Wednesday, October 21, 2015

PERAK EXCELLENT






Akhirnya Rakaman Di Rumah Sahaja

Umum warga Pendidik Negeri Perak telah pun mengetahui bahawa Pengarah Pendidikan Negeri Perak melancarkan Perak Excellent.Saya terpanggil untuk mencipta sebuah lagu mengenai Perak Excellent bagi menyatakan hasrat pengarah secara jelas dad sampai kepada akar umbi.Hasrat yang disampaikan mendapat respon yang baik dari pengarah.Bermula dari situlah saya mengumpulkan rakan-rakan yang boleh membantu merealisasikan misi ini dengan jayanya.
         Alhamdulilah..setelah mengadakan perjumpaan bersama pencipta lagu dan lirik beberapa kali,maka terhasillah Lagu Perak Excellent.
         Menghasilkan lagu ini bukan sesuatu yang mudah.Ia dihasilkan di dalam bulan puasa dan untuk menyanyikan lagu ini memerlukan tenaga dan tekak sudah tentu akan kering.Rakaman pertama dibuat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
         Hasilan pertama dibawa mengadap pengarah dan beliau meminta sedikit pembetulan dibuat pada lirik.Rakaman untuk kali kedua terpaksa dibuat untuk membetulkan lirik lagu tersebut dan sekali lagi berkampung di BTPN.
         Kali kedua mengadap tuan pengarah adalah saya.Bilik ICT dijadikan tempat menunggu sementara pengarah habis bermesyuarat.Terima kasih pihak ICT kerana membenarkan saya menggunakan peralatan mereka untuk memainkan lagu.Saya mengusung portable speaker ke bilik mesyuarat untuk mempedengarkan lagu tersebut kepada pengarah dan ketua-ketua sektor yang berada di situ.Hampir saja lagu tersebut diterima tetapi apabila terdapat sedikit komen mengenai lirik lagu sekali lagi maka perubahan perlu dilakukan.
          Timbul satu masalah, iaitu untuk mengadakan rakaman di BTPN sekali lagi.Saya dan rakan-rakan amat berat hati untuk mengadakan rakaman di sana sekali lagi kerana prihatin dengan keadaan pegawai di situ yang agak sibuk dengan tugasan yang lain.
          Rakaman untuk final dibuat dirumah saya dengan bantuan En.Osman Ibrahim.Kemahiran beliau dengan peralatan rakaman beliau yang canggih telah membantu menyiapkan rakaman Lagu Perak Excellent dengan jayanya.
          Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka yang bersusah payah membantu dan memberi sokongan sehingga terhasilnya lagu ini.