Wednesday, November 18, 2015

TAK RAMAI TAPI MENARIK!





Bengkel Aplikasi Sonar dengan kerjasama IPG saya adakan di IPG Kampus Guru Ipoh pada 12 November lalu telah berjalan lancar dan begitu memberangsangkan..Dua tenaga pelatih gabungan antara pensyarah dan seorang pemuzik menampakkan kehebatan dan pengalaman masing-masing.

Slot pertama dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh En Samsi pensyarah IPG Kampus Guru Ipoh.Beliau menggantikan penceramah yang tidak dapat hadir dari Kuala Lumpur.En Samsi juga tidak kurang hebatnya dalam meyampaikan ilmu tentang Sonar.Semua peserta begitu teruja mengikuti bengkel selama sehari sahaja ini dan mengambil bahagian yang baik dalam sessi rakaman lagu.Salah seorang  peserta merupakan ustaz yang memiliki sebuah studio jamming di Kuala Kangsar.Minat beliau begitu mendalam terhadap dunia muzik kerana sejak dari awa saya membayangkan untuk mengadakan kursus ini beliau menyatakan kesediaan untuk hadir.

Slot kedua sebelah petang menjadi lebih menarik dengan penceramah kedua En.Sabri atau lebih dikenali dengan nama timangan Atan yang merupakan seorang pemuzik.Beliau adalah guru gitar kepada saya sekitar tahun 80 an lagi dan merupakan gitaris kumpulan Rocktone.Beliau juga pernah menjadi gitaris sambilan kumpulan Handy Black.Tujuan saya menjemput beliau adalah untuk berkongsi pengalaman bagaimana beliau menghasilkan sebuah mini studio di rumah dengan hanya berbekalkan 'Try And Error'. Beliau membuka tirai ceramah dengan memperkenalkan  satu software yang amat menarik iaitu Fruitty Loops.Contoh rakaman menggunakan Sonar amat menarik ditambah dengan petikan gitar yang hebat.Kalau tak hebat masakan boleh menjadi sessionis untuk kumpulan Handy Black.Beliau menunjukkan album pertama kumpulannya yang hanya menggunakan rakaman sendiri.

Belumpun habis bengkel ini sudah ada yang meminta ianya disambung lagi ke siri 2.Insha Allah ada rezeki akan saya usahakan.Terima kasih semua!

Album pertama Kumpulan Rocktone.Di tengah ialah En Sabri




Memang menarik software ini


Tuesday, November 3, 2015

Group WhatsApp Untuk Apa?














Telah menjadi trend semua orang nak buat group whatsApp dengan berbagai tajuk dan tujuan.Melalui group kita akan bertemu rakan-rakan lama yang terpisah,berniaga,berbincang dengan orang yang berkenaan sahaja.Kebaikannya amat banyak.



Malangnya ada yang menyalahgunakan  group dan menyebabkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan,permusuhan dan tidak kurang juga perceraian rumahtangga.



Kalau kita bina group sepatutnya kita membuat peraturan supaya group terjaga dengan baik.Tujuan group adalah merapatkan hubungan dan bukan medan mengutuk dan menghentam rakan-rakan seolah olah kita hebat dari segala hal tanpa memperdulikan perasaan rakan-rakan lain.Apa tujuan kita masuk ke dalam group?



Dalam hal ini, group yang dibuat oleh rakan-rakan muzik kita pun banyak.Amatlah diharapkan agar matlamatnya adalah untuk perpaduan dan mencari jalan untuk memajukan pendidikan muzik khususnya negeri Perak.Bukannya menghentam membabi buta dan mengenepikan perasaan rakan-rakan.Kalau kita rasa hebat sangat ayuh sama-sama kita ke hadapan..jangan asyik tunggu dan lihat tetapi bakhil idea,masa dan wang ringgit!!



Jangan jadi petualang!!



Kalau ada rakan-rakan menghasilkan lagu atau bahan muzik kenapa kita menjadi tukang menghina? Hebat sangatkah dengan kelayakan yang ada? Berapa banyakkah hasil ciptaan kita? Saya pernah minta lagu kanak-kanak sahaja..tak perlu banyak..4 baris dah cukup..Itupun tak boleh nak beri!! Kawan kita buat kita hina,kutuk ramai-ramai, mempertikaikan perkara-perkara yang menampakkan kebodohan dan sombong serta dendam kesumat!



Kalau itulah rupa group yang kita ada..baik tutup!! Matlamatnya sudah sesat!!



Walaupun begitu, ada yang duduk di dalam group mengunci mulut tetapi mengambil peluang dari perpecahan untuk melonjakkan diri menjadi popular !!! fikirkan...