Sunday, January 29, 2012

MESYUARAT PERTANDINGAN ORKESTRA DI BAINUN



Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Raja Permaisuri Bainun di atas kesudian menjemput saya menghadiri Mesyuarat Pertandingan Orkestra Patriotisma Peringkat Kebangsaan 2012 pada 26 Januari lalu.Kalau dilihat dari kertaskerja yang dibentangkan Oleh Cikgu Sajas saya melihat betapa bersemangatnya pihak sekolah untuk menganjurkan pertandingan yang julung-julung kali akan diadakan ini.Pihak Pengetua sendiri nampaknya begitu yakin dan menyokong penuh program ini.Bukan sesuatu yang mudah untuk menganjurkan pertandingan yang besar seperti ini kerana memerlukan persiapan yang rapi dan perbelanjaan yang besar.Perbincangan yang diadakan bersama ini sedikit sebanyak telah berjaya merungkai segala permasalahan yang dihadapi untuk menjayakan pertandingan ini.Saya juga ingin sekali melihat program ini berjaya dilaksanakan dan sedia membantu selagi terdaya.Kejayaan program ini sudah pasti akan membawa bersama-sama nama sekolah dan Jabatan Pelajaran Perak.Syabas diucapkan di atas usaha Tuan Pengetua,Tuan Hj.Mohd Jasmi,Cikgu Sajastanah dan Cikgu Faridzz serta guru-guru SMK Raja Permaisuri Bainun di atas segala usaha.

Tuesday, January 24, 2012

BUKU PANDUAN KSSR TAHUN 2

Pengedaran buku KSSR Dunia Muzik Tahun 2 sedang dibuat oleh pihak BPK.Berkemungkinan pihak saya akan mendapat buku tersebut pada bulan Febuari.Pengagihan akan dilakukan ke sekolah2 iaitu 2 naskah untuk setiap sekolah.Adalah diharapkan guru-guru terus menjalankan KSSR Dunia Muzik tahun 2 ini kerana guru-guru telah didedahkan dengan Dunia Muzik tahun 2 pada 2011 yang lepas.

Tuesday, January 17, 2012

BENGKEL MUZIK TRADISIONAL DAN MUZIK ISLAM

Pada 23-25 hb Febuari 2012 Bengkel Muzik Tradisional Dan Muzik Islam akan diadakan di SK Seri Rahmat,Lahat.Bengkel dihadiri oleh 60 Pelatih Institut Pendidikan dan 40 orang murid sekolah.Bengkel tersebut mengetengahkan permainan alat muzik Islam seperti gamelan,caklempung dan kompang.Bengkel dikendalikan oleh Pensyarah yang tidak asing lagi bagi JU Muzik Perak iaitu Hj.Isa.Guru besar SK Seri Rahmat En.Amin Nudin mengalu-alukan kehadiran semua warga pendidikan yang berminat untuk menyaksikan persembahan yang akan diadakan pada 25 hb Febuari nanti.Kepada guru muzik Perak diharap tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan itu nanti.Pastinya ada sesuatu yang boleh dibawa ke sekolah masing-masing juga buat menambah ilmu kita.Jumpa di sana!