Sunday, November 7, 2010

Pertandingan PSKPP


Tahun ini pertandingan Kebudayaan PSKPP dengan konsep irama 60an.Pertandingan diadakan pada 06 Nov 2010 di Arena Square,Batu Gajah.Seramai 8 daerah mengambil bahagian.


Sejak pukul 8.00 pagi peserta mendaftarkan diri serta 'sound check' hingga tengahari.



Pada pukul 2.30 petang pertandingan dimulakan.Persaingan agak sengit kerana setiap daerah menampilkan pemuzik-pemuzik yang handal.Nyata sekali di kalangan guru-guru ada kebolehan seperti mereka di luar sana.

Pertandingan memakan masa kira-kira 4 jam.Meraka diadili oleh 3 orang hakim profesional.Sound system yang agak lemah sedikit sebanyak mengganggu sesetengah kumpulan membuat persembahan.


Kali ini nasib menyebelahi Daerah Hilir Perak yang sekaligus akan mewakili Negeri Perak ke peringkat kebangsaan.
















No comments:

Post a Comment