Wednesday, February 27, 2013

Pemilihan Jurulatih Utama Untuk Tahun 4

Pemilihan JU untuk Pendidikan Muzik Tahun 4 sedang dijalankan diseluruh JPN apabila diarahkan oleh BPK.Nampaknya tahun ini ada lagi beberapa perubahan dalam pemilihan JU kita di Perak.Ada juga rakan-rakan JU yang ingin mengundurkan diri dan memberi peluang kepada rakan-rakan lain.Banyak faktor yang perlu diperhatikan dalam pemilihan JU ini demi kelancaran perjalanan kursus KSSR di peringkat negeri nanti.Apa yang penting ialah adanya ciri-ciri dan semangat bekerjasama,berbincang,boleh saling tegur menegur dan mengenepikan hal-hal yang remeh temeh.Kepada yang dipanggil teruskan berkhidmat dan yang tidak terpilih mungkin di lain masa saya akan memberi peluang.Kalau boleh biarlah semua guru-guru muzik kita merasa sekali menjadi JU...

Monday, February 25, 2013








Baru-baru ini saya singgah di sebuah kedai buku di Daerah Kerian.Menariknya sebuah kedai yang terletak di hujung kampung tetapi mempunyai pelanggan di seluruh negara.Itulah kehebatan dunia tanpa sempadan.Dengan hanya berbekalkan blog percuma beliau mampu meraih pendapatan yang berbaloi.Apa yang saya ingin ceritakan di sini ialah terdapat sekolah yang membeli rekoder yang dijual oleh beliau dan rekoder tersebut saya dapati tidak memenuhi spesifikasi yang standard.Beliau memaklumkan kepada saya sudah banyak rekoder tersebut dijual hanya dengan harga RM5.50 sahaja.Memang murah...Tetapi sekiranya dimainkan, ia tidak menghasilkan mutu bunyi seperti yang dikehendaki dan bunyinya akan sumbang bila dimainkan bersama alat muzik bermelodi yang lain seperti piano atau gitar.Bagaimana guru hendak menggunakan rekoder ini untuk pertandingan..Saya syorkan cikgu gunakan rekoder jenama YAMAHA sahaja kerana mutu bunyi dan alat itu sendiri.Sekiranya cikgu bermasalah hendak mendapatkan rekoder YAMAHA saya boleh membantu dengan harga hanya RM10.00 sahaja.Harga di luar sana mungkin mahal sedikit iaitu sekitar RM12 dan ada yang menjual sehingga RM15 sebatang..Terpulang pada guru-guru asalkan rekoder tersebut menepati spesifikasi yang dikehendaki supaya tidak menimbulkan masalah nanti.

Tuesday, February 12, 2013

Dalam tahun 2013 ini saya telahpun membuat pemantauan di 5 buah sekolah.Rata-rata saya dapati pihak sekolah masih bermasalah dengan pengurusan fail KSSR/PBS.Semuanya tidak siap atau tidak lengkap seperti yang dikehendaki.Tidak tahu di mana silapnya sebab kursus dan taklimat termasuk LADAP telahpun dijalankan samada di peringkat atasan hinggalah ke akar umbi.Satu kesimpulan yang saya dapat ialah guru-guru masih belum memahami bagaimana cara menguruskan fail-fail tersebut kerana sering mendapat maklumat yang salah.Di sini saya syorkan pihak guru atau sekolah mendapatkan Buku Pengurusan Fail KSSR/PBS karangan En.Mazlan Harun dan Nuzulrul Azaliza ini. memandangkan ianya amat lengkap untuk dijadikan panduan dalam penyediaan fail.Jika sekiranya buku tersebut dijadikan panduan saya yakin masalah pengurusan fail KSSR dan PBS dapat diatasi oleh pihak sekolah dan emudahkan pihak pengurusan dan guru.


Gambar buku Pengurusan Fail KSSR/PBS cetakan kedua

Monday, February 4, 2013

Pemantauan Ke Sekolah JU

Tajuk di atas saya pernah tulis di Facebook dan mendapat reaksi yang berbagai.Sebagai JU saya mengharapkan mereka sentiasa membuat persiapan dan sentiasa bersedia dengan kehadiran sesiapa sahaja.JU telah diberi pendedahan yang lebih luas berbanding guru di sekolah kerana mereka merupakan 'tangan kedua' menerima maklumat dari Kementerian Pelajaran.Bagi JU muzik Perak perkara ini lebih mudah kerana kita mempunyai pakar yang boleh membantu kita iaitu Cikgu Mazlan.Beliau yang mendapat pendedahan yang luas dari BPK dan LPM telahpun menurunkan segala-gala ilmunya kepada kita.Tidak ada alasan bagi kita untuk mengatakan kita tidak tahu atau tidak faham tentang KSSR atau PBS kerana segala-galanya telah dijelaskan oleh beliau.Pihak Ju adalah merupakan tempat rujuk bagi guru-guru dan sudah semestinya kita bersedia dan sekiranya masih keliru kita boleh berbincang sesama kita.