Friday, June 4, 2010

Tahniah! Dari Pengarah Pendidikan


Tahniah! itulah ucapan Pengarah Pelajaran Perak di atas kejayaan warga pendidikan mengadakan Konsert Merafak Kasih Menjunjung Setia malam tadi.Beliau nampaknya begitu gembira dengan kejayaan ini.Sifu Amin kita amat berpuas hati kerana katanya setiap persembahan Sultan Azlan akan bertepuk tangan.Selepas selesai persembahan Sultan Azlan terus menghampiri barisan artis yang terdiri dari para pelajar dan sempat mengucapkan sesuatu tanda beliau terhibur pada malam itu..


Tuan Pengarah Menyampaikan sijil dan Cenderahati Kepada Semua Yang Terlibat

Taklimat dan Amanat Terakhir Dari Sifu Amin
Terima Kasih Kepada semua yang terlibat..Khas buat Sifu Amin..Tanpa Anda Apalah Ada Pada Konsert Merafak Kasih Menjunjung Setia 2010..







Konsert Merafak Kasih Menjunjung Setia

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu dengan pelbagai persediaan pun tiba..Murid bergerak ke Dewan Bankuet kira-kira pukul 6.40 petang.Sebanyak lima buah bas disediakan untuk membawa murid..Sempat juga murid berlatih untuk memantapkan lagi persembahan.Sultan Perak tiba ke dewan kira-kira pukul 8.40 malam.Persembahan dimulakan dengan instrumental Negeri Perak.Menteri Besar Perak juga turut menyaksikan konsert ini.

Ketibaan Menteri Besar Perak

Sultan Azlan Berangkat Masuk Ke Dewan

Lagu Negeri Perak Dimainkan

Mazuan Mempersembahkan Lagu Khas Untuk Sultan Azlan

Persembahan Tarian Yang Menarik


Persembahan Adik Rosebiatun Yang Amat Pemalu




Thursday, June 3, 2010

Raptai Penuh Di Dewan Bankuet

Raptai penuh dimulakan sejak pukul 2.30 ptg. Walaupun tiba awal di dewan raptai dimulakan agak lewat kerana peralatan audio system lambat disediakan..Keadaan agak sibuk di dewan..