Wednesday, December 18, 2019

Lagu PAK21



Lagu PAK21 ini saya cipta bersama isteri dan rakan saya untuk membantu JPN Negeri Perak dalam memahamkan guru mengenai apa itu Pendidikan Abad Ke 21.Konsep asasnya amat jelas dalam lagu ini dan oleh itu marlah sama-sama kita menghayatinya.

Sekurang-kurangnya cikgu boleh jawab bila di tanya tentang PAK21..haha.

Wednesday, November 13, 2019

Berpisah sudah

Arahan baru dari BPK..Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual akan diasingkan semula waktu mengajar dan guru yang mengajar.Walau bagaimanapun masa masih sama iaitu Pendidikan Seni Visual 1 jam manakala Pendidikan Muzik 30 minit.Ianya akan berkuatkuasa pada tahun hadapan.
Sepatutnya begitulah sejak dari dulu jika ditanya pada guru-guru muzi dan seni visual.Tidak ada sebab untuk digabungkan apatah lagi ada ura-ura untuk meletakkan hanya seorang guru mengajar mata pelajaran Kesenian.Mana mungkin kita akan mebiarkan perkara ini berlaku kerana kedua-dua mata pelajaran ini mempunyai disiplin ilmu yang berbeza.
Mungkin guru muzik boleh mengajar seni visual walaupun agak terbatas tetapi pendidikan muzik lebih mencabar kerana memerlukan guru mahir memainkan sekurang-kurang satu jenis alat muzik serta mengetahui tentang ilmu teori muzik.
Bersyukurlah kini ianya telah diasingkan dan kembali seperti asal.




Tuesday, May 21, 2019

Kursus Kesenian Tahun 4

Kursus KSSR Matapelajaran Kesenian Tahun 4 telahpun selesai dijalankan pada 29 - 30 April 2019 oleh Jurulatih Kebangsaan kepada Jurulatih Negeri.Kehadiran jurulatih negeri bagi matapelajaran Seni Visual amat baik tetapi Matapelajaran Muzik agak mengecewakan.Ramai yang tidak hadir samada memberi alasan ataupun tidak.
Tahun ini jurulatih dari dari daerah lain tidak boleh ke daerah lain seperti selalu.Terpulang kepada PPD untuk menguruskan kerana pemilihan jurulatih daerah dibuat oleh PPD.

Sunday, January 13, 2019

Kurikulum Standard Kelas Peralihan

         Pihak JPN telah menerima satu pertanyaan dari pihak guru iaitu berkaitan dengan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran bagi kelas peralihan.
Untuk pengetahuan semua jurulatih kebangsaan telah dipanggil berkursus bagi Matapelajaran seni Visual pada bulan Oktober 2018.Perak telah menghantar dua orang guru untuk mengikuti kursus tersebut dan hanya seorang sahaja hadir disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh seorang lagi guru.
         Di sini saya sertakan link untuk mendapatkan bahan tersebut.

http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-menengah/category/303-kurikulum-standard-kelas-peralihan-kskp

Bukan sahaja seni visual malah semua matapelajaran terdapat di sini.