Wednesday, December 25, 2013

Saya menutup 2013 dengan memberi sedikit buah tangan untuk tatapan guru-guru di Perak.Pertandingan Muzik Gamelan Dan Caklempong Sekolah Berasrama Penuh yang diadakan di Kuala Kangsar saya hasilkan dalam bentuk DVD tetapi hanya Caklempong sahaja disebabkan oleh kos yang amat terhad memandangkan untuk menghasilkan DVD yang sepenuhnya memerlukan 3 keping DVD.Penghasilan DVD ini adalah dengan kerjasama pihak PSPSN Perak yang telah membuat penggambaran yang amat baik sekali dari segi audio dan visualnya.Tujuan utama penghasilan ini adalah untuk memberikan sedikit sebanyak idea kepada guru-guru khasnya guru sekolah menengah untuk menghasilkan kumpulan caklempong sekolah yang bermutu.Tujuan lainnya adalah untuk memudahkan guru menggunakan muzik caklempong ini sebagai muzik latar di dalam seseuatu majlis yang diadakan.Sekurang-kurangnya pendengar tidak bosan kerana asyik dihidangkan dengan bunyian yang serupa saban tahun di dalam apa jua majlis.Di dalam majlis pertandingan tersebut juga ada persembahan selingan oleh guru-guru Muzik Perak..sayangnya tidak dapat saya hasilkan bersama DVD ini..Persembahan yang amat menarik sekali..Tahniah kepada mereka terutamanya guru-guru dari Kumpulan UAB yang diketuai oleh Cikgu Eddie Azami dari SMK Jelapang..

Wednesday, December 11, 2013

KSSR Tahun 4

       KSSR untuk Tahun 4 dah pun selesai..Syukur semuanya berjalan lancar..10 buah daerah di Perak dengan jumlah guru lebih kurang 854 orang telah diberi pendedahan tentang KSSR.Kali ini tidak ada lagi PBS..semuanya telah diubah kepada DSKP itu gabungan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran.Perubahan yang mendadak ini telah membuatkan JU terpaksa menjalani dua kali kursus.Semua kursus muzik untuk negeri Perak dijalankan di Summit Hotel,PJ.Ada JU yang tidak dapat menghadirkan diri untuk kursus DSKP dan ada juga yang menarik diri terus setelah datang berkursus selama empat hari..macam2..
       Sepanjang kursus berjalan saya telah membuat pemantauan walaupun tidak dapat bersama sepanjang masa dan saya yakin dengan JU saya yang telah cukup terlatih.Saya amat mengkagumi kesungguhan mereka menyampaikan ceramah dan taklimat tanpa jemu untuk para peserta.Dengan hanya berbekalkan lebih kurang 17 orang JU semuanya berjalan lancar.Para peserta juga tidak banyak yang bermasalah..maklumlah kursus Muzik..semuanya seronok dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Ada daerah yang sempat saya berikan sedikit ucapan dan ada yang tidak kerana saya telah kehilangan suara akibat batuk yang terlalu teruk..sampai sekarang masih ada lagi kesannya..tak dapat la nak berkaraoke pada malam Jamuan Akhir Tahun Sektor Pengurusan Akademik tempoh hari..Jadi tukang baca doa je..hehehe..jangan tak percaya!
        Antara 10 daerah tersebut bagi saya Daerah Kuala Kangsar paling sporting guru-gurunya..saya turut terhibur walaupun hanya sempat bersama sekejap saja..sakit perut dibuatnya..Syabas untuk JU saya Cikgu Rohaizad,Azharun,Hafiz,Azwa dan Hayati Noor..Tak lupa juga tuan rumah kita Cikgu Mazlan..