Sunday, October 12, 2014

Selesai Sudah UPSR

Peperiksaan UPSR telahpun berakhir pada hari Khamis 9 Oktober baru-baru ini.
Namun begitu UPSR kali ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada semua pihak yang terlibat dari Kementerian Pendidikan  sehinggalah kepada pelajar.Soalan bocor telah menyebabkan negara  tersentak gara-gara segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Wajah-wajah hampa dapat disaksikan setelah bertungkus lumus belajar tiba-tiba terpaksa mengulang peperiksaan tersebut.Ada yang telah membuat persediaan untuk melancong ke sana sini,rombongan sekolah telah diatur dan ada yang menunaikan haji bersama keluarga.Siapa yang bertanggungjawab? Jawapannya ialah manusia-manusia yang tidak mempunyai integriti dan sanggup menggadai prinsip diri demi untuk kepentingan diri.


Begitulah juga dalam apa jua hal dan keadaan apabila ada manusia yang suka mengambil kesempatan di atas orang lain.Penulis juga pernah melaluinya apabila hasil ciptaan kita tetapi orang lain yang mendapat nama.Kecewa,sedih dan sakit hati tidak pernah pudar setiap kali lagu itu berkumandang di media massa.Apa-apa pun saya yakin manusia  seperti ini tidak akan sunyi dihantui perasaan bersalah di dalam hidupnya walaupun boleh berlakun dengan wajah selamba..













Sunday, August 10, 2014

KSSR Muzik Tahun 5 Di Negeri Perak

Kursus KSSR Tahun5 yang berjalan di Perak pada 5 hingga 6 Ogos telahpun selesai dengan jayanya.Kelainan cara perjalanan kursus ini agak memenatkan bagi saya sebagai penyeleras negeri kerana ia berjalan serentak di 10 daerah.Pada 4 Ogos saya telah pun bergerak ke Daerah Kerian,Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar menghantar  bahan untuk guru-guru yang berkursus.Keesokan harinya bergerak ke Daerah Batang Padang,Hilir Perak dan pusing ke Tronoh bagi pengedaran bahan untuk Manjung dan Kinta Selatan.Terima Kasih pada En.Safuandi penyelia PJPK yang sudi membantu.Pada hari yang sama bergerak pula di sebelah malam ke Hulu Perak bagi memastikan saya sempat menghantar bahan di sana..dapatlah melelapkan mata sebentar di sebuah Hotel..1.30 Pagi..

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua JUK dari serata negeri termasuk pegawai BPK yang sudi bertandang ke Negeri Perak untuk mencurahkan ilmu kepada para guru di sini.Segala kekurangan harap dimaafkan..

Saya juga amat berterima kasih kepada PPD kerana telah membantu dan memastikan kursus berjalan lancar.Ramai JUK dari luar Perak menyatakan rasa puashati di atas layana dan kemudahan yang disediakan termasuk pemberian cenderamata.

Saya rasa terharu di atas usaha guru-guru di Daerah Kerian mengumpul dana dari para peserta dan membelikan hadiah untuk para JUK..termasuk saya pun dapat..terima kasih.

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya

Kepada semua rakan-rakan dan sahabat handai..Mohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap diri ini...Selamat Menyambut Hari Lebaran dengan penuh kegembiraan..Dalam pada itu jangan kita lupa nasib saudara-mara kita yang ditindas di sana sini..Moga Allah memberikan kemenangan ke atas mereka..Amin..Juga mereka yang terkorban dalam nahas MH17..





Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan Dan Kursus

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Moga-moga setiap amalan kita diterima oleh Allah.Di  JPN Perak khususnya Sektor Pengurusan Akademik, keadaannya tetap sama walaupun di bulan puasa tugasan tetap berjalan seperti biasa.Pemantauan tetap dilakukan ke sekolah-sekolah termasuk sekolah-sekolah di ceruk Negeri Perak..Ada rakan-rakan yang akan memantau ke SK RPS Kemar yang memakan masa 1 jam lebih berada di dalam bot Di Tasik Banding sahaja..Bersiap-siaplah..kami akan tetap sampai..Tidaklah sesuatu yang perlu dirisaukan pun...Saya yakin sekolah sentiasa bersedia menerima kedatangan kami..


Kenangan  pemantauan ke Sk Sg Tiang.Hampir satu jam juga berada di dalam Tasik Banding


Teruja dengan suasananya yang aman dan tenang..Ramai guru-guru bujang di sini sanggup tinggal di penempatan yang disediakan.Ada yang sedang meningkatkan lagi tahap pencapaian mereka di bidang pendidikan memandangkan suasana yang aman dan tenteram itu membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk menelaah pelajaran.
Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah hasrat hati untuk mengadakan sedikit bengkel untuk guru-guru muzik kita.Kalau boleh dalam bulan puasa ini..berjumpa untuk menambah pengetahuan kita dalam bidang pendidikan khususnya muzik.Saya ingin membuat taklimat tentang KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di dalam pendidikan muzik.Di dalam KBAT terdapat  8 peta pemikiran yang dikenali sebagai i-Think amat baik untuk diketengahkan kepada pendidikan muzik.Terima kasih terlebih dahulu diucapkan kepada pegawai di bidang matapelajaran lain yang mempunyai wang dan sanggup memberi sedikit peruntukan kepada Pendidikan Muzik untuk menjalankan program.Kalau tidak sempat kita buat lepas Hari Raya.. Ketiadaan peruntukan untuk Pendidikan Muzik amat menyukarkan..

Ini adalah contoh penggunaan Peta Pemikiran yang saya ambil semasa Lawatan Penandarasan di sebuah sekolah di Johor pada tahun 2012.Kalau dapat kita berkumpul nanti saya harap kita dapat menghasilkan bahan untuk pelajar di sekolah berasaskan peta pemikiran ini dan sedikit sebanyak akan membantu melonjakkan lagi pencapaian Pendidikan Muzik.SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..








Wednesday, June 11, 2014

Contoh Rancangan Mengajar Pendidikan Dunia Muzik Tahun 2

HARI
:
RABU                   
TARIKH
:
02 JANUARI 2014

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran dan Kelas
Dunia Muzik
2 Al- Shafie
Tema/ Tajuk
Tempo / Mulanya Di Sini
Masa
1.40ptg – 2.10ptg (30 minit)
Standard Pembelajaran
1.1.4
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyanyikan Lagu Mari Bergerak mengikut tempo yang betul
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran
1. Murid mendengar Lagu Mari Bergerak.
2. Murid mengikut guru membuat sebutan berirama.
3. Murid menyanyi tanpa iringan muzik
4. Murid menyanyi Lagu Mari Bergerak dalam tempo cepat dan lambat dengan iringan      muzik
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Nilai murni-Kerjasama
Bahan Bantu Belajar
CD 1 Track 01 dan 02
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Pemerhatian - Mengenal pasti tempo cepat dan lambat
Refleksi

Wednesday, May 7, 2014

KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN

Agak lama juga saya ingin uploadkan benda ni tapi kekangan masa menyebabkan saya tidak sempat dan kadang-kadang terlupa.Sementara ingat saya postkan artikel ni.Apa yang hendak saya katakan di sini ialah keputusan SPM bagi Matapelajaran Muzik yang membanggakan.Syabas Guru-guru Muzik Perak di atas keputusan itu.Adalah diharapkan kita akan terus berusaha untuk memperbaiki lagi keputusan ini.Semua keputusan ini melambangkan usaha guru-guru semua yang begitu bersungguh-sungguh memartabatkan Pendidikan Muzik.Di samping itu kita juga dapat melihat minat pelajar terhadap pendidikan muzik yang semakin meningkat.Di bawah ini saya paparkan keputusan tersebut.




Wednesday, April 23, 2014

KURSUS YANG BERBEZA UNTUK TAHUN INI

Salam bahagia semua..Tahun ini kita akan berkursus lagi untuk tahun 5 pula.Ada banyak perubahan yang terdapat pada kursus kali ini.
Perbezaan paling ketara ialah pada JU..Tahun ini untuk negeri Perak,BPK hanya perlukan 6 orang sahaja dan mereka diberi kursus selama 4 hari.Latihan ini adalah untuk menjadikan mereka sebagai JUK atau Jurulatih Kebangsaan dan mereka akan membantu pihak BPK turun ke negeri2 yang ditetapkan.Kursus untuk peringkat negeri pula hanya dijalankan selama 2 hari sahaja.
Bagi Negeri Perak jadual untuk peringkat negeri telahpun disiapkan.Bagi yang berminat untuk melihat jadual ini bolehlah klik pada link di bawah.

https://drive.google.com/file/d/0B4QNtd16q2OSVndiSVVfQ25kMmM/edit?usp=sharing

Oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan kita hanya mempunyai 5 orang JU sahaja dan itu bukan masalah yang besar kerana BPK sendiri yang turun padang meyampaikan segala maklumat.Ada JU kita yang akan bergerak sejauh Perlis dan Terengganu.Saya yakin JUK Perak kita akan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.Untuk JU tahun lepas,saya akan memanggil kesemuanya untuk pendedahan awal.