Wednesday, April 29, 2009

SYARAT2 PERTANDINGAN KUGIRAN

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN KUMPULAN GITAR RANCAK (KUGIRAN)
SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK 2009


1. PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai satu pilihan aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika.

Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih aktif ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar sekali gus membina keyakinan kental dalam diri.


2. RASIONAL

Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Muzik bermula tahun 1983 di sekolah rendah dan kini diteruskan di sekolah menengah. Kugiran merupakan salah satu cara di mana pelajar dapat bermain alat muzik secara berkumpulan. Dengan pelaksanaan Pendidikan Muzik di sekolah rendah dan menengah, pertandingan ini disyorkan sebagai satu acara baru sebagai aktiviti sokongan dan pengukuhan kepada aktiviti di bilik darjah (kurikulum) disamping dapat mencungkil bakat pelajar dalam persembahan secara berkumpulan. Ianya sebagai alternatif bagi pertandingan yang sedia ada.

Aktiviti ini bertepatan dengan Teras 1 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang berfokuskan kepada perkara 1.4 – membina Negara Bangsa dengan memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.


3. MATLAMAT

3.1 Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.
3.2 Membolehkan pelajar mendekati pengalaman muzikal berteraskan budaya warisan bangsa.


4. OBJEKTIF

4.1 Memberi kesedaran estetik pelajar yang berlandaskan budaya bangsa.
4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan muzik secara berkumpulan.
4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
4.4 Sebagai alternatif untuk mengisi masa lapang pelajar.
4.5 Memperkembangkan bakat pelajar dalam nyanyian dan permainan alat muzik.


5. PELAKSANAAN


5.1 Peringkat Pertandingan

5.1.1 Peringkat Awal/Daerah
Pemilihan/Pertandingan di peringkat daerah

5.1.2 Peringkat Negeri
Pertandingan akhir di peringkat negeri.

5.2 Penyertaan

5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah menengah dan sekolah menengah bantuan kerajaan sahaja.

5.2.2 Hanya satu kumpulan sahaja akan mewakili setiap daerah untuk ke pertandingan di peringkat negeri.


6. ALAT MUZIK

Sesebuah kumpulan dibenarkan menggunakan hanya alat-alat muzik di bawah:

6.1 3 gitar elektrik (bass, rhythm, lead)
6.2 1 Set drum
6.3 Alat perkusi (percussion) yang tidak bermelodi



7. AHLI PASUKAN

7.1 Jumlah ahli bagi setiap kumpulan hendaklah sekurang-kurangnya 4 orang dan tidak melebihi 6 orang.
7.2 Penyertaan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja ATAU campuran.


8. LAGU

8.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu.

8.1.1 Lagu pertama : Nyanyian lagu Melayu tempatan
(Bertema patriotik/ketuhanan/alam/kemanusiaan.
Satu sahaja, bukan medley).
8.1.2 Lagu kedua : Instrumental sahaja. (Satu sahaja, bukan medley)

8.2 Jangka masa persembahan bagi setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 10 minit.


9. PAKAIAN
9.1 Pakaian penyanyi dan pemain muzik hendaklah bersesuaian dan sopan.
9.2 Tiada markah tambahan bagi kategori pakaian akan diberi.

10. PEMARKAHAN
10.1 Lagu pertama
10.1.1 Nyanyian (sebutan, pic) : 30 markah
10.1.2 Muzik iringan : 20 markah
10.1.3 Imbangan bunyi (balance) dan dinamik : 15 markah
10.1.4 Tempo dan keseragaman : 10 markah
10.1.5 Kreativiti (improvisasi) : 20 markah
10.1.6 Ketrampilan : 5 markah
10.2 Lagu kedua
10.2.1 Muzik instrumental (melodi, gubahan) : 30 markah
10.2.2 Interpretasi (warna ton) : 20 markah
10.2.3 Imbangan bunyi (balance) dan dinamik : 15 markah
10.2.4 Tempo dan keseragaman : 10 markah
10.2.5 Kreativiti (improvisasi) : 20 markah
10.2.6 Ketrampilan : 5 markah

11. HADIAH / SIJIL
11.1 Johan : Hadiah Iringan dan Sijil
11.2 Naib Johan : Hadiah Iringan dan Sijil
11.3 Ketiga : Hadiah Iringan dan Sijil
11.4 Sijil penyertaan untuk semua pelajar dalam setiap pasukan


12. PENGHAKIMAN
12.1 Hakim akan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
12.2 Keputusan hakim adalah muktamad.


13. TARIKH, TEMPAT DAN MASA PERTANDINGAN

13.1 Tarikh : Jun / Julai 2009

13.2 Tempat : Pengkalan Hulu, Hulu Perak.

13.3 Masa : Pagi / Malam




Unit Kecil Seni
Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
Tahun 2009

No comments:

Post a Comment