Wednesday, November 24, 2010

Kursus Vokal

Salam Hormat,

Pada 9 Januari 2011 nanti saya akan menganjurkan satu workshop vokal yang bakal dikendalikan oleh penyanyi dan pensyarah vokal terkenal iaitu Dia Fadilla

Workshop ini akan dijalankan selama sehari bermula 9am-5pm

Workshop ini bakal mendedahkan anda kepada pembelajaran vokal secara teori dan juga amali,anda juga bakal didedahkan dengan pembelajaran muzik/nota muzik

Berikut adalah tajuk tajuk yang bakal dikupas di workshop vokal ini nanti

1: INTRO

2: A QUICK TOUR
- 4 BAHAGIAN ( RESONATOR,ARTICULATORS,GENERATOR & MOTOR )
- VOCAL FOLDS DAN VOICE BOX
- REGISTER DAN BREAK
- PERNAFASAN
- JENIS JENIS SUARA

3: BELAJAR MENYANYI

4: NYANYAIN HEBAT
- BREATH SUPPORT
- RESONANCE & TIMBRE
- VOLUME
- IN TUNE
- ARTIKULASI
- VIBRATO

5: REGISTERS
- EXTREME REGISTERS
- PASSAGIO

6: JENIS SUARA DAN RANGE
- RANGES(JULAT SUARA)

7: CARA NYANYIAN
- SPEECH LEVEL SINGING

8: PENJAGAAN SUARA
- PENCEGAHAN
- SYMPTOMS DAN PENYELESAIANNYA
-KE MANA NAK PERGI?

9: LIRIK
- SEBUTAN

10: MICROPHONES & EFFECTS
- DYNAMIC AND CONDENSER
- MIKROFON YANG BAGUS
- EFFECTS

11: SEJARAH

12: BERSEDIA..
- SEDIAKAN DIRI ANDA UNTUK..
- SHOW TIME
- DAN BANYAK LAGI..

13: MEMBACA MUZIK
- HIGH AND LOW
- LONG AND SHORT
- BAR LINES AND TIME SIGNATURES
- RESTS
- TRIPLETS AND OTHER-PLETS
- SHARP AND FLAT
- ACCIDENTALS AND KEY SIGNATURES
- LOUD AND SOFT
- TEMPO
- ARTIKULASI
- SECTION MARKINGS AND REPEAT SIGNS


Berikut adalah detail wokshop

TARIKH : 9 JANUARI 2011
MASA : 9 AM - 5 PM
TEMPAT: IM Training Center
22B, Jalan Plumbum P/7p
Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor
YURAN : RM 300

Namun begitu saya akan menawarkan HARGA ISTIMEWA
kepada 30 PESERTA TERAWAL YANG MENDAFTAR IAITU REBET RM100(anda hanya perlu bayar RM200)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PADA 13 DISEMBER 2010

Jika anda berminat sila buat bayaran secara transaksi online(maybank2u dan CIMBclicks) atau bank-in ke akaun berikut:

MAYBANK - 1122 1313 6932 -Zairulkefli Husin

CIMB - 05140 11037 8529 - Zairulkefli Husin

Setelah buat bayaran emailkan saya detail berikut

Nama Bank,
Masa Bayaran,
Tempat Bayaran,
Nama Penuh,
Alamat,
No tel


TEMPAT ADALAH TERHAD!!

Sekian,terima kasih


Ikhlas,


Zarul Husin aka Zarul Umbrella

Monday, November 8, 2010

Bengkel Peningkatan Bidang Muzik



Bengkel bertarikh 08-10 nov 2010 bertempat di Virgo Batik Resort iaitu hotel baru bersebelahan Teluk Batik Resort.


Seramai 28 dari 40 orang murid telah menghadirkan diri.Bengkel dikendalikan oleh En.Amin Nudin dan dibantu oleh Cikgu Basri,Cikgu Balya dan Cikgu Mohd.Fadzil.Inilah kursus terakhir bersama En.Amin Nudin kerana selepas ini beliau akan bertugas sebagai Guru Besar Di SK Seri Rahmat,Lahat,Ipoh.Lebih kurang 10 tahun lamanya bersama En.Amin menjalankan kursus..Banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui dan sukar dilupakan..

Sunday, November 7, 2010

Pertandingan PSKPP


Tahun ini pertandingan Kebudayaan PSKPP dengan konsep irama 60an.Pertandingan diadakan pada 06 Nov 2010 di Arena Square,Batu Gajah.Seramai 8 daerah mengambil bahagian.


Sejak pukul 8.00 pagi peserta mendaftarkan diri serta 'sound check' hingga tengahari.



Pada pukul 2.30 petang pertandingan dimulakan.Persaingan agak sengit kerana setiap daerah menampilkan pemuzik-pemuzik yang handal.Nyata sekali di kalangan guru-guru ada kebolehan seperti mereka di luar sana.

Pertandingan memakan masa kira-kira 4 jam.Meraka diadili oleh 3 orang hakim profesional.Sound system yang agak lemah sedikit sebanyak mengganggu sesetengah kumpulan membuat persembahan.


Kali ini nasib menyebelahi Daerah Hilir Perak yang sekaligus akan mewakili Negeri Perak ke peringkat kebangsaan.
















Monday, November 1, 2010

Kursus Pendidikan Muzik

Kursus Pendidikan Muzik Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau nama ringkasnya KSSR berjalan selama dua hari bertempat di SK La Salle,Ipoh.Kursus ini diadakan untuk 2 orang guru bagi setiap daerah.19 orang guru telah menghadirkan diri.Kursus ini berlangsung dari 1 hingga 2 November 2010.
Kursus disampaikan oleh para jurulatih utama seramai 6 orang iaitu Cikgu Wooi,Cikgu Jamal Ehsan,Cikgu Basri,Cikgu Nortaza,Cikgu Chan Kee Wai,Cikgu Tan,Cikgu Sazana dan Cikgu Mohd.Fadzil yang telah diberi pendedahan oleh BPK pada bulan Julai lalu.


Cikgu Jamal Ehsan Sedang Memberikan Ceramah


Cikgu Wooi..Tenaga Penting Sepanjang Kursus

Peserta Asyik Mendengar Penerangan Dari Cikgu Tan