Wednesday, December 20, 2017

PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN DUA

Nampaknya tahun ini tidak ada kursus penataran untuk KSSR Pendidikan Kesenian memandangkan tahun 2017 hampir ke penghujungnya.Saya dimaklumkan oleh BPK subjek kesenian ini adalah semakan maka tidak perlu kursus seperti selalu dan cukup hanya untuk tahun satu sahaja.
Walaupun begitu saya masih mendapat panggilan dari guru-guru yang meminta supaya diadakan kursus juga bagi mendapatkan lebih maklumat memandangkan matapelajaran Kesenian ini agak berbeza sedikit dari biasa meskipun pada dasarnya ianya seolah-olah cuma gabungan masa di antara Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik.


Tuesday, April 25, 2017

KSSM TINGKATAN 2

Kursus KSSM Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Tingkatan Dua untuk Jurulatih Kebangsaan baru sahaja selesai.Perak menjadi tuan rumah untuk Zon Utara iaitu Pulau Pinang,Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu.Tenaga pengajar dari BPK untuk Pendidikan Muzik terdiri dari En Bakhtiar dan Cik Faridah.Tarikh 19 - 20 April 2017 kursus tersebut berjalan dengan lancar meskipun hanya menggunakan premis kerajaan.Pendidikan Muzik berjalan di SK Bandar Baru Putra.



                                                               Hasilan Bengkel