Thursday, December 31, 2015

Selamat Tahun Baru 2016

Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua rakan-rakan yang membaca blog ini.Semoga tahun 2016 ini memberikan kita semangat dan azam baru yang lebih baik.Sesekali ada baiknya kita menoleh sekejap ke 2015 dan meniliti semula rentetan kehidupan kita dan apa yang telah kita lakukan dan capai.Selepas itu barulah kita membuat ketetapan azam dan matlamat untuk tahun 2016.Barulah ianya akan nampak lebih teratur dan berkesan.


Diharapkan Dunia Pendidikan Muzik kita terus maju dengan tujuan menjadikan Pendidikan Muzik sebagai satu cara untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar disamping menjadikannya sebagai satu subjek yang disukai oleh pelajar.Isilah waktu pendidikan muzik dengan ilmu pendidikan muzik itu sendiri dan bukan dengan matapelajaran lain semata-mata untuk mengejar pencapaian mereka dalam peperiksaan..Terus sukses Pendidikan Muzik!!

Wednesday, November 18, 2015

TAK RAMAI TAPI MENARIK!





Bengkel Aplikasi Sonar dengan kerjasama IPG saya adakan di IPG Kampus Guru Ipoh pada 12 November lalu telah berjalan lancar dan begitu memberangsangkan..Dua tenaga pelatih gabungan antara pensyarah dan seorang pemuzik menampakkan kehebatan dan pengalaman masing-masing.

Slot pertama dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh En Samsi pensyarah IPG Kampus Guru Ipoh.Beliau menggantikan penceramah yang tidak dapat hadir dari Kuala Lumpur.En Samsi juga tidak kurang hebatnya dalam meyampaikan ilmu tentang Sonar.Semua peserta begitu teruja mengikuti bengkel selama sehari sahaja ini dan mengambil bahagian yang baik dalam sessi rakaman lagu.Salah seorang  peserta merupakan ustaz yang memiliki sebuah studio jamming di Kuala Kangsar.Minat beliau begitu mendalam terhadap dunia muzik kerana sejak dari awa saya membayangkan untuk mengadakan kursus ini beliau menyatakan kesediaan untuk hadir.

Slot kedua sebelah petang menjadi lebih menarik dengan penceramah kedua En.Sabri atau lebih dikenali dengan nama timangan Atan yang merupakan seorang pemuzik.Beliau adalah guru gitar kepada saya sekitar tahun 80 an lagi dan merupakan gitaris kumpulan Rocktone.Beliau juga pernah menjadi gitaris sambilan kumpulan Handy Black.Tujuan saya menjemput beliau adalah untuk berkongsi pengalaman bagaimana beliau menghasilkan sebuah mini studio di rumah dengan hanya berbekalkan 'Try And Error'. Beliau membuka tirai ceramah dengan memperkenalkan  satu software yang amat menarik iaitu Fruitty Loops.Contoh rakaman menggunakan Sonar amat menarik ditambah dengan petikan gitar yang hebat.Kalau tak hebat masakan boleh menjadi sessionis untuk kumpulan Handy Black.Beliau menunjukkan album pertama kumpulannya yang hanya menggunakan rakaman sendiri.

Belumpun habis bengkel ini sudah ada yang meminta ianya disambung lagi ke siri 2.Insha Allah ada rezeki akan saya usahakan.Terima kasih semua!

Album pertama Kumpulan Rocktone.Di tengah ialah En Sabri




Memang menarik software ini


Tuesday, November 3, 2015

Group WhatsApp Untuk Apa?














Telah menjadi trend semua orang nak buat group whatsApp dengan berbagai tajuk dan tujuan.Melalui group kita akan bertemu rakan-rakan lama yang terpisah,berniaga,berbincang dengan orang yang berkenaan sahaja.Kebaikannya amat banyak.



Malangnya ada yang menyalahgunakan  group dan menyebabkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan,permusuhan dan tidak kurang juga perceraian rumahtangga.



Kalau kita bina group sepatutnya kita membuat peraturan supaya group terjaga dengan baik.Tujuan group adalah merapatkan hubungan dan bukan medan mengutuk dan menghentam rakan-rakan seolah olah kita hebat dari segala hal tanpa memperdulikan perasaan rakan-rakan lain.Apa tujuan kita masuk ke dalam group?



Dalam hal ini, group yang dibuat oleh rakan-rakan muzik kita pun banyak.Amatlah diharapkan agar matlamatnya adalah untuk perpaduan dan mencari jalan untuk memajukan pendidikan muzik khususnya negeri Perak.Bukannya menghentam membabi buta dan mengenepikan perasaan rakan-rakan.Kalau kita rasa hebat sangat ayuh sama-sama kita ke hadapan..jangan asyik tunggu dan lihat tetapi bakhil idea,masa dan wang ringgit!!



Jangan jadi petualang!!



Kalau ada rakan-rakan menghasilkan lagu atau bahan muzik kenapa kita menjadi tukang menghina? Hebat sangatkah dengan kelayakan yang ada? Berapa banyakkah hasil ciptaan kita? Saya pernah minta lagu kanak-kanak sahaja..tak perlu banyak..4 baris dah cukup..Itupun tak boleh nak beri!! Kawan kita buat kita hina,kutuk ramai-ramai, mempertikaikan perkara-perkara yang menampakkan kebodohan dan sombong serta dendam kesumat!



Kalau itulah rupa group yang kita ada..baik tutup!! Matlamatnya sudah sesat!!



Walaupun begitu, ada yang duduk di dalam group mengunci mulut tetapi mengambil peluang dari perpecahan untuk melonjakkan diri menjadi popular !!! fikirkan...








Wednesday, October 21, 2015

PERAK EXCELLENT






Akhirnya Rakaman Di Rumah Sahaja

Umum warga Pendidik Negeri Perak telah pun mengetahui bahawa Pengarah Pendidikan Negeri Perak melancarkan Perak Excellent.Saya terpanggil untuk mencipta sebuah lagu mengenai Perak Excellent bagi menyatakan hasrat pengarah secara jelas dad sampai kepada akar umbi.Hasrat yang disampaikan mendapat respon yang baik dari pengarah.Bermula dari situlah saya mengumpulkan rakan-rakan yang boleh membantu merealisasikan misi ini dengan jayanya.
         Alhamdulilah..setelah mengadakan perjumpaan bersama pencipta lagu dan lirik beberapa kali,maka terhasillah Lagu Perak Excellent.
         Menghasilkan lagu ini bukan sesuatu yang mudah.Ia dihasilkan di dalam bulan puasa dan untuk menyanyikan lagu ini memerlukan tenaga dan tekak sudah tentu akan kering.Rakaman pertama dibuat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
         Hasilan pertama dibawa mengadap pengarah dan beliau meminta sedikit pembetulan dibuat pada lirik.Rakaman untuk kali kedua terpaksa dibuat untuk membetulkan lirik lagu tersebut dan sekali lagi berkampung di BTPN.
         Kali kedua mengadap tuan pengarah adalah saya.Bilik ICT dijadikan tempat menunggu sementara pengarah habis bermesyuarat.Terima kasih pihak ICT kerana membenarkan saya menggunakan peralatan mereka untuk memainkan lagu.Saya mengusung portable speaker ke bilik mesyuarat untuk mempedengarkan lagu tersebut kepada pengarah dan ketua-ketua sektor yang berada di situ.Hampir saja lagu tersebut diterima tetapi apabila terdapat sedikit komen mengenai lirik lagu sekali lagi maka perubahan perlu dilakukan.
          Timbul satu masalah, iaitu untuk mengadakan rakaman di BTPN sekali lagi.Saya dan rakan-rakan amat berat hati untuk mengadakan rakaman di sana sekali lagi kerana prihatin dengan keadaan pegawai di situ yang agak sibuk dengan tugasan yang lain.
          Rakaman untuk final dibuat dirumah saya dengan bantuan En.Osman Ibrahim.Kemahiran beliau dengan peralatan rakaman beliau yang canggih telah membantu menyiapkan rakaman Lagu Perak Excellent dengan jayanya.
          Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka yang bersusah payah membantu dan memberi sokongan sehingga terhasilnya lagu ini.


Friday, May 29, 2015

BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG

Semalam dalam perjalanan pulang dari mengadakan Kolokium Tingkatan 6 Di Hotel Taiping Perdana setelah dua hari bertugas di situ.Tiba-tiba masuk mesej di WhatsApp dalam Group Perakno1 yang saya rasa amat mengguris perasaan.
Saya cukup sedar saya tidak sehebat pegawai muzik yang duduk di tempat saya dahulu.Beliau aktif menjalankan program pendidikan muzik sehingga namaya gah di arena pendidikan muzik.
Saya sebenarnya sudah letih untuk menjawab persoalan ini namun masih ada yang tidak faham-faham atau sengaja tidak mahu memahaminya.
Zaman sudah berubah,hentikan berkhayal dengan keindahan  dulu.Zaman guru-guru selalu keluar
berkursus dari hotel ke hotel sudah berlalu.Sekarang masa penjimatan!
Saya juga kalau boleh hendak melakukan perkara yang sama tetapi kekangan sekarang tidak membolehkan.
Saya hanya menguruskan pendidikan muzik yang ada kaitannya dengan akademik.Tugasan besar saya ialah KSSR dan tidak lama lagi KSSM Pendidikan Muzik.Kalau hendak bercerita tentang Orkestra Guru,Pertandingan-pertandingan pergilah ke bahagian ko kurikulum.Di sana ada jawapannya.
Pegawai dulu masuk pada waktu yang tepat,ketika jabatan masih mewah berbelanja.Berbagai-bagai program berkaitan pendidikan muzik boleh dijalankan dan tidak seperti sekarang.Kalau beliau berada di tempat saya sekarang pun pasti tidak mampu melakukan apa-apa.
Dalam pada itu saya masih menjalankan sedikit program dengan cara memohon lebihan kewangan dari subjek lain walaupun jumlahnya amat kecil.Saya juga tidak suka hendak menghebohkan apa-apa program yang dijalankan untuk mencari publisiti murahan.Sumbangan kepada jabatan dalam pendidikan muzik banyak telah dilakukan.
Apa yang pasti selepas ini saya perlu mencari platform saya sendiri untuk memajukan pendidikan muzik Perak tanpa perlu mengharapkan mereka yang masih berkhayal dengan cerita-cerita lama.Sudah ada sebenarnya tetapi kerana ingin mengajak kawan-kawan lama yang kononnya minat dengan pendidikan muzik maka saya masih mengharapkan bantuan mereka.Atas sebab itu juga saya masih berdiri di sini tetapi cukuplah setakat itu.
Duduk di sini pun tanpa sebab bermusuh dengan rakan-rakan lama..sampai sekarang saya tiada jawapannya kenapa itu berlaku..Tak mengapalah..mereka orang yang hebat-hebat..Belum dikira lagi penyangak hasil kerja orang lain untuk mencipta nama..menggunakan orang-orang tertentu untuk meraih anugerah tanpa segan dan silu memijak rakan-rakan yang lain.

Tuesday, April 14, 2015

KSSR Pendidikan Muzik Tahun 6

Cepat betul masa berlalu, pantas tanpa disedari kita telah melangkah ke pertengahan bulan April.Apa-apa pun kehidupan perlu diteruskan dan perlu dibereskan tidak kira walau apa keadaan sekalipun dan sentiasa memastikan kita tidak ketinggalan.
Pada tahun ini KSSR untuk Pendidikan Muzik sedang berjalan lebih awal berbanding tahun-tahun yang lepas.Keadaannya masih sama seperti tahun lalu di mana hanya Jurulatij Kebangsaan (JUK) sahaja yang bergerak untuk meyampaikan kursus kepada guru-guru.Pada tahun ini Perak mempunyai 4 orang JUK dan telah pun bergerak ke beberapa daerah serta dijangka menghabiskan pergerakan mereka penghujung Mei.Tahniah kepada mereka kerana telah terpilih sekali lagi menjadi JUK di atas komitment dan kebolehan mereka. menyampaikan  maklumat dengan baik.Sanagat beruntung bagi mereka kerana selain dapat meyanpaikan maklumat KSSR mereka dapat melancong percuma ke negeri-negeri lain termasuk Serawak.
Untuk negeri Perak,kursus akan berjalan pada 29 dan 30 April ini serentak di sepuluh buah daerah.Satu cabaran bagi saya untuk bergerak ke semua daerah bagi memantau perjalanan kursus dengan keluasan negeri Perak ini.Bahan-bahan juga akan saya sediakan untuk memudahkan guru-guru mengajar di sekolah dan saya amat berharap bahan ini disebarluaskan kepada guru-guru pendidikan muzik yang tidak dapat hadir.Pada tahun ini cukuplah bahan-bahan selam 6 tahun saya edarkan kepada guru-guru dan saya amat berharap ianya masih ada dan boleg digunakan.Sekiranya ada yang telah kehilangan bhan-bahan yang lepas,sila dapatkan dari rakan-rakan sekolah lain  atau menghubungi saya.