Sunday, October 12, 2014

Selesai Sudah UPSR

Peperiksaan UPSR telahpun berakhir pada hari Khamis 9 Oktober baru-baru ini.
Namun begitu UPSR kali ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada semua pihak yang terlibat dari Kementerian Pendidikan  sehinggalah kepada pelajar.Soalan bocor telah menyebabkan negara  tersentak gara-gara segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Wajah-wajah hampa dapat disaksikan setelah bertungkus lumus belajar tiba-tiba terpaksa mengulang peperiksaan tersebut.Ada yang telah membuat persediaan untuk melancong ke sana sini,rombongan sekolah telah diatur dan ada yang menunaikan haji bersama keluarga.Siapa yang bertanggungjawab? Jawapannya ialah manusia-manusia yang tidak mempunyai integriti dan sanggup menggadai prinsip diri demi untuk kepentingan diri.


Begitulah juga dalam apa jua hal dan keadaan apabila ada manusia yang suka mengambil kesempatan di atas orang lain.Penulis juga pernah melaluinya apabila hasil ciptaan kita tetapi orang lain yang mendapat nama.Kecewa,sedih dan sakit hati tidak pernah pudar setiap kali lagu itu berkumandang di media massa.Apa-apa pun saya yakin manusia  seperti ini tidak akan sunyi dihantui perasaan bersalah di dalam hidupnya walaupun boleh berlakun dengan wajah selamba..