab dan saya bersyukur masih ada di sekeliling saya guru-guru muzik yang setia memberikan komitmen yang teguh dan boleh membantu bila-bila masa diperlukan.Terima Kasih semua..

Barisan Pengurusan BPK Dan Jurulatih Kebangsaan..Terima Kasih..

                                            Cikgu Roslan..JU Lama Yang Kembali Membantu..

                                   Cikgu Keyrol Juga JU Lama Yang sanggup Datang Membantu..

JU Negeri Yang Ceria Menjalani Latihan Sepanjang Kursus

Tuesday, May 7, 2013

KURSUS KSSR MUZIK TAHUN 4

Masa yang ditunggu akan tiba minggu depan.Surat telahpun berada di tangan saya dan akan diedarkan kepada semua Jurulatih Utama pada hari esok.Sesiapa yang tidak mendapat surat pada minggu ini tolong hubungi saya.Ada beberapa perubahan yang saya telah lakukan demi untuk memastikan kelancaran Kursus tersebut bila berjalan di daerah nanti.Kali ini KSSR Muzik akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.Agak berbeza sedikit dari segi tajuk surat dan jadual perjalanan kursus.Berikut sedikit maklumat mengenai kursus:
Tarikh : 
14 Mei Hingga 17 Mei 2013

Tempat: 
SUMMIT HOTEL USJ
Persiaran Kewajipan USJ 1,
UEP Subang Jaya,
47600 Subang Jaya

Masa Pendaftaran : 
12.30 tenga hari  -  2.30 petang pada 14 Mei 2013

Jangan terperanjat nanti kerana kita akan mendapati ramai peserta kerana pada kali ini Pegawai PPD seramai 2 orng dari setiap PPD Dijemput sama.Mereka akan membantu JU di peringkat negeri nanti.Selamat Berkursus.

Wednesday, February 27, 2013

Pemilihan Jurulatih Utama Untuk Tahun 4

Pemilihan JU untuk Pendidikan Muzik Tahun 4 sedang dijalankan diseluruh JPN apabila diarahkan oleh BPK.Nampaknya tahun ini ada lagi beberapa perubahan dalam pemilihan JU kita di Perak.Ada juga rakan-rakan JU yang ingin mengundurkan diri dan memberi peluang kepada rakan-rakan lain.Banyak faktor yang perlu diperhatikan dalam pemilihan JU ini demi kelancaran perjalanan kursus KSSR di peringkat negeri nanti.Apa yang penting ialah adanya ciri-ciri dan semangat bekerjasama,berbincang,boleh saling tegur menegur dan mengenepikan hal-hal yang remeh temeh.Kepada yang dipanggil teruskan berkhidmat dan yang tidak terpilih mungkin di lain masa saya akan memberi peluang.Kalau boleh biarlah semua guru-guru muzik kita merasa sekali menjadi JU...

Monday, February 25, 2013








Baru-baru ini saya singgah di sebuah kedai buku di Daerah Kerian.Menariknya sebuah kedai yang terletak di hujung kampung tetapi mempunyai pelanggan di seluruh negara.Itulah kehebatan dunia tanpa sempadan.Dengan hanya berbekalkan blog percuma beliau mampu meraih pendapatan yang berbaloi.Apa yang saya ingin ceritakan di sini ialah terdapat sekolah yang membeli rekoder yang dijual oleh beliau dan rekoder tersebut saya dapati tidak memenuhi spesifikasi yang standard.Beliau memaklumkan kepada saya sudah banyak rekoder tersebut dijual hanya dengan harga RM5.50 sahaja.Memang murah...Tetapi sekiranya dimainkan, ia tidak menghasilkan mutu bunyi seperti yang dikehendaki dan bunyinya akan sumbang bila dimainkan bersama alat muzik bermelodi yang lain seperti piano atau gitar.Bagaimana guru hendak menggunakan rekoder ini untuk pertandingan..Saya syorkan cikgu gunakan rekoder jenama YAMAHA sahaja kerana mutu bunyi dan alat itu sendiri.Sekiranya cikgu bermasalah hendak mendapatkan rekoder YAMAHA saya boleh membantu dengan harga hanya RM10.00 sahaja.Harga di luar sana mungkin mahal sedikit iaitu sekitar RM12 dan ada yang menjual sehingga RM15 sebatang..Terpulang pada guru-guru asalkan rekoder tersebut menepati spesifikasi yang dikehendaki supaya tidak menimbulkan masalah nanti.

Tuesday, February 12, 2013

Dalam tahun 2013 ini saya telahpun membuat pemantauan di 5 buah sekolah.Rata-rata saya dapati pihak sekolah masih bermasalah dengan pengurusan fail KSSR/PBS.Semuanya tidak siap atau tidak lengkap seperti yang dikehendaki.Tidak tahu di mana silapnya sebab kursus dan taklimat termasuk LADAP telahpun dijalankan samada di peringkat atasan hinggalah ke akar umbi.Satu kesimpulan yang saya dapat ialah guru-guru masih belum memahami bagaimana cara menguruskan fail-fail tersebut kerana sering mendapat maklumat yang salah.Di sini saya syorkan pihak guru atau sekolah mendapatkan Buku Pengurusan Fail KSSR/PBS karangan En.Mazlan Harun dan Nuzulrul Azaliza ini. memandangkan ianya amat lengkap untuk dijadikan panduan dalam penyediaan fail.Jika sekiranya buku tersebut dijadikan panduan saya yakin masalah pengurusan fail KSSR dan PBS dapat diatasi oleh pihak sekolah dan emudahkan pihak pengurusan dan guru.


Gambar buku Pengurusan Fail KSSR/PBS cetakan kedua

Monday, February 4, 2013

Pemantauan Ke Sekolah JU

Tajuk di atas saya pernah tulis di Facebook dan mendapat reaksi yang berbagai.Sebagai JU saya mengharapkan mereka sentiasa membuat persiapan dan sentiasa bersedia dengan kehadiran sesiapa sahaja.JU telah diberi pendedahan yang lebih luas berbanding guru di sekolah kerana mereka merupakan 'tangan kedua' menerima maklumat dari Kementerian Pelajaran.Bagi JU muzik Perak perkara ini lebih mudah kerana kita mempunyai pakar yang boleh membantu kita iaitu Cikgu Mazlan.Beliau yang mendapat pendedahan yang luas dari BPK dan LPM telahpun menurunkan segala-gala ilmunya kepada kita.Tidak ada alasan bagi kita untuk mengatakan kita tidak tahu atau tidak faham tentang KSSR atau PBS kerana segala-galanya telah dijelaskan oleh beliau.Pihak Ju adalah merupakan tempat rujuk bagi guru-guru dan sudah semestinya kita bersedia dan sekiranya masih keliru kita boleh berbincang sesama kita.


Sunday, January 13, 2013

RPT DUNIA MUZIK TAHUN 3

Ramai yang bertanya tentang Rancangan Tahunan Dunia Muzik Tahun 3.Kalau cikgu-cikgu rajin mencari bahan ini boleh didapati di Facebook dan juga laman-laman web.Untuk memudahkan cikgu saya beri link ke  Facebook yang akan banyak membantu cikgu.Saya juga turut serta di FB ini sejak ianya ditubuhkan.Cikgu boleh bertanya apa sahaja berkaitan dengan pengajaran muzik dan pastinya ramai yang akan membantu.

http://www.facebook.com/groups/260958007350421/