Wednesday, April 29, 2009

PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU TAHUN 2009

1. MATLAMAT

Melahirkan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu di samping menambah khazanah lagu-lagu puisi Melayu.


2. OBJEKTIF

2.1 Memperagakan bakat, minat dan kemahiran pelajar.

2.2 Membina keyakinan berinteraksi melalui persembahan.

2.3 Meluaskan pengalaman berpuisi di kalangan pelajar.

2.4 Melahirkan masyarakat pelajar yang berbudaya.

2.5 Memupuk disiplin dan pembinaan sahsiah yang terpuji.


3. PELAKSANAAN

Akan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.
(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah dalam aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik sahaja akan mewakili ke sesuatu peringkat yang lebih tinggi)


4. SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Terbuka kepada pelajar tingkatan peralihan hingga tingkatan enam sekolah-sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

4.2 Penyertaan pelajar adalah tidak melebihi 6 (enam) orang. Boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran.

4.3 Puisi berbentuk sajak hendaklah karya asli pelajar berkenaan.

4.4 Puisi dideklamasikan oleh seorang pelajar sahaja dengan iringan muzik secara ‘live’.

4.5 Melodi hendaklah dicipta oleh pelajar dengan bantuan guru.

4.6 Puisi yang sama juga hendaklah dinyanyikan samada secara individu atau berkumpulan dengan iringan muzik oleh ahli-ahli kumpulan yang sama, tanpa menambah atau mengurangkan perkataan daripada karya/puisi asal.



4.7 Penggunaan LCD, prop, latar belakang pentas, watak tambahan dan penyampaian secara puisidra adalah dilarang sama sekali.

4.8 Persembahan bagi kedua-dua aktiviti adalah 8 minit (2 markah akan dipotong bagi setiap 1 minit yang lebih).

4.9 Tema puisi “PERPADUAN” dan isinya mestilah bersesuaian serta tidak menyentuh perkara-perkara sensitif seperti agama, budaya dan kaum.

4.10 Satu salinan puisi hendaklah dihantar kepada jawatankuasa pengelola 2 minggu sebelum pertandingan.



5. PAKAIAN

5.1 Pakaian peserta termasuk pemain muzik iringan hendaklah sopan dan bersesuaian.

5.2 Tiada markah tambahan diberi bagi kategori pakaian.


6. PEMARKAHAN

6.1 Pemberatan markah : Puisi : 50 % Nyanyian : 50 %

6.1.1 Puisi

Ciptaan : 40 markah (keindahan bahasa, diksi, tema)

Deklamasi : 60 markah (sebutan, ketrampilan,
penghayatan)

6.1.2 Nyanyian Puisi

Nyanyian : 45 markah (suara, tempo, harmoni, imbangan)

Muzik Iringan : 45 markah (tempo, kesesuaian melodi,
imbangan)
Ketrampilan : 10 markah (gaya, penghayatan)


7. MUZIK IRINGAN

7.1 Muzik iringan mestilah dimainkan oleh pelajar terlibat (minimum seorang atau maksimum kesemuanya) secara 'live'.

7.2 Muzik iringan hendaklah terdiri daripada alat-alat muzik akustik.

7.2 Rakaman kaset tidak dibenarkan sama sekali.



8. HADIAH


8.1 Puisi Terbaik : Piala, Sijil dan Hadiah Iringan
8.2 Lagu Puisi Terbaik : Piala, Sijil dan Hadiah Iringan
8.3 Keseluruhan
(Johan, Naib Johan, Ketiga) : Piala, Sijil dan Cenderahati


9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

Sabah
Ogos 2009



Bahagian Sukan,Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment