Wednesday, November 18, 2015

TAK RAMAI TAPI MENARIK!





Bengkel Aplikasi Sonar dengan kerjasama IPG saya adakan di IPG Kampus Guru Ipoh pada 12 November lalu telah berjalan lancar dan begitu memberangsangkan..Dua tenaga pelatih gabungan antara pensyarah dan seorang pemuzik menampakkan kehebatan dan pengalaman masing-masing.

Slot pertama dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh En Samsi pensyarah IPG Kampus Guru Ipoh.Beliau menggantikan penceramah yang tidak dapat hadir dari Kuala Lumpur.En Samsi juga tidak kurang hebatnya dalam meyampaikan ilmu tentang Sonar.Semua peserta begitu teruja mengikuti bengkel selama sehari sahaja ini dan mengambil bahagian yang baik dalam sessi rakaman lagu.Salah seorang  peserta merupakan ustaz yang memiliki sebuah studio jamming di Kuala Kangsar.Minat beliau begitu mendalam terhadap dunia muzik kerana sejak dari awa saya membayangkan untuk mengadakan kursus ini beliau menyatakan kesediaan untuk hadir.

Slot kedua sebelah petang menjadi lebih menarik dengan penceramah kedua En.Sabri atau lebih dikenali dengan nama timangan Atan yang merupakan seorang pemuzik.Beliau adalah guru gitar kepada saya sekitar tahun 80 an lagi dan merupakan gitaris kumpulan Rocktone.Beliau juga pernah menjadi gitaris sambilan kumpulan Handy Black.Tujuan saya menjemput beliau adalah untuk berkongsi pengalaman bagaimana beliau menghasilkan sebuah mini studio di rumah dengan hanya berbekalkan 'Try And Error'. Beliau membuka tirai ceramah dengan memperkenalkan  satu software yang amat menarik iaitu Fruitty Loops.Contoh rakaman menggunakan Sonar amat menarik ditambah dengan petikan gitar yang hebat.Kalau tak hebat masakan boleh menjadi sessionis untuk kumpulan Handy Black.Beliau menunjukkan album pertama kumpulannya yang hanya menggunakan rakaman sendiri.

Belumpun habis bengkel ini sudah ada yang meminta ianya disambung lagi ke siri 2.Insha Allah ada rezeki akan saya usahakan.Terima kasih semua!

Album pertama Kumpulan Rocktone.Di tengah ialah En Sabri




Memang menarik software ini