Wednesday, February 29, 2012

BUKU DUNIA MUZIK TAHUN 2 SEDANG DIEDARKAN

Petang tadi saya telah mula menghantar buku-buku Dunia Muzik dan Dunia Seni Visual Tahun 2 ke PPD Daerah Kinta Utara.Sebanyak 220 buah buku telah diserahkan.Setiap sekolah diberikan 2 naskah.Kepada guru-guru muzik sekolah di daerah Kinta Utara boleh lah mendapatkan buku tersebut dengan segera.Apa yang penting ialah buku tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi melancarkan lagi perjalanan KSSR.

Tuesday, February 28, 2012

BUKU MUZIK KSSR TAHUN 2

Buku KSSR Dunia Muzik telahpun sampai ke tangan saya.Permohonan untuk mendapatkan kenderaan JPN bagi menghantar buku-buku tersebut telah dibuat.Sekiranya diluluskan saya akan menghantar ke 4 buah daerah dahulu iaitu PPD Kuala Kangsar,PPD Larut Matang Selama,PPD Kerian dan PPD Hulu Perak.Bagi daerah lain harap dapat bersabar kerana saya akan uruskannya selepas balik dari Mesyuarat bersama BPK minggu depan.Selepas itu buku-buku tersebut boleh diambil di daerah masing-masing.Diharapkan guru-guru muzik kita dapat mengajar dengan lebih lancar memandangkan panduan yang dinanti telahpun tiba.Termasuk juga penghantaran buku Dunia Seni Visual juga akan saya hantar sekali beserta dengan Buku Dunia Seni Visual untuk Tahun 1 yang masih tersadai di JPN semenjak saya tiba di sini.

Friday, February 24, 2012

JANGAN LUPA MALAM ESOK!

Walaupun esok ada Royal Belum World Drum Festival 2012, jangan lupa ada satu lagi persembahan menarik esok di Sekolah Kebangsaan Seri Rahmat..Persembahan kesenian Islam dan tradisional itu saya rasa pasti menarik..Kepada rakan-rakan guru muzik harap dapat menghadirkan diri sebagai tanda sokongan kita kepada sifu kita En.Amin Nudin guru besar di sekolah tersebut..Saya dah siap dengan kamera..harap2 tidak ada aral yang melintang esok..Jumpa di sana!

Thursday, February 23, 2012

Buku Muzik Tahun 2

Buku panduan pengajaran muzik untuk Tahun 2 telahpun dimuatnaik oleh pihak BPK sejak sebulan yang lalu.Sementara menunggu buku yang sebenarnya datang bolehlah guru-guru memuaturun fail tersebut.Kepada guru-guru muzik terutamanya yang mengajar Tahun 2 bolehlah mendapatkannya di Laman Web BPK atau klik di link yang saya sediakan.Selamat mengajar..

http://www.moe.gov.my/bpk/

Sunday, February 19, 2012

Tips Untuk Menyanyi

1 Pastikan posture dan pernafasan yg betul semasa menyanyi

2 Amalkan latihan warm-up sebelum menyanyi

3 Lakukan senaman dan diet seimbang

4 Relax kan anggota badan anda semasa menyanyi terutamanya leher dan rahang anda

5 Jaga 'placing' suara anda dan juga vokal register pastikan di tempat yg betul

6 Kurangkan bercakap dengan kuat terutama ditempat2 yg bising sebelum menyanyi


Sumbangan
Zarul Umbrella

Terima Kasih Cikgu Mazlan

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cikgu Mazlan Harun di atas kesudian beliau menerima jemputan untuk memberi ceramah mengenai Pengurusan Fail KSSR di sekolah Tarcisian Convent pada hari Sabtu 18 Febuari 2012.Saya tidak dapat menemani beliau kerana terpaksa bergegas ke Setiawan disebabkan ada saudara yang meninggal dunia.Walau bagaimanapun saya yakin Cikgu Mazlan mampu menyampaikan cermah itu dengan baik dan pasti akan difahami oleh guru-guru.Saya difahamkan kira 17 buah sekolah menghadiri ceramah beliau..Saya sungguh kagum dan terharu..pertamanya kerana Cikgu Mazlan begitu gigih mengumpulkan bahan ceramah ini.Beliau banyak merujuk kepada Jemaah Nazir,Bahagian Peperiksaan Malaysia,BPK dan JPN sendiri untuk mendapatkan maklumat bagi menyediakan sistem pengurusan fail ini.Keduanya beliau sanggup menghadirkan diri walaupun tidak pasti tuntutan perjalanan beliau ini dijamin ataupun tidak..Diharapkan apa yang telah disampaikan oleh beliau akan dapat dimanfaatkan bersama.Kepada Guru Besar SK Tarcisin Convent, Pn.Faridah saya ucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan serta inisiatif beliau untuk mengadakan majlis tersebut.Cikgu Mazlan juga baru-baru ini dihubungi oleh sebuah sekolah di Negeri Selangor yang memohon beliau datang ke sana untuk memberikan ceramah.Kalau beliau sudi menerimanya saya akan menemani beliau ke sana..