Wednesday, December 25, 2013

Saya menutup 2013 dengan memberi sedikit buah tangan untuk tatapan guru-guru di Perak.Pertandingan Muzik Gamelan Dan Caklempong Sekolah Berasrama Penuh yang diadakan di Kuala Kangsar saya hasilkan dalam bentuk DVD tetapi hanya Caklempong sahaja disebabkan oleh kos yang amat terhad memandangkan untuk menghasilkan DVD yang sepenuhnya memerlukan 3 keping DVD.Penghasilan DVD ini adalah dengan kerjasama pihak PSPSN Perak yang telah membuat penggambaran yang amat baik sekali dari segi audio dan visualnya.Tujuan utama penghasilan ini adalah untuk memberikan sedikit sebanyak idea kepada guru-guru khasnya guru sekolah menengah untuk menghasilkan kumpulan caklempong sekolah yang bermutu.Tujuan lainnya adalah untuk memudahkan guru menggunakan muzik caklempong ini sebagai muzik latar di dalam seseuatu majlis yang diadakan.Sekurang-kurangnya pendengar tidak bosan kerana asyik dihidangkan dengan bunyian yang serupa saban tahun di dalam apa jua majlis.Di dalam majlis pertandingan tersebut juga ada persembahan selingan oleh guru-guru Muzik Perak..sayangnya tidak dapat saya hasilkan bersama DVD ini..Persembahan yang amat menarik sekali..Tahniah kepada mereka terutamanya guru-guru dari Kumpulan UAB yang diketuai oleh Cikgu Eddie Azami dari SMK Jelapang..

No comments:

Post a Comment