Friday, May 29, 2015

BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG

Semalam dalam perjalanan pulang dari mengadakan Kolokium Tingkatan 6 Di Hotel Taiping Perdana setelah dua hari bertugas di situ.Tiba-tiba masuk mesej di WhatsApp dalam Group Perakno1 yang saya rasa amat mengguris perasaan.
Saya cukup sedar saya tidak sehebat pegawai muzik yang duduk di tempat saya dahulu.Beliau aktif menjalankan program pendidikan muzik sehingga namaya gah di arena pendidikan muzik.
Saya sebenarnya sudah letih untuk menjawab persoalan ini namun masih ada yang tidak faham-faham atau sengaja tidak mahu memahaminya.
Zaman sudah berubah,hentikan berkhayal dengan keindahan  dulu.Zaman guru-guru selalu keluar
berkursus dari hotel ke hotel sudah berlalu.Sekarang masa penjimatan!
Saya juga kalau boleh hendak melakukan perkara yang sama tetapi kekangan sekarang tidak membolehkan.
Saya hanya menguruskan pendidikan muzik yang ada kaitannya dengan akademik.Tugasan besar saya ialah KSSR dan tidak lama lagi KSSM Pendidikan Muzik.Kalau hendak bercerita tentang Orkestra Guru,Pertandingan-pertandingan pergilah ke bahagian ko kurikulum.Di sana ada jawapannya.
Pegawai dulu masuk pada waktu yang tepat,ketika jabatan masih mewah berbelanja.Berbagai-bagai program berkaitan pendidikan muzik boleh dijalankan dan tidak seperti sekarang.Kalau beliau berada di tempat saya sekarang pun pasti tidak mampu melakukan apa-apa.
Dalam pada itu saya masih menjalankan sedikit program dengan cara memohon lebihan kewangan dari subjek lain walaupun jumlahnya amat kecil.Saya juga tidak suka hendak menghebohkan apa-apa program yang dijalankan untuk mencari publisiti murahan.Sumbangan kepada jabatan dalam pendidikan muzik banyak telah dilakukan.
Apa yang pasti selepas ini saya perlu mencari platform saya sendiri untuk memajukan pendidikan muzik Perak tanpa perlu mengharapkan mereka yang masih berkhayal dengan cerita-cerita lama.Sudah ada sebenarnya tetapi kerana ingin mengajak kawan-kawan lama yang kononnya minat dengan pendidikan muzik maka saya masih mengharapkan bantuan mereka.Atas sebab itu juga saya masih berdiri di sini tetapi cukuplah setakat itu.
Duduk di sini pun tanpa sebab bermusuh dengan rakan-rakan lama..sampai sekarang saya tiada jawapannya kenapa itu berlaku..Tak mengapalah..mereka orang yang hebat-hebat..Belum dikira lagi penyangak hasil kerja orang lain untuk mencipta nama..menggunakan orang-orang tertentu untuk meraih anugerah tanpa segan dan silu memijak rakan-rakan yang lain.