Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya

Kepada semua rakan-rakan dan sahabat handai..Mohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap diri ini...Selamat Menyambut Hari Lebaran dengan penuh kegembiraan..Dalam pada itu jangan kita lupa nasib saudara-mara kita yang ditindas di sana sini..Moga Allah memberikan kemenangan ke atas mereka..Amin..Juga mereka yang terkorban dalam nahas MH17..





Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan Dan Kursus

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Moga-moga setiap amalan kita diterima oleh Allah.Di  JPN Perak khususnya Sektor Pengurusan Akademik, keadaannya tetap sama walaupun di bulan puasa tugasan tetap berjalan seperti biasa.Pemantauan tetap dilakukan ke sekolah-sekolah termasuk sekolah-sekolah di ceruk Negeri Perak..Ada rakan-rakan yang akan memantau ke SK RPS Kemar yang memakan masa 1 jam lebih berada di dalam bot Di Tasik Banding sahaja..Bersiap-siaplah..kami akan tetap sampai..Tidaklah sesuatu yang perlu dirisaukan pun...Saya yakin sekolah sentiasa bersedia menerima kedatangan kami..


Kenangan  pemantauan ke Sk Sg Tiang.Hampir satu jam juga berada di dalam Tasik Banding


Teruja dengan suasananya yang aman dan tenang..Ramai guru-guru bujang di sini sanggup tinggal di penempatan yang disediakan.Ada yang sedang meningkatkan lagi tahap pencapaian mereka di bidang pendidikan memandangkan suasana yang aman dan tenteram itu membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk menelaah pelajaran.
Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah hasrat hati untuk mengadakan sedikit bengkel untuk guru-guru muzik kita.Kalau boleh dalam bulan puasa ini..berjumpa untuk menambah pengetahuan kita dalam bidang pendidikan khususnya muzik.Saya ingin membuat taklimat tentang KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di dalam pendidikan muzik.Di dalam KBAT terdapat  8 peta pemikiran yang dikenali sebagai i-Think amat baik untuk diketengahkan kepada pendidikan muzik.Terima kasih terlebih dahulu diucapkan kepada pegawai di bidang matapelajaran lain yang mempunyai wang dan sanggup memberi sedikit peruntukan kepada Pendidikan Muzik untuk menjalankan program.Kalau tidak sempat kita buat lepas Hari Raya.. Ketiadaan peruntukan untuk Pendidikan Muzik amat menyukarkan..

Ini adalah contoh penggunaan Peta Pemikiran yang saya ambil semasa Lawatan Penandarasan di sebuah sekolah di Johor pada tahun 2012.Kalau dapat kita berkumpul nanti saya harap kita dapat menghasilkan bahan untuk pelajar di sekolah berasaskan peta pemikiran ini dan sedikit sebanyak akan membantu melonjakkan lagi pencapaian Pendidikan Muzik.SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..