Friday, November 4, 2016

SELESAI KURSUS MATAPELAJARAN KESENIAN

Haaa..bersawang lagi blog ni...lama betul tak update..maklumlah ada banyak medium media soaial sekarang ni..

Nampaknya sudah selesai kursus bagi matapelajaran Kesenian Tahun Satu di semua negeri dan bagi Negeri Perak juga pun begitu.Pada awalnya dengan sedikit peruntukan hanya satu hari kursus dapat dijalankan di semua daerah sehingga menimbulkan masalah..Guru mana yang hendak dihantar..Guru muzik atau guru seni..Berbekalkan keyakinan bahawa guru muzik yang patut dihantar dahulu kerana matapelajaran muzik melibatkan teori dan praktikal yang sukar difahami oleh guru bukan option.Namun begitu ada juga dareah yang menghantar guru seni kerana salah sangka dengan tajuk matapelajaran iaitu Kesenian.

Alhamdulillah ada sedikit lagi kewangan yang turun maka saya buatkan satu lagi kursus walaupun tidak dapat mengadakan di semua daerah..Enam daerah sahaja..Jadi dapatlah guru muzik atau guru seni yang tidak dapat hadir pada kursus pertama datang pada kursus kali ini.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua JUK dan JU negeri saya yang saya boleh anggap terlalu hebat dan rajin..Sanggup kemana sahaja seperti yang diarahkan untuk menyampaikan kursus..Ayat yang mereka selalu katakan pada saya..Baik Boss...hehe..Anda semua memang terbaik..

Segala kenangan pahit manis bersama JUK dan JU saya sepanjang perjalanan kursus ini tidak akan dapat saya lupakan...ianya terlalu indah..Kepada Allah saya pohonkan agar semua mereka dirahmati dan diberi ganjaran yang setimpalnya..

Terima Kasih Kepada Semua JUK dan JU negeriku...Sayang anda semua..

Monday, July 4, 2016

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua umat Islam.Semoga raya kali ini membawa erti yang besar dalam hidup kita..Gambar di atas adalah merupakan para pegawai dan staf yang ada di Sektor Pengurusan Akademik Negeri Perak..



Sunday, May 8, 2016

Selamat Berkursus


Tup..tup.. Kursus KSSR bermula lagi.Kali ini semakan pula untuk semua mata pelajaran tahun satu sekolah rendah.Di tambah pula kali ini kurusus KSSM untuk tingkatan satu bagi sekolah menengah.

Untuk Pendidikan Muzik satu perubahan besar telah melanda mata pelajaran ini dan telah membuatkan ramai guru kebingungan..Mata pelajaran Muzik bagi tahun satu telah dicantumkan dengan Pendidikan Seni Visual menjadi satu iaitu mata pelajaran Kesenian..Persoalan demi persoalan timbul..apa telah terjadi?

Jawapannya pasti telah diketahui bagi JUK yang telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh BPK dan bagi Negeri Perak JUK akan mengikuti kursus pada 9 Mei 2016.Untuk guru-guru  muzik Negeri Perak, tunggu sahaja penyebarannya akan sampai kepada anda.

Kepada dua orang JUK saya, Selamat Berkursus...Terima kasih di atas susah payah anda untuk sampai ke tempat kursus..


Salah satu slide yang membentangkan mengenai Pendidikan Kesenian.





Thursday, January 21, 2016

Bahan Muzik KSSR Tahun 6 Untuk Dimuaturun

Memandangkan cd bahan muzik tahun 6 yang telah saya hantar mengalami masalah, di sini saya berikan bahan-bahan kepada guru muzik untuk dimuaturun.


dan


Kecepatan guru-guru untuk memuaturun bahan ini adalah bergatung kepada kelajuan internet.Semasa muaturun jangan tunggu kerana pasti membosankan.Kecuali guru-guru menggunakan Unifi.