Monday, September 20, 2010

Nyanyian Anda Sumbang

Nyanyian Sumbang?

Ada beberapa 3 sebab mengapa masalah ini boleh terjadi

-Pertama, kita mungkin tak tahu apa itu note atau pic yg kita nyanyikan atau vocal range lagu yg kita nyanyikan. Sbg contoh,sesebuah lagu mungkin mempunyai banyak lompatan pitcing,dan kita mungkin tak tahu bagaimana nak nyanyikan perubahan pitching-pitching ini dan dengan bebrapa latihan mengenai skala muzik dan intervals akan dapat membantu kita mengenali setiap nada seterusnya membantu kita menyanyi dalam pelbagi pitch/nada

-Kedua, kita mungkin kurang tahu mengenai vocal register/perletakan suara yg seharusnya kita gunakan semasa kita menyanyikan satu2 pitchSebagai contoh,jika saya suruh seorang pelajar lelaki nyanyikannote "high E" atau F beliau mungkin tak sampai dan pitch beliau akan tak tepat. ini adalah disebabkan belaiu tidak kenal/tidak tahu dimanakah vocal register yg sepatutnya Beberapa latihan untuk mempertajamkan lagi teknik ini dan latihan vocal warm-up akan dapat membantu anda mencapai note yg tinggi dengan lebih tepatKita juga mungkin tak beri perhatian pada sokongan pernafasan atau breath support yg diperlukan bgi mencapai atau pun projectkan notenote yg kita nyanyikan terutamanya di range tinggi suara kita yg mana ini akan menyebabkan kita of tune semasa menyanyi .Latihan latihan pernafasan akan dapat membantu kita mengatasi masalah ini

-Ketiga, kita mungkin tak biasa mendengar suara kita dan adakah suara kita serasi dengan muzik semasa kita menyanyi?Ini adalah vital skill yg perlu ada pd setiap penyanyi Kadangkala semasa kita menyanyi,kita lebih fokuskan pada nyanyian tetapi tidak pada muzik yg mengiringi kita,ini adalah factor yg menyumbang kepada "sumbangnya" nyanyian kita tanpa kita sedari.Sekian , diharapkan ianya dapat memberi manfaat.

Ikhlas,Zarul Umbrella

No comments:

Post a Comment