Monday, June 20, 2011

Mana Anugerahnye..




Pada hari jumaat malam sabtu yang lepas Pihak JPN mengadakan jamuan sempena kejayaan MSSM.Memang meriah majlis yang diadakan.Kami dijemput dan diberitahu ada anugerah khas untuk kami yang telah berjaya mencipta beberapa buah lagu untuk MSSM dan juga lagu untuk guru Perak.Begitu juga dengan kejayaan kami membuat beberapa persembahan terutamanya di upacara perasmian MSSM.Dari jauh kami datang dengan penuh semangat kerana jasa kami dihargai.Ramai jemputan yang hadir dan dijamu dengan berbagai hidangan..Namun selera kami untuk menikmati semua hidangan menjadi tumpul..Anugerah khas yang diwarwarkan itu hanyalah sekeping sijil penghargaan yang tertulis AJK persembahan.Kami pun tidak tahu bila pula kami dilantik..Kemarahan Cikgu Mazlan selaku wakil yang menerima sijil begitu ketara sekali kerana merasa diri ditipu buat kali kedua..kami yang sudah memendam rasa makin hilang sabar dan merasa amat kecewa dipermainkan begini.Di mana anugerah khas yang dijanjikan sepertimana rakan-rakan kami memperolehinya semasa pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri baru-baru ini..Semuanya bersikap lepas tangan dan menunding jari sesama sendiri..Cikgu Mastor datang dari Hutan Melintang yang memakan masa hampir 2 jam untuk sampai amat kecewa..begitu juga rakan2 yang lain..Cikgu Balya beredar dari majlis dengan satu tekad..tidak akan terlibat dengan apa2 persembahan lagi..Begitu juga kami..dan semakin sedar kami telah dipergunakan oleh mereka yang hanya mengejar kemashyuran diri sendiri..Sebelum pulang terpandang juga wajah Cikgu Wooi yang amat kesal dengan kejadian ini..apakan daya..Selama hampir 10 tahun menghambakan diri dengan dunia kami selaku guru muzik Perak yang menjadi bualan rakan2 di negeri lain..akhirnya ini yang kami terima..Kami pulang dengan tangan kosong setelah sijil dipulangkan kerana ia bukan hak kami..

Friday, June 10, 2011

Tuesday, June 7, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri


Sambutan kali ini diadakan di Dewan Bankuet,Ipoh.Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Perak YAB Zamri.Kali ini guru-guru da guru muzik diberi tugasan untuk menyanyikan lagu dalam bentuk koir.Guru Besar SK Raja Perempuan, hajah Faridah sekali lagi diberi tugas untuk memanggil guru-guru untuk menjalani latihan.Kira-kira 60 orang guru berjaya dikumpul oleh Pn.Hajah yang sememangnya rajin dan sabar dalam menjalankan tugas.Apa yang menarik ialah kumpulan koir ini akan diiringi oleh kumpulan orkestra semasa menyanyi.Kumpulan orkestra ini adalah terdiri daripada murid-murid SMK Permaisuri bainun.Murid-murid ini dipimpin oleh guru mereka yang pakar iaitu Cikgu Faridz.Latihan koir diadakan di dewan SMK Permaisuri Bainun.Agak sukar juga kerana ada guru yang tidak dibenarkan keluar oleh guru besar walaupun ada surat panggilan dari JPN.Pening juga bila masing-masing hendak menunjukkan kuasa dan yang menjadi mangsa ialah guru.Bayangkan ada guru yang bertolak dari Teluk Intan selepas habis waktu persekolahan dan sampai di Ipoh hanya sempat menyertai latihan tidak sampai setengah jam.Walaupun begitu tugas ini digalas juga demi untuk memeriahkan sambutan hari guru nanti.

Thursday, June 2, 2011

Perasmian MSSM

Setelah puas menjalani latihan berhari-hari di Pusat ko-Kurikulum akhirnya tiba hari yang dinantikan.Seawal pukul 3.00 petang persiapan untuk persembahan diadakan.Pelajar sekolah semakin ramai membanjiri stadium,Ipoh.Mereka datang dari berbagai sekolah di seluruh pelusuk tanahair termasuk Sabah dan Sarawak.Seperti biasa guru-guru muzik dan peserta koir mengambil tempat dan menyusun peralatan muzik.Begitu juga peserta perbarisan bersiap sedia untuk memulakan acara.Bagi kombo guru persembahan dimulakan kira-kira pukul 6.00 petang dan boleh juga dikategorikan sebagai mini konsert.Pelbagai lagu lama dan baru didendangkan.Sayangnya sound system agak mengecewakan kerana sebahagian besar penonton terutama yang berada di tempat duduk yang tinggi tidak dapat menikmati persembahan tersebut dengan baik.Memang agak mengecewakan kerana majlis sebesar ini hanya menggunakan peralatan yang tidak seberapa.Penonton-penonton yang berada di sekitar tapak konsert nampaknya terhibur bila didendangkan dengan lagu-lagu rancak.