Wednesday, December 20, 2017

PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN DUA

Nampaknya tahun ini tidak ada kursus penataran untuk KSSR Pendidikan Kesenian memandangkan tahun 2017 hampir ke penghujungnya.Saya dimaklumkan oleh BPK subjek kesenian ini adalah semakan maka tidak perlu kursus seperti selalu dan cukup hanya untuk tahun satu sahaja.
Walaupun begitu saya masih mendapat panggilan dari guru-guru yang meminta supaya diadakan kursus juga bagi mendapatkan lebih maklumat memandangkan matapelajaran Kesenian ini agak berbeza sedikit dari biasa meskipun pada dasarnya ianya seolah-olah cuma gabungan masa di antara Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik.