Wednesday, November 4, 2009

Perjalanan Kursus OGP




Seperti biasa sesi taklimat dimulakan pada pukul 8.00 malam.Seramai 40 orang peserta terdiri dari guru-guru muzik Negeri Perak hadir. Taklimat ringkas disampaikan oleh En.Amin dan En.Rahim.



Guru-guru muzik Perak amat bertuah kerana kursus kali ini turut juga dihadiri oleh 10 orang pelajar termasuk pensyarah UPSI En.Azman Ramli dari Jabatan Muzik.Kedatangan mereka adalah untuk memberi pendedahan tentang lagu-lagu keroncong.Mereka mendendangkan beberapa buah lagu keroncong yang merdu dan mengasyikkan.






Pada hari kedua En.Azman menyampaikan sedikit info mengenai keroncong dan asal usulnya.Selepas itu bengkel bermain cara-cara bermain alat muzik keroncong diadakan untuk membolehkan guru-guru dapat mengenali dan memainkan alat muzik keroncong dengan lebih dekat lagi.

Sunday, November 1, 2009

Kursus Penggunaan Multimedia Untuk Orkestra

Kursus Pengunaan multimedia Dalam Ciptaan Dan Gubahan Skor Orkestra Guru-Guru Peringkat Negeri Perak 2009. Berdasarkan tajuknya sudah cukup menarik.Kursus ini akan diadakan pada hari ini 02 nov 2009 sehingga 05 nov 2009.
Kursus bertempat di Teluk batik Resort,Lumut Perak.