Wednesday, April 29, 2009

SYARAT2 PERTANDINGAN KUGIRAN

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN KUMPULAN GITAR RANCAK (KUGIRAN)
SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK 2009


1. PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai satu pilihan aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika.

Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih aktif ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar sekali gus membina keyakinan kental dalam diri.


2. RASIONAL

Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Muzik bermula tahun 1983 di sekolah rendah dan kini diteruskan di sekolah menengah. Kugiran merupakan salah satu cara di mana pelajar dapat bermain alat muzik secara berkumpulan. Dengan pelaksanaan Pendidikan Muzik di sekolah rendah dan menengah, pertandingan ini disyorkan sebagai satu acara baru sebagai aktiviti sokongan dan pengukuhan kepada aktiviti di bilik darjah (kurikulum) disamping dapat mencungkil bakat pelajar dalam persembahan secara berkumpulan. Ianya sebagai alternatif bagi pertandingan yang sedia ada.

Aktiviti ini bertepatan dengan Teras 1 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang berfokuskan kepada perkara 1.4 – membina Negara Bangsa dengan memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.


3. MATLAMAT

3.1 Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.
3.2 Membolehkan pelajar mendekati pengalaman muzikal berteraskan budaya warisan bangsa.


4. OBJEKTIF

4.1 Memberi kesedaran estetik pelajar yang berlandaskan budaya bangsa.
4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan muzik secara berkumpulan.
4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
4.4 Sebagai alternatif untuk mengisi masa lapang pelajar.
4.5 Memperkembangkan bakat pelajar dalam nyanyian dan permainan alat muzik.


5. PELAKSANAAN


5.1 Peringkat Pertandingan

5.1.1 Peringkat Awal/Daerah
Pemilihan/Pertandingan di peringkat daerah

5.1.2 Peringkat Negeri
Pertandingan akhir di peringkat negeri.

5.2 Penyertaan

5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah menengah dan sekolah menengah bantuan kerajaan sahaja.

5.2.2 Hanya satu kumpulan sahaja akan mewakili setiap daerah untuk ke pertandingan di peringkat negeri.


6. ALAT MUZIK

Sesebuah kumpulan dibenarkan menggunakan hanya alat-alat muzik di bawah:

6.1 3 gitar elektrik (bass, rhythm, lead)
6.2 1 Set drum
6.3 Alat perkusi (percussion) yang tidak bermelodi



7. AHLI PASUKAN

7.1 Jumlah ahli bagi setiap kumpulan hendaklah sekurang-kurangnya 4 orang dan tidak melebihi 6 orang.
7.2 Penyertaan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja ATAU campuran.


8. LAGU

8.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu.

8.1.1 Lagu pertama : Nyanyian lagu Melayu tempatan
(Bertema patriotik/ketuhanan/alam/kemanusiaan.
Satu sahaja, bukan medley).
8.1.2 Lagu kedua : Instrumental sahaja. (Satu sahaja, bukan medley)

8.2 Jangka masa persembahan bagi setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 10 minit.


9. PAKAIAN
9.1 Pakaian penyanyi dan pemain muzik hendaklah bersesuaian dan sopan.
9.2 Tiada markah tambahan bagi kategori pakaian akan diberi.

10. PEMARKAHAN
10.1 Lagu pertama
10.1.1 Nyanyian (sebutan, pic) : 30 markah
10.1.2 Muzik iringan : 20 markah
10.1.3 Imbangan bunyi (balance) dan dinamik : 15 markah
10.1.4 Tempo dan keseragaman : 10 markah
10.1.5 Kreativiti (improvisasi) : 20 markah
10.1.6 Ketrampilan : 5 markah
10.2 Lagu kedua
10.2.1 Muzik instrumental (melodi, gubahan) : 30 markah
10.2.2 Interpretasi (warna ton) : 20 markah
10.2.3 Imbangan bunyi (balance) dan dinamik : 15 markah
10.2.4 Tempo dan keseragaman : 10 markah
10.2.5 Kreativiti (improvisasi) : 20 markah
10.2.6 Ketrampilan : 5 markah

11. HADIAH / SIJIL
11.1 Johan : Hadiah Iringan dan Sijil
11.2 Naib Johan : Hadiah Iringan dan Sijil
11.3 Ketiga : Hadiah Iringan dan Sijil
11.4 Sijil penyertaan untuk semua pelajar dalam setiap pasukan


12. PENGHAKIMAN
12.1 Hakim akan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
12.2 Keputusan hakim adalah muktamad.


13. TARIKH, TEMPAT DAN MASA PERTANDINGAN

13.1 Tarikh : Jun / Julai 2009

13.2 Tempat : Pengkalan Hulu, Hulu Perak.

13.3 Masa : Pagi / Malam




Unit Kecil Seni
Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
Tahun 2009

PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU TAHUN 2009

1. MATLAMAT

Melahirkan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu di samping menambah khazanah lagu-lagu puisi Melayu.


2. OBJEKTIF

2.1 Memperagakan bakat, minat dan kemahiran pelajar.

2.2 Membina keyakinan berinteraksi melalui persembahan.

2.3 Meluaskan pengalaman berpuisi di kalangan pelajar.

2.4 Melahirkan masyarakat pelajar yang berbudaya.

2.5 Memupuk disiplin dan pembinaan sahsiah yang terpuji.


3. PELAKSANAAN

Akan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.
(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah dalam aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik sahaja akan mewakili ke sesuatu peringkat yang lebih tinggi)


4. SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Terbuka kepada pelajar tingkatan peralihan hingga tingkatan enam sekolah-sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

4.2 Penyertaan pelajar adalah tidak melebihi 6 (enam) orang. Boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran.

4.3 Puisi berbentuk sajak hendaklah karya asli pelajar berkenaan.

4.4 Puisi dideklamasikan oleh seorang pelajar sahaja dengan iringan muzik secara ‘live’.

4.5 Melodi hendaklah dicipta oleh pelajar dengan bantuan guru.

4.6 Puisi yang sama juga hendaklah dinyanyikan samada secara individu atau berkumpulan dengan iringan muzik oleh ahli-ahli kumpulan yang sama, tanpa menambah atau mengurangkan perkataan daripada karya/puisi asal.



4.7 Penggunaan LCD, prop, latar belakang pentas, watak tambahan dan penyampaian secara puisidra adalah dilarang sama sekali.

4.8 Persembahan bagi kedua-dua aktiviti adalah 8 minit (2 markah akan dipotong bagi setiap 1 minit yang lebih).

4.9 Tema puisi “PERPADUAN” dan isinya mestilah bersesuaian serta tidak menyentuh perkara-perkara sensitif seperti agama, budaya dan kaum.

4.10 Satu salinan puisi hendaklah dihantar kepada jawatankuasa pengelola 2 minggu sebelum pertandingan.



5. PAKAIAN

5.1 Pakaian peserta termasuk pemain muzik iringan hendaklah sopan dan bersesuaian.

5.2 Tiada markah tambahan diberi bagi kategori pakaian.


6. PEMARKAHAN

6.1 Pemberatan markah : Puisi : 50 % Nyanyian : 50 %

6.1.1 Puisi

Ciptaan : 40 markah (keindahan bahasa, diksi, tema)

Deklamasi : 60 markah (sebutan, ketrampilan,
penghayatan)

6.1.2 Nyanyian Puisi

Nyanyian : 45 markah (suara, tempo, harmoni, imbangan)

Muzik Iringan : 45 markah (tempo, kesesuaian melodi,
imbangan)
Ketrampilan : 10 markah (gaya, penghayatan)


7. MUZIK IRINGAN

7.1 Muzik iringan mestilah dimainkan oleh pelajar terlibat (minimum seorang atau maksimum kesemuanya) secara 'live'.

7.2 Muzik iringan hendaklah terdiri daripada alat-alat muzik akustik.

7.2 Rakaman kaset tidak dibenarkan sama sekali.



8. HADIAH


8.1 Puisi Terbaik : Piala, Sijil dan Hadiah Iringan
8.2 Lagu Puisi Terbaik : Piala, Sijil dan Hadiah Iringan
8.3 Keseluruhan
(Johan, Naib Johan, Ketiga) : Piala, Sijil dan Cenderahati


9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

Sabah
Ogos 2009



Bahagian Sukan,Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

SYARAT2 PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH RENDAH 2009

1. MATLAMAT

Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.


2. OBJEKTIF

2.1 Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat muzik tradisional.

2.2 Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesama mereka.

2.3 Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.

2.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.

2.5 Mengamalkan semangat toleransi, berdisiplin dan bekerjasama.

2.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.

2.7 Memperluaskan integrasi nasional.


3. PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain.

3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni budaya tradisional.

3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.


4. PENYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan.

4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum seramai 16 orang.



4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum).


5. PERSEMBAHAN


5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan sendiri oleh pasukan masing-masing.

5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci (boleh dipelbagaikan dalam pasukan).

5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit .

5.4 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana kompang daripada pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter.

5.5 Irama adalah bebas.

5.6 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan iaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG.

5.7 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.

5.8 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan.

5.9 Nyanyian atau Dikir tidak dibenarkan.

5.10 Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak dibenarkan.


6. PAKAIAN

6.1 Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan.


7. SISTEM PERMARKAHAN


7.1 Markah dibahagikan seperti berikut :


7.1.1 Paluan Kompang

a. Gubahan Pola Irama (Kreativiti) : 15 markah
b. Bentuk Paluan (Kreativiti) : 15 markah
c. Kualtiti Ton : 15 markah
d. Tempo : 10 markah
e. Dinamik & Ekspresi : 5 markah




7.1.2 Formasi

a. Kreativiti : 15 markah
b. Keseragaman : 10 markah
c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markah
d. Ketrampilan : 5 markah

7.2 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1 di atas dan keputusan hakim adalah muktamad.

7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan ditolak bagi setiap minit selepas itu.

7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah.


8. HADIAH PEMENANG

8.1 Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati
8.2 Naib Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati
8.3 Ketiga : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati



9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

Selangor
Jun 2009


10. HAL-HAL LAIN

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.



Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

SYARAT2 PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH MENENGAH 2009

1. MATLAMAT

Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.


2. OBJEKTIF

2.1 Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat muzik tradisional.

2.2 Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesama mereka.

2.3 Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.

2.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.

2.5 Mengamalkan semangat toleransi, berdisiplin dan bekerjasama.

2.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.

2.7 Memperluaskan integrasi nasional.


3. PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain.

3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni budaya tradisional.

3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.


4. PENYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan.

4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum seramai 16 orang.

4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum).



5. PERSEMBAHAN

5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan sendiri oleh pasukan masing-masing.

5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci (boleh dipelbagaikan dalam pasukan).

5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit .

5.4 Persembahan paluan statik wajib dilakukan dalam masa tidak kurang dari 1 minit dan tidak melebihi 2 minit.

5.5 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana kompang daripada pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter.

5.6 Irama adalah bebas.

5.7 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan iaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG.

5.8 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.

5.9 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan.

5.10 Nyanyian atau Dikir tidak dibenarkan.

5.11 Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak dibenarkan.



6. PAKAIAN

6.1 Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan.





7. SISTEM PERMARKAHAN

7.1 Markah dibahagikan seperti berikut :

7.1.1 Paluan Kompang

a. Gubahan Pola Irama (Kreativiti) : 15 markah
b. Bentuk Paluan (Kreativiti) : 10 markah
c. Tempo : 10 markah
d. Kualiti ton : 10 markah
e. Paluan Statik : 10 markah
f. Dinamik & Ekspressi : 5 markah

7.1.2 Formasi

a. Kreativiti : 15 markah
b. Keseragaman : 10 markah
c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markah
d. Ketrampilan : 5 markah

7.2 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta maka pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1 di atas dan keputusan hakim adalah muktamad.

7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan ditolak bagi setiap minit selepas itu.

7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah.


8. HADIAH PEMENANG

8.1 Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati
8.2 Naib Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati
8.3 Ketiga : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati


9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

Selangor Darul Ehsan
Jun 2009


10. HAL-HAL LAIN

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.


Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

SYARAT2 PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH 2009

1. PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina keyakinan kental dalam diri.


2. LATAR BELAKANG

Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.


3. MATLAMAT

Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.


4. OBJEKTIF

4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.

4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.

4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.

4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.

4.5 Memperkembangkan bakat pelajar.


5. PELAKSANAAN

5.1 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1.1 Peringkat Daerah/Gabungan

5.1.2 Peringkat Negeri

5.1.3 Peringkat Kebangsaan

(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah dalam aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi).

5.2 PENYERTAAN

5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan sahaja.

5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili sesebuah negeri bagi pertandingan di peringkat kebangsaan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah boleh bergabung untuk membentuk satu pasukan koir bagi mewakili sesebuah negeri.


6. JENIS KOIR

Sesebuah pasukan koir terdiri daripada koir suara campuran (mixed voice choir) atau koir suara lelaki/perempuan sahaja (male/female voice choir).


7. AHLI PASUKAN KOIR

7.1 Ahli koir dan konduktor mestilah terdiri daripada pelajar pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2 kaum) yang sedang menuntut.

7.2 Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah tidak melebihi 35 orang sahaja (termasuk konduktor dan pemain muzik iringan dan Pembantu Pemuzik).


8. LAGU

8.1 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu
atau sebuah lagu + satu medley.

8.1.1 Lagu Pertama: Dalam Bahasa Melayu Sahaja
8.1.2 Lagu Kedua: Dalam Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris Sahaja

8.2 Sebuah daripada lagu (bukan lagu medley) yang dipersembahkan hendaklah terdiri daripada lagu tempatan dalam Bahasa Melayu.

8.3 Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-lagu yang diharamkan oleh pihak berkuasa negara ini.

8.4 Jangka masa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 8 minit.

8.5 Persembahan lagu hendaklah secara homophonic atau polyphonic atau gabungan keduanya.

(Homophonic: lapisan–lapisan suara bergerak secara “in step” antara satu dengan lain dan tidak mempamerkan ritma secara sendirian seperti yang berlaku dalam polyphonic).


9. MUZIK IRINGAN (Accompaniment)

9.1 Hanya penggunaan satu alat muzik iringan sahaja dibenarkan termasuk piano atau keyboard (tanpa auto-accompaniment).

9.2 Alat muzik iringan hendaklah dimainkan secara ’live’ oleh seorang pemuzik (pelajar atau guru).

(Sekolah boleh mengambil guru daripada sekolah lain sebagai pemain muzik)

9.3 Persembahan secara A cappella adalah dibenarkan.



10. PAKAIAN

Pakaian ahli koir, konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah bersesuaian dan sopan.


11. PERMARKAHAN

11.1 Harmoni : 40 markah

11.2 Dinamik : 20 markah

11.3 Intonasi
(tone colour/pitching) : 10 markah

11.4 Imbangan : 10 markah

11.5 Attack/Release : 10 markah
(Tempo/stabiliti)

11.6 Sebutan : 5 markah

11.7 Ketrampilan : 5 markah




12. HADIAH PEMENANG


12.1 Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati
12.2 Naib Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati
12.3 Ketiga : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati
12.4 Konduktor Terbaik


13. TEMPAT DAN TARIKH PELAKSANAAN

Terengganu Darul Iman
Oktober 2009


Bahagian Sukan,Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia






SENARAI LAGU WAJIB PERTANDINGAN KOIR
SEKOLAH RENDAH / MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
2009


1. PUTRA PUTRI
2. PERAJURIT TANAH AIR
3. SI BAJU HIJAU
4. MALAYSIA TANAH AIRKU
5. BERJAYA
6. TANAH PUSAKA
7. BUMI MALAYSIA
8. NYALAKAN TEKAD
9. TANAHAIRKU
10. GEMILANG (Jack)
11. Dirgahayu Tanah Airku
12. KERANAMU
13. JALUR GEMILANG
14. BUNGA RAYA
15. Perwiraku
16. Bahtera Merdeka
17. SELAMAT PERGI PAHLAWANKU
18. SETANGKAI MAWAR
19. PERMAINYA BUMI MALAYSIA
20. Budi Bahasa Budaya Kita
21. MALAYSIAKU GEMILANG



Bahagian Sukan,Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

SYARAT2 PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH MENENGAH 2009

1. PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina keyakinan kental dalam diri.


2. LATAR BELAKANG

Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.


3. MATLAMAT

Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.


4. OBJEKTIF

4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.

4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.

4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.

4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.

4.5 Memperkembangkan bakat pelajar.


5. PELAKSANAAN

5.1 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1.1 Peringkat Daerah/Gabungan

5.1.2 Peringkat Negeri

5.1.3 Peringkat Kebangsaan

(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah dalam aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi).

5.2 PENYERTAAN

5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan sahaja.

5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili sesebuah negeri bagi pertandingan di peringkat kebangsaan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah boleh bergabung untuk membentuk satu pasukan koir bagi mewakili sesebuah negeri.


6. JENIS KOIR

Sesebuah pasukan koir terdiri daripada koir suara campuran (mixed voice choir) atau koir suara lelaki/perempuan sahaja (male/female voice choir).


7. AHLI PASUKAN KOIR

7.1 Ahli koir dan konduktor mestilah terdiri daripada pelajar pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2 kaum/etnik) yang sedang menuntut.

7.2 Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah tidak melebihi 35 orang sahaja (termasuk konduktor dan pemain muzik iringan dan Pembantu Pemuzik).


8. LAGU

8.1 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu
atau sebuah lagu + satu medley.

8.1.1 Lagu Pertama: Dalam Bahasa Melayu Sahaja
8.1.2 Lagu Kedua: Dalam Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris Sahaja

8.2 Sebuah daripada lagu (bukan lagu medley) yang dipersembahkan hendaklah terdiri daripada lagu tempatan dalam Bahasa Melayu.

8.3 Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-lagu yang diharamkan oleh pihak berkuasa negara ini.

8.4 Jangka masa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 8 minit.

8.5 Persembahan lagu hendaklah secara homophonic atau polyphonic atau gabungan keduanya.

(Homophonic: lapisan–lapisan suara bergerak secara “in step” antara satu dengan lain dan tidak mempamerkan ritma secara sendirian seperti yang berlaku dalam polyphonic).


9. MUZIK IRINGAN (Accompaniment)

9.1 Hanya penggunaan satu alat muzik iringan sahaja dibenarkan termasuk piano atau keyboard (tanpa auto-accompaniment).

9.2 Alat muzik iringan hendaklah dimainkan secara ’live’ oleh seorang pemuzik (pelajar atau guru).

(Sekolah boleh mengambil guru daripada sekolah lain sebagai pemain muzik)

9.3 Persembahan secara A cappella adalah dibenarkan.



10. PAKAIAN

Pakaian ahli koir, konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah bersesuaian dan sopan.


11. PERMARKAHAN

11.1 Harmoni : 40 markah

11.2 Dinamik : 20 markah

11.3 Intonasi
(tone colour/pitching) : 10 markah

11.4 Imbangan : 10 markah

11.5 Attack/Release : 10 markah
(Tempo/stabiliti)

11.6 Sebutan : 5 markah

11.7 Ketrampilan : 5 markah


12. TEMPAT DAN TARIKH PELAKSANAAN

Sekolah Menengah - Johor Darul Takzim : Jun 2009

Sekolah Rendah - Terengganu Darul Iman : Oktober 2009



Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia








SENARAI LAGU WAJIB PERTANDINGAN KOIR
SEKOLAH RENDAH / MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
2009


1. PUTRA PUTRI
2. PERAJURIT TANAH AIR
3. SI BAJU HIJAU
4. MALAYSIA TANAH AIRKU
5. BERJAYA
6. TANAH PUSAKA
7. BUMI MALAYSIA
8. NYALAKAN TEKAD
9. TANAHAIRKU
10. GEMILANG (Jack)
11. Dirgahayu Tanah Airku
12. KERANAMU
13. JALUR GEMILANG
14. BUNGA RAYA
15. Perwiraku
16. Bahtera Merdeka
17. SELAMAT PERGI PAHLAWANKU
18. SETANGKAI MAWAR
19. PERMAINYA BUMI MALAYSIA
20. Budi Bahasa Budaya Kita
21. MALAYSIAKU GEMILANG



Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tuesday, April 7, 2009

BAHAN-BAHAN MUZIK YANG DIHASILKAN



Antara bahan-bahan muzik yang dihasilkan oleh JPN Perak.


Wednesday, April 1, 2009

SIFU AMIN




1. Nama Penuh : Amin Nudin bin Abdul Rahman
2. Jawatan Terdahulu ( 01.08.1994) : Penyelia Kurikulum (Pendidikan Seni & Muzik)
3. Jawatan Sekarang (16.12.2006) : Penyelia Kokurikulum ( Kebudayaan & Muzik)




PERSEMBAHAN ORKESTRA GURU PERAK (OGP ) / KOMBO GURU PERAK
Penubuhan Kombo Guru Julai 1999, Penubuhan Orkestra Guru dan Konsert (Damai Laut) 25.07.2000, Persembahan Kombo Guru – Hari Guru Peringkat Kebangsaan bersama Orkestra SMK. R.P. Bainun 16 Mei 2000, Konsert Warga Pendidikan Perak (Dewan Bankuet) 20.04.2001, Konsert Persaraan KPPM (Renaissaince) Mac 2002,
Konsert Persaraan KPPM (Casuarina) Mei 2002, Konsert Persaraan Pengarah Pendidikan Perak (Syuen) 07.12.2002, Konsert Warga Pendidikan Perak (Taman Budaya) 22.10.2003, Konsert OGP Persaraan Pengarah di Dewan Bankuet 09.07.2004,
Konsert OGP di Maktab Perguruan Perlis 19.05.2004, Konsert OGP di Majlis Makan Malam Pertandingan Koir SM Peringkat Kebangsaan 26 Jun 2008,


SUMBANGAN KEPAKARAN

Penyelaras Konsert Di Raja Orkestra Bainun1999, Stage Manager Konsert Kementerian Pendidikan Malaysia 1999, 2000, 2001, 2002, Penyelaras Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2000, Kem Motivasi Pendidikan Muzik KBSM Negeri Perak 2003, Penyelaras MEGA (Majlis Anugerah Gemilang Akademik) 2001-2004, Penyelaras Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi SR Peringkat Kebangsaan 2004, Pengurus Pentas Kem Muzik Kebangsaan 2005, Ketua Panel Penghasilan Buku Kompang : Kebangsaan 2005, AJK Persatuan Pendidikan Muzik Kebangsaan : MAME 2005, Pengurus Pentas Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Negeri Perak (MEGA) 2005, Penyelaras Kem Muzik Pelajar Peringkat Kebangsaan Julai 2006, Ketua Gerai MAME di ISME 2006 Julai, Penyelaras Pertandingan Kompang SM Kebangsaan Sept 2006, Ketua MEGA 2006, Penyelaras Majlis MEGA dan Pengurus Pentas MEGA Nov 2006, AJK Pemikir Pembangunan Kesenian,Kebudayaan dan Muzik Kementerian Pelajaran Malaysia 2006, Pengurus Pentas Pertandingan Puisi dan Lagu sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Labuan 27 Jun 2007,Pengurus Pentas Pertandingan Memasak Maggie Peringkat Kebangsaan, Hotel Casuarina, Ipoh 04 Nov 2007, Pengurus Pentas Malam Gala Show sempena SEAMEO di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur Mac 2008, Penyelaras Pertandingan Koir SR Kebangsaan Tahun 2008 di Teluk Batik Resort23 – 26 Jun 2008, Mengetuai Rombongan Lawatan Rasmi Pegawai Kementerian Malaysia ke Sekolah Seni Bandung, Indonesia 29 Okt – 1 Nov 2008, Penyelaras Akademi Seni Tari SR dan SM Peringkat Negeri Perak di Teluk Batik Resort12 – 14 Nov 2008, Penyelaras Rombongan Lawatan Rasmi Pegawai Pelajaran Perak ke Sekolah Seni Bandung, Indonesia 27 Nov – 1 Dis 2008,